Social Icons

Pages

Tuesday, June 21, 2011

KENYATAAN TERBARU TAN SRI TAIB MAHMUD BERKENAAN RASUAH !!!


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata,beliau akan membuat kenyataan rasmi esok mengenai dakwaan rasuah terhadapnya.Bagaimanapun Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak menyatakan bagaimana beliau maklum balasnya terhadap dakwaan pembangkang dengan menggunakan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beliau.

"Pembangkang akan terkejut esok,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Petra Jaya hari ini.

Pada 9 Jun,Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed menyatakan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat Taib atas dakwaan rasuah balak.Beliau menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan seperti Agensi Anti-Rasuah Switzerland, di mana aset Taib dibekukan atas dakwaan rasuah balak.

Menurut laporan berita asing,Presiden Persekutuan Switzerland Micheline Calmy-Rey berkata bahawa beliau menyedari dakwaan itu dan mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawalan,Lembaga Pengawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) untuk tujuan siasatan.

3 comments:

Wake UP! said...

Pencuri takkan mengaku dia pencuri. Siapa makan cili, dialah rasa pedas beb!

Anonymous said...

Betul tu, Wake Up!

Pembuat fitnah takkan mengaku dia buat fitnah, sehinggalah sampai kat akhirat nanti. Kat situ baru takder helah nak dipakai..

Kat akhirat jadi orang muflis..: segala pahala di dunia dah dipindahkan hak milik kepada orang yang difitnahnya.., dan segala dosa orang yg dia fitnah dah jadi dosanya...

Aku mohon berlepas diri dari kumpulan para pemfitnah....! Ameen..

Anonymous said...

7:25

KALU UMNO FITNAH PR MACAMANA PULAK..HABIS LA PAHALA ORG UMNO KASI KAT PR!!!

 
 
Blogger Templates