Social Icons

Pages

Friday, June 17, 2011

KENYATAAN TERBARU TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN BERKENAAN PERHIMPUNAN BERSIH !!!





Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penganjur dan individu yang berhasrat menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya berfikir semasak-masaknya kesan perhimpunan itu kepada kerajaan,negara dan rakyat sekiranya ia diadakan.Beliau berkata,rakyat bimbang perhimpunan itu boleh menimbulkan satu keadaan ketidaktenteraman kerana akan berlaku pertembungan dua pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan itu.

"Polis terima banyak aduan dan ini boleh mencetuskan keadaan yang tidak selamat bagi negara, polis takkan keluarkan permit maka ia satu pergerakan haram dan menyalahi undang-undang.Perhimpunan itu pastinya tidak akan didukung oleh seluruh rakyat, mungkin sekelompok sahaja atau ada pihak lain yang menumpang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu buat kali kedua pada 9 Julai ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) peringkat kebangsaan hari ini,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,pihak tersebut tidak mengambil kira soal keamanan negara yang dicapai kini tetapi hanya memikirkan soal kepentingan politik dan puak-puak mereka sahaja.

2 comments:

Anonymous said...

di tangkap jeee...buang kat pulau bidong or kemunting....idup menyusahkan org je..kecik2 tak nak mati,dah beso menyusahkan org je..tuiii

wb16250 said...

yup betul...apasal ler kerajaan berlembut sgt dengann puak2 ni..tangkap saja senang citer..letak dlm jail n tunjuk kat diorg video clip lelaki X guna big screen..ulang tayang byk2..biar diorg tengok n sedar pemimpin tu ler yg kena bersih dulu..

 
 
Blogger Templates