Social Icons

Pages

Tuesday, June 21, 2011

OMBAK MEMBERI AMARAN KEPADA KERAJAAN PAS KELANTAN !!!


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kelantan,Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) memberi amaran terakhir kepada Kerajaan Pas Kelantan supaya mengeluarkan kertas putih berhubung program Ladang Rakyat atau berhadapan dengan kemarahan rakyat.Timbalan Presidennya,Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata,pihaknya akan menganjurkan perhimpunan rakyat yang lebih besar di hadapan bangunan pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan sekiranya desakan tersebut tidak dipenuhi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata,kertas putih itu amat penting bagi menjawab segala persoalan yang timbul dan membersihkan nama baik kerajaan negeri daripada persepsi negatif yang dilemparkan oleh rakyat sebelum ini.


"Perkara ini sudah menjadi perbualan rakyat. Semua bercakap mengenainya kerana mereka mendakwa program tersebut telah merampas tanah yang diusahakan rakyat sejak berpuluh tahun lalu selain sistem pemilihan peserta yang diragui, malah kita juga memiliki nama peserta program ini yang dinyah senaraikan dipercayai atas faktor politik.Tempoh sebulan yang kita beri sebelum ini tidak diendahkan oleh kerajaan negeri, jadi kita tidak menolak kemungkinan mengadakan perhimpunan yang lebih besar selepas ini," katanya.

UTUSAN melaporkan Pada 16 Mei lalu,beberapa NGO yang diketuai OMBAK mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan di Kota Darulnaim bagi menyerah memorandum dan membantah pelaksanaan program Ladang Rakyat yang didakwa telah diselewengkan.Memorandum tersebut menuntut kerajaan yang diketuai oleh Nik Aziz Nik membuat penjelasan terhadap lima perkara utama seperti senarai serta status syarikat yang menjalankan projek Ladang Rakyat dan sejauh mana penglibatan bumiputera Kelantan dalam syarikat-syarikat terbabit.



Wan Khairul Ikhsan yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan turut meminta Kerajaan Pas Kelantan menjelaskan beberapa perkara mengenai projek yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat pemaju,SensaTimur Sdn. Bhd. (SensaTimur).

"Kami meminta SensaTimur atau Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan benar atau tidak dakwaan bahawa pampasan kira-kira RM18 juta dibayar oleh Kerajaan Pas Kelantan melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam kepada SensaTimur untuk Bazar Tengku Anis.Kedua apakah benar satu kawasan yang menempatkan Pasar Lama MPKB telah diberikan atas dasar pampasan kepada SensaTimur dengan nilai yang sangat rendah iaitu RM3.9 juta sedangkan ia terletak di tengah-tengah bandar ini," katanya.

Menurutnya,soalan ketiga yang perlu dijawab apakah benar kesemua projek yang diterima SensaTimur dibuat secara runding terus dan bukannya tender terbuka.Tambahnya,sebagai rakyat Kelantan,beliau bersama ahli-ahli OMBAK berhak mendapat penjelasan kerana ia melibatkan wang rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

AIKKK!! BOLEH PULAK BUAT DEMO HARAM?

TAK KER ORG2 DEMO TU BUAT HURU-HARA?

TAK MENGANGGU KETENTERAMAN AWAM KER?

BOLEH JAMIN KER KESELAMATAN AWAM?

TAK KER DEMO TU AKAN BERTUKAR MENJADI GANAS?

MANA POLIS? MANA PERKASAM?

BUKAN KAH INI DEMO HARAM?

MANA UMNOOOOOO???? SENYAP JER!!

Wake UP! said...

Salam Bro. Aik. Takkan la 'parti Islam' pun menyelewengkan duit? ha ha ha

 
 
Blogger Templates