SILA BACA SURAT DI BAWAH.SEBELUM INI NIK AZIZ MENGATAKAN TUN MAHATHIR MENGHARAMKAN HUDUD !!!
INI KENYATAAN SEBENAR BERKENAAN HUDUD !!!

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui,KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita.Di Malaysia,orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan,kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW.,orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.
(ii) Masalah kesalahan merogol wanita,berdasarkan kapada undang-undang PAS,jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui,melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia,tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
ANDA NAK LAGI PENJELASAN ???
KLIK DI SINI
NIK AZIZ HARUS BERTAUBAT !!!

5 comments:
Nik Aziz telah membohong... itukah sikap dan sifat ulamak ?
Ulama sebenar takut memegang tampuk perintah... kuasa... pangkat... kedudukan... kerana tidak boleh sekelumit salah gunakannya... jika itu berlaku maka ia bukan lagi seorang yang jujur, amanah dan ikhlas.
dah lama dah org tua nik aziz melalut. bila dia kata tuhan samseng, tuhan mencarut, nampak sgt dah tak de nur kat hati. masa doa jahaman ko check yg ending, dia ada ckp kalu org boleh main kasar dia pun boleh main kasar. konon nak main kasar dengan cara doakan org tu jahanam. korang tak nampak ke betapa bongkaknya nik aziz masa tu. konon dia ni dah dpt confirmation apa yg dia buat tu betul. status dia mulia dihadapan allah. doa dia mustajab. jgn buat main2 nanti dia boleh doakan org tu jahanam. ciri2 ujub sombong gitulah caranya. rasa diri baik ni perangai iblis. dah tau kan sejarah dia dan apa yg dia dpt. dia ckp melayu macam org utan. nabi bila bangsa quraish hina dia, dan sahabat mintak izin jawabkan, dia pesan jgn hina bangsa dia. siap ada surah utk muliakan bangsa nabi. ko nak tanya lagi ke nik aziz ni ulamak ke ape. ulamak tu pewaris nabi, jika ada sesiapa yg perangai dia buat malu nabi, pecaya le tak layak digelar ulamak. banyak kali dah dia dok sebar ajaran sesat. masa ceramah maulud, check kat utube, ada org upload. korang yg tau pasal sirah nabi tau le org tua ni dah nyanyok. ni pun org pas masih dok sokong. bodoh org pas ni.
kadang-kadang bila kita dengar nik aziz buat komen seolah-olah beliau mahu diangkat dan di iktiraf sebagai wali yang tidak membuat apa-apa kesilapan, tapi hari ini cuba kita lihat bagaimana beliau menyalahkan orang lain demi mempertahankan kesilapan yang dilakukan. kita rasa sedih yang mana seorang ulamak boleh bercakap bohong kepada masyarakat malaysia khusnya kepada ahli-ahli pas. satelah sekian lama, hukum hudud masih belum dilaksanakan malah telah digugurgan dari perjuangan pas, negara islam tinggal nama. Bertaubatlah, semoga kita mati nanti biarlah dalam iman.
Ingat dia Pakai sereban ada janggut sikit pakai jubah dah Islam sgt dah ke. Pengertian Hudud dia tahu ke tak?
Yang heran tegar sungguh pengikut PAS ni.Sampai mengiakan apa orang tua ni cakap.Tuhan Samseng,Tuhan mencarut dia org iakan juga.
dangkal gile kenyataan che det ni.
hukuman rejam berat utk org islam,org bukan islam ringan je so tak adil konon2nya.hai..kalau undang2 yg Allah suruh buat,pandai pulak kata tak adil.tapi dlm hak keistimewaan,melayu nak lebih,cina dgn india yg asalnya bangsa pendatang tak boleh dapat sama rata hak dgn org melayu.tu adil ke?
satu lagi point che det kata hukum hudud pas kononnya perlukan 4 org saksi yg baik..itu ayat quran la bengong.Allah yg bagi panduan.nampak sgt tak baca quran.
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sabitlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq.”
(Surah An-Nuur: Ayat 4)
ayat yg jelas takde selindung.Quran sesuai sepanjang zaman & situasi la.bukan zaman nabi saje atau cam dlm perang bosnia tu je.lainla hadis.mungkin ada tak selari dgn masa skrg.
ok skrg mana hudud umno?eh silap..umno mana jadi kerajaan.mana pernah bertanding dalam pilihanraya.yg ada hanya atas tiket BN
Post a Comment