Social Icons

Pages

Saturday, June 18, 2011

SAH !!! HIMPUNAN BERSIH BERCANGGAH NILAI DAN ETIKA ISLAM !!!


Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Aziz Jamaludin Mohd Tahir mendakwa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini merupakan sesuatu yang bertentangan dengan nilai dan etika Islam.Menurut Datuk Aziz Jamaludin Mohd Tahir usaha untuk mengadakan perhimpunan itu adalah percubaan pemimpin bagi menguji pengaruh sehingga sanggup mengheret rakyat ke kancah kemelut politik yang lebih besar. selain daripada percubaan itu,beliau mendakwa pemimpin sedemikian hanya berminat mengadakan rusuhan kerana mempunyai agenda politik yang lebih besar.

“Desakan mereka agar mengadakan dialog yang lebih baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil adalah suatu helah yang cuba mengheret rakyat ke kancah kemelut politik yang lebih besar.Usaha itu merupakan percubaan pemimpin tersebut untuk menguji pengaruh dan kerana itu sanggup menipu lebih ramai rakyat kononnya sistem yang pernah memberikan kemenangan kepadanya dulu dan sedikit peluang berkuasa sebagai tidak boleh dipertahankan.ia perlu dirombak dan diberikan jaminan baru sesuai dengan keperluan mereka.


“Pemimpin sedemikian merupakan orang yang tidak mempunyai jiwa perjuangan yang besar. Mereka berminat mengadakan rusuhan kerana mempunyai agenda politik yang lebih besar.Jika ditangkap atas tuduhan merancang dan mengetuai rusuhan, namanya akan menjadi lebih besar walaupun imej tersebut sebenarnya dicipta dalam semangat anarkisme dan bertentangan dengan sifat-sifat keinsanan yang dibentuk oleh Islam melalui perantaraan kemurnian akhlak.Rakyat bukan sahaja tidak sepatutnya menyokong anarkisme yang ingin dibawa oleh pemimpin tersebut, kerana ia akan menimbulkan lebih banyak keburukan dan konflik,” katanya dalam satu kenyataan media.

FMT melaporkan Menurutnya wujud pendapat umum seolah-olah merusuh di jalan raya adalah untuk membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara sebagai natijah daripada prinsip demokrasi.Maka ujar beliau,usaha Bersih untuk menganjurkan perhimpunan jalanan adalah satu bentuk anarkisme yang kembali dibudayakan dalam masyarakat Malaysia.

“Kali pertama dianjurkan pada 2007 dengan membawa alasan dan mesej sama, iaitu agar bakal berlangsungnya pilihan raya yang adil dan bersih. Makna sebuah pilihan raya yang bersih dan adil tidak dapat kita temui dalam pensyaratan yang ditetapkan oleh kelompok terbabit.Sebaliknya,apa yang berlaku dalam perhimpunan pertama dahulu adalah kata-kata kesat, maki hamun dan seterusnya menghasut masyarakat agar membenci kerajaan yang memerintah,” kata beliau.


Anarkisme adalah haram

Datuk Aziz Jamaludin Mohd Tahir berkata pemimpin pembangkang yang beranggapan wujudnya tsunami politik pada pilihan raya 2008 lalu dilihat angkuh sehingga mengekalkan momentum perarakan jalanan dan perhimpunan rakyat.Beliau mendakwa dengan kedudukan yang dianggap kuat oleh pembangkang itu, maka mereka akan melakukan provokasi dan propoganda terhadap semua sistem yang dikekalkan pemerintah sedia ada.

“Dalam Islam, ciri-ciri perjuangan yang bersifat anarkisme tidak sesuai dengan tuntutan agama, malah diharamkan sama sekali kerana ia akan memudaratkan baik secara fizikal ataupun psikologi.Dengan berbuat demikian, perjalanan urusan harian di kawasan terbabit akan terganggu manakala rempuhan orang ramai akan menyebabkan terhentinya kegiatan ekonomi,” jelas beliau.

5 comments:

Anonymous said...

HABIS TU, MENYEBARKAN/MENAYANG VIDEO LUCAH YG DIKATAKAN MENYERUPAI ANWAR DI TV, AKHBAR, LAMAN BLOG, VCD DGN CARA YG PALING HINA TU TAK SALAH KER? TAK BERCANGGAH DGN NILAI ETIKA DAN SYARIAT ISLAM KER?


JAWAB..JAWAB..JAWAB!!!

Anonymous said...

Kapada Anon 9:31 pm.
Marah betul kau ni???

Anonymous said...

tu kira habeh marah lah tu...wab wab wab...kehkehkeh

hafizahmad said...

Yaaa Ampoonn Ulama tersohor sudah bersuara.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Aziz Jamaludin Mohd Tahir . Ramai yang tak tahu sape malaon yang berlagak ulama ni.

Malaon ni yang kalah ditangan Dr lo' Lo di Parlimen Titiwangsa mase PRU 12 lalu. Dah kalah jawatn Yadim jadi habuan.

Malaon mangkuk ni tak jumpe ke ayat Al-quran yang mengatakan haram hukum tanpa bicare?

Malon mangkuk ni tak jumpe ke ayat al-quran haram rompak duit rakyat?

Malon mangkuk ni tak jumpe ke ayat hukum bersubahat rompak duit rakyat bagi komisen kapal selam rm 500 juta pade kroni?

Malon ni tak jumpe ke ayat hukum video lucah?

Anonymous said...

http://yobtualangsekah.blogspot.com/2011/06/mualaf-datuk-aziz-yadim.html?spref=fb. DI sini anda boleh saksikn keperibadian beliau tanpa media rasmi...

 
 
Blogger Templates