Social Icons

Pages

Wednesday, June 29, 2011

MAJLIS PEGUAM 'BASTARD' ???


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa bahawa Majlis Peguam hipokrit dan dwistandard dalam sesuatu kenyataan.Katanya kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis tersebut "menyokong (pihak) yang menentang kerajaan".

"Majlis Peguam ini tak boleh ikut.Majlis Peguam,pada pandangan saya,adalah bastard (anak haram) punya council (majlis).Sebab mereka hipokrit dan double standard.Semua yang Majlis Peguam sokong,(mereka) yang lawan kerajaan, kebanyakannya."Tengok,dia marah,ada ahli PERKASA bakar gambar (pengerusi BERSIH) S Ambiga.Waktu ada penyokong India,atas isu Interlok,gambar Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin dibakar,mana kenyataan daripada Majlis Peguam ??? Jadi dia double standard. Saya tak hormat langsung dekat Majlis Peguam," katanya.

Datuk Ibrahim Ali turut mempersoalkan pendirian Majlis Peguam berhubung penyiaran gambar menghina Islam menggambarkan seekor babi berada di atas kaabah atau seekor anjing membaca surah Yassin.

"Apa yang Majlis Peguam buat ???" soalnya lagi yang juga anggota parlimen Pasir Mas.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan Majlis Peguam yang menyatakan bahawa tindakan bekas presiden Umno pernah berdemonstrasi sewaktu menentang Malayan (Union) sebelum merdeka.Dalam sidang media itu juga,Datuk Ibrahim Ali turut membidas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam yang berkata rakyat mempunyai hak untuk berhimpun seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Dari segi perlembagaan memang benar,Memang dari segi prinsipnya begitu,tetapi ia juga tertakluk dengan undang-undang yang terikat dalam negara kita.Ia bukannya cek kosong,yang mana setiap orang boleh berdemonstrasi atas nama kebebasan bersuara.kita ada undang-undang seperti Akta Polis yang perlu dibaca sekali.Kemudian,kita tengok pula isu yang munasabah," katanya.


Katanya,sepatutnya Hasmy mencadangkan supaya perhimpunan diadakan di tempat tertutup seperti di stadium yang disifatkannya sebagai selamat dan tidak mungkin berlakunya huru hara.

"Nak menyampaikan pandangan, tidak semestinya di jalan raya. Boleh buat di stadium, boleh pasang video dan layar besar (untuk) sampaikan memorandum.Itu juga menyampaikan suara, menyampaikan pandangan," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

AMBIGA BANGSA BUKAN MELAYU PUNYA ANGKARA KITA MELAYU SAMA MELAYU YANG BERGADUH MEMANG HARAM JADAH ANAK HARAM KAU AMBIGA, MELAGAKAN BANGSA MELAYU, KITA GEMPUR AMBIGA, MAJLIS PEGUAM ADALAH KRONI PR,

Anonymous said...

TUAN-TUAN PEGUAM BERAGAMA ISLAM DALAM MAJLIS PEGUAM BERSUARALAH DEMI BANGSA DAN AGAMA,TUAN-TUAN DULU MENDAPAT PENDIDIKAN, IJAZAH DAN MENJADI PEGUAM DENGAN TITIK PELUH DUIT RAKYAT YANG DISALURKAN MELALUI PEMERINTAH SEKARANG.INGAT DANJADI DIKALANGAN ORANG-ORANG BERSYUKUR.

DARI :HAMBA ALLAH

Wake UP! said...

Salam. Majlis Peguam patut tukar nama kepada Majlis CIA.

Anonymous said...

ambiga kafir harbi...

tapi orang Pas peluk kuat-kuat tak nak lepas...

orang Pas bodoh...

 
 
Blogger Templates