Social Icons

Pages

Thursday, July 14, 2011

AKHBAR INDONESIA MELAPORKAN PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM ???


Anwar Ibrahim berkata kepada media indonesia,kononnya situasi di Malaysia sekarang yang baru berhadapan dengan perhimpunan jalanan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Sabtu lalu sudah mendekati revolusi

"Kita sudah dekat dengan revolusi," kata Anwar seperti dilaporkan akhbar Media Indonesia yang menekankan bahawa kumpulan penunjuk perasaan itu tidak akan berhenti kecuali kerajaan mengganti sistem pilihan raya.

Akhbar berkenaan memetik kenyataan tersebut ketika Penasihat PKR mengadakan dialog dengan sekumpulan profesional muda di Kuala Lumpur Ahad lalu.Pada masa sama,akhbar Republika turut memetik Anwar sebagai berkata bahawa situasi di Malaysia semakin dekat dengan revolusi.


"Kita sudah tidak punya lagi kepercayaan pada pemerintah.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya menanggapi tuntutan kami dengan serius kerana situasi semakin dekat dengan revolusi.Pemerintah Malaysia harus mendengarkan rakyat dan menghentikan politik kotor pada pemilu (pilihan raya umum)," kata Anwar.

Jawapan tersebut diberikan Anwar berdasarkan soalan apakah dentuman reformasi ini akan tetap dilakukan hingga terjadi revolusi.Republika juga melaporkan amaran Anwar kepada Barisan Nasional bahawa revolusi akan berlaku di Malaysia seandainya keinginan mereka melakukan demonstrasi untuk mengubah sistem pilihan raya umum tidak dipenuhi.Pada masa sama,Anwar juga menegaskan,pembangkang di Malaysia tidak menolak kemungkinan akan terus menganjurkan demonstrasi pada masa depan seandainya permintaan mereka dalam pelaksanaan pilihan raya seperti yang dikehendaki tidak dipenuhi.

"Kita harus terus menekan pemerintah mengenai hal ini,di dalam dan di luar Parlimen.Jika perlu,kita siapkan untuk tunjuk rasa (tunjuk perasaan) di Stadium Merdeka," tegas Anwar lagi.

3 comments:

Ahmad Suhazli said...

ANALISA SCREENSHOT KASTAM CINCIN ROSMAH...

http://tinypic.com/view.php?pic=31323km&s=7

Anonymous said...

yang pertamanya, aku rasa ini SATU LAGI FITNAH TEAM ANUWAR yang bertali-arus...

Kalau BETUL sekalipun, aku CUKUP CERDIK untuk menganggap benda ini tidaklah sampai menyebabkan negara aku kena JUAL...

Tapi kalau bab KOTE BENGKOK tu. sangat bahaya sebab malaysia boleh KENA JUAL semata2 nak COVER siempunya KOTE bengkok tu...

ADA FAHAM KA TARA FAHAM?

V said...

lupakah orang pas siapakah ambiga yang sebenarnya??
http://akubernamahosgetah.blogspot.com/2011/07/motif-lain-di-sebalik-bersih-20.html

 
 
Blogger Templates