Social Icons

Pages

Friday, June 03, 2011

PEMUDA PAS DI MAKI !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

Pimpinan Dewan Pemuda PAS dibidas kerana lebih banyak mengadakan demostrasi dan mengeluarkan kenyataan media berbanding program untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.Seorang perwakilan dari Jerai,Kedah,Muhamad Ismail,berkata sikap sebegitu tidak akan membolehkan parti itu menawan Putrajaya malah hal berkenaan ditegurnya pada setiap muktamar tahunan.

"Kalau macam ni bagaimana nak tawan Putrajaya.Peruntukan RM3,000 sahaja untuk program," katanya semasa membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Dewan Pemuda PAS Pusat berakhir Disember 2010.

Perwakilan dari Jerantut Pahang,Abdul Rahman Abdul Malik,berkata terdapat ketua pemuda negeri yang hanya menghadiri mesyuarat ketua-ketua pemuda negeri sekali sepanjang tahun dan ini memberi kesan kepada tanggungjawab ketua pemuda berkenaan.

"Mula-mula tidak hadir bersebab dan berterusan kepada tanpa hadir tanpa sebab," katanya membahaskan perkara yang sama.



Wakil Perlis Mior Hassan Sazali Mior Hajar berkata Pemuda PAS perlu memberi tumpuan kepada golongan berusia antara 35 dan 45 tahun yang mana mereka ini dilihat lebih terpengaruh dengan fahaman ketuanan Melayu-Islam.

"Mereka ini mengambil sikap `play-safe' kerana keadaan ekonomi mereka yang stabil. PAS dilihat terkebelakang berbanding UMNO dalam isu Melayu-Islam ini," katanya.

Wakil Kedah, Ahmad Izzat Shauki, berkata walaupun pilihan raya umum ke-13 semakin hampir sehingga kini belum ada penumpuan khusus yang dimaklumkan kepada pemuda.

"Ini perlu diberi penekanan di saat undi Melayu-Islam semakin berkurangan (kepada PAS). Letakkan (sasarkan) negeri mana kita nak perintah dan di negeri sudah di bawah kita, apa kerja yang perlu dilakukan," katanya.

Wakil Terengganu,Mohd Faizul Abbas berkata beliau hairan dengan tindakan segelintir pemimpin yang menghubungi secara terus kepada perwakilan meminta mengundi mereka pada pemilihan kali ini.

Katanya dalam parti yang berlandaskan Islam dan sebagai satu badan dakwah perkara ini seharusnya tidak berlaku dan sesiapa yang bertanding perlu ikhlas.

--BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

Kalaulah itu yg di panggil "MAKI" baguslah.Cuba baca blog penyokong UMNO ayatnya sangat sopan seperti ...BABI,.ALJ..RI,PUSING SINGH,WALI SELIPAR DLL....Umat ISlam kita sudah terbalik/songsang dalam menilai sesuatu....amalkan semoga panjang umur.

KOMANDO SIBER said...

kepada anonymous....

"pandy kutty" yg diungkapkan oleh papa nurul izzah bukan mencarut ka? tapi kenapa pok nik(bapa pemecah belah ummah) menganggap pak nuar pejuang islam....?

Anonymous said...

mat prebet sapu dok gelar paksheikh al joob joob pukui keliling...tapi dia sendiri yg sapu keliling...kehkehkeh

j3bat said...

to ano 1018,

Al Jub tu, Mat sabu yang bagi,

btw, Cifut tu Anuar yg Reka
Wali Selipar tu siapa yg mulakan ?cecek ce cek tengok.

Nik Aziz kata Allah Pun Mencarut.

Unknown said...

PAS dah sedar kelemahan mereka, UMNO dah ke? Jangan kita asyik dibuai mimpi tapi habuk pun tarak!!

Nak tahu pasal perangai buruk orang kuat Nurul Izzah? Boleh baca di sini:

http://apakecoh2.blogspot.com/

 
 
Blogger Templates