Social Icons

Pages

Sunday, June 12, 2011

ANWAR IBRAHIM PUNCA MALAYSIA HANCUR ???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxi_FMc1X6cDp1H2qS92t2BV-qRcH2TmWTdlCW6sP7eD4dl3SruHbr9JIVghsALXV8G7Mwg_aJxCXHj-Z3BpakJihcfNsmCFJZmEb8PFBsgjZ9dNE0KknK-8rOvgr1uu5LHcLvTKxeUM8/s1600/2.jpg

Tiga Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali,Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin tampil buat pertama kali di atas satu pentas untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan kemelut politik yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ceramah perdana yang dianjurkan Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas Semalam diadakan di dua tempat iaitu di Kampung Pohon Rawa dan Chetok bagi memastikan rakyat di kawasan tersebut mendapat maklumat tepat dan benar daripada ketiga-tiga penceramah yang pernah bekerjasama dengan Pas dan PKR.Bagaimanapun,ceramah tersebut bermula agak lewat disebabkan hujan lebat sejak petang.

UTUSAN melaporkan Ketiga-tiga mereka bersetuju masalah yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam hari ini sehingga menyebabkan perpecahan besar,berpunca daripada Penasihat PKR Anwar Ibrahim yang mahu cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Datuk Ibrahim Ali berkata,Pas perlu mengkaji kembali hubungannya dengan Anwar memandangkan pemimpin itu mempunyai terlalu banyak tuduhan,termasuk yang terbaru berkaitan video seks.Secara menyindir, beliau berkata, walaupun pemimpin Pas mendakwa tidak menonton video itu tetapi mereka telah berani membuat 'fatwa' sendiri bagi mempertahankan Penasihat PKR itu.

Datuk Zulkifli Noordin pula yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,menyifatkan Anwar sebagai pembohong besar dan akan melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya itu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWtkScHdOVQD9SsnEx_4L6M33V_byEQIjAp3P2NvnKNwOc0Q34VcGgZFAHcXu7rdSK5ZNbpx1dZDsof1YldiM49vck0zh-MJB1aoLtaJFD9Xq8-ivPeOCeYbl4J5pCoUIF2nt8V3Qk7QI/s1600/26519_1288293005193_1166238743_30666641_676486_n.jpg

"Keraguan saya terhadap Anwar bermula pada kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan.Sebagai peguam saya mengambil kes atas dua asas pertama iaitu saya percaya dia tidak melakukan dan kedua, saya mempunyai pembelaan yang kuat. Kes liwat pertama dulu saya bersama peguam-peguam bela yang lain percaya kami mempunyai pembelaan yang kuat kerana ia berlaku terlalu lama sebelum dituduh.Tetapi bagi kes Saiful ia terlalu dekat,ditambah pula dengan sumpah laknat. Keraguan ini bertambah jelas dalam isu kalimah Allah.Anwar bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang kafir sebab mahu menarik undi orang bukan Islam. Bagi saya itu satu penghinaan yang jelas terhadap Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah tersebut.

Sementara itu,Ahli Parlimen Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata,Anwar sanggup mempertahankan sahabat-sahabatnya daripada DAP biarpun tindakan mereka menindas masyarakat Melayu dan Islam.

"Saya dipecat kerana mempertikai kerja-kerja yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Apabila saya beritahu Anwar tentang kerja-kerja DAP yang menindas orang Melayu dan Islam, saya pula yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana bagi dia, DAP amat penting dalam menarik sokongan bukan Islam.Anwar memang luar biasa,kalau orang macam saya saja kena tipu tidak apa.Tetapi Presiden Amerika dan Presiden Turki pun kena kelentong dengan dia.Dengan kita dia cakap lain,depan orang lain dia cakap lain. Contoh paling mudah, 16 September, sampai hari ini tidak ada apa," katanya.

ANWAR IBRAHIM HARUS BERSUMPAH SEKIRANYA ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH !!!

ADAKAH ANDA SETUJU ???

No comments:

 
 
Blogger Templates