Di sebalik pelbagai pihak menyifatkan Anwar Ibrahim kini berjaya mencengkam Pas hasil kemenangan golongan 'Anwarinas' pada pemilihan parti itu Sabtu lalu,Tun Dr. Mahathir Mohamad pula tampil dengan pandangan yang berbeza.
Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berkata,individu sebenar yang memperoleh kejayaan besar di sebalik tumbangnya golongan ulama adalah Karpal Singh, apabila Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri secara 'rasmi' menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam.
Katanya, Karpal tidak lagi perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan Pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.
"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya Pas gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya.Belum pun dia mati, Pas sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang Pas akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Dr. Mahathir.
KLIK DI SINI
Mengulas lanjut,beliau berkata,kurangnya perbincangan dan perbahasan mengenai justifikasi mengapa asas perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam yang selama ini menjadi pegangan, digugurkan sebegitu mudah juga membuktikan lemahnya Pas berbanding DAP.Katanya,Pas sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata kerana ingin menghalalkan kerjasama dengan DAP,tetapi pada masa yang sama masih membohongi rakyat kononnya dasar tersebut akan terlaksana selepas menawan Putrajaya.
"Lebih tepat lagi adalah kerana Pas tidak sanggup berhujah dengan Karpal. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuanganmu menentang negara Islam Pas sudah berjaya," ujarnya sinis.
4 comments:
saya hanya tertanya-tanya kenapa bukan kerajaan malaysia saja yang laksanakan hukum islam (hudud) tetapi sebaliknya mengharapkan parti pas sahaja........
sbb nnti ada suara2 sumbang(dap) yg akan berkokok menentang hukum hudud..gunakan isu perkauman utk menidakkan penggunaan hukum hudud..
As salam,
kesian pada semua pemimpin2 pas dari negeri lain sbb pemilihan parti nampaknya bersifat kenegerian dan berat sebelah (mcm yg kita semua sedia maklum rakyat k'lantan dan t'gganu memang akan hanya bergaul ngan org2 dr negeri dia saja mcm dlm institut2 pengajian tinggi).......saya tak faham apa perlunya pas mempunyai cawangan2 di semua negeri dlm msia kalau yg dilantik dan dicalonkan hanya orng2 tertentu dr satu atau dua negeri saja...sedang yg lain hanya sebagai pemenuh kuota parti......sedar2lah wahai penyokong parti pas pis pus bahawa anda semua sedang ditipu hidup2...
kesimpulannya "undilah" umno n barisan nasional yer..........
Post a Comment