Social Icons

Pages

Wednesday, June 08, 2011

KENYATAAN TERBARU MUFTI PERLIS BERKENAAN NEGARA KEBAJIKAN !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mahu PAS segera mengadakan jawatankuasa pemandu bagi menggubal konsep negara kebajikan yang digariskan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar parti itu Jumaat lalu.Tokoh agama negeri utara Semenanjung ini berkata,butiran terperinci perlu bagi kebanyakan pihak khususnya mereka atas pagar dan profesional Muslim dan bukan Muslim menilai agenda PAS.

“Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada profesional, ulama bebas, ahli politik terulung dan negarawan dan perlu bersidang dan keluarkan segera pelan rangka.Ini penting agar mereka di atas pagar,mereka yang tidak memihak mana-mana parti, profesional Muslim dan bukan Muslim boleh tertarik dengan agenda PAS,” katanya dalam kenyataan SMS mengenai agenda negara berkebajikan yang diketengahkan oleh Hadi Jumaat lalu.

MALAYSIAN INSIDER melaporkan Juanda berkata ruang demokrasi yang ada mesti dijadikan ruang terbaik untuk menyuburkan keadilan, kesejahteraan, keselamatan untuk semua.Kepimpinan Umno-BN termasuk Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya sudah pun melaksanakan dasar negara berkebajikan.

Dalam ucapan dasarnya,Hadi membentangkan dasar pihaknya bersama komponen Pakatan Rakyat untuk mewujudkan asas negara berkebajikan.pengurusan yang menurutunya tidak akan membebankan rakyat sama sekali.


Ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”,dilihat kali pertama meletakkan komponen pengurusan dan pentadbiran ekonomi secara menyeluruh lagi terperinci.Ucapan-ucapan lalu lebih berkisar pada soal agama dan sosial.Hadi menegaskan, dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh itu katanya,PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat kononnya yang menjadi amalan kerajaan Umno-BN sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat.Hadi juga memberitahu, rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga.

“Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata.Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan,” kata beliau.

Hadi menjelaskan,PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan.

“PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara,” kata beliau lagi.

Hadi,yang juga bekas menteri besar Terengganu berkata, PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.Katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan Disember lalu.Manifesto PAS ketika pilihan raya umum 2008 juga bertemakan negara kebajikan.

4 comments:

Mael Hashim said...

Negara Berkebajikan tu sama macam Rakyat DiUtamakan, tapi cuma dibibir saja. Perlaksanaannya hancus.

Anonymous said...

Nak Negara BerKebajikan macam mana lagi? Nak suapkan nasi ke mulut setiap rakyat dan tolong mereka pakai baju sekali ke? Tak cukup ke dengan segala kebajikan yang ada sekeliling kita?

Anonymous said...

Orang Melayu memang suka kebajikan ini. Mereka tak faham, Kerajaan dah sediakan segalanya, dari sistem pembelajaran, biasiswa, MARA dan sebagainya pada yang mahu berniaga tapi kenalah ANGKAT BUNTUT sendiri, usaha lah sendiri, tak kan semua nak harap Kerajaan taruk atas riba masing masing. Buka lah mata dan minda tu sikit. Jangan buka mata bila tengok perempuan je bagi yang lelaki tu dan bercakap celupar tanpa fakta.

Satu lagi nampak sangat kufur nikmatnya PAS ni. Tak sedar diri awak dalam Malaysia segala telah disediakan tapi DAP pula jadi pujaan. Dan sorang lagi pujaan PAS -Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Negara kebajikan PAS tu sama macam kementerian kebajikan gak..yang bezanya ialah kebajikan untuk ahli2 pas jer..
pkr pun ada gak moto mereka iaitu negara kebajikan eks,gay dan mak nyah sesuai dengan hobi pemimpin dia..

dap pun ada gak negara kebajikan keturunan lim dan king karpal dan komunis..

Semua tu wayanggggg..pas jer..

 
 
Blogger Templates