Social Icons

Pages

Thursday, July 14, 2011

AMBIGA 'CUCUK HIDUNG' MP PAKATAN ???


Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat.Datuk Seri Noh Omar berkata,ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga,antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.

"Nampaknya,Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.Kerana dalam parlimen,ramai ahli parlimen.Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara,mereka boleh menyuarakan lapan perkara,yang mereka tidak puas hati.Sepatutnya tugas ahli parlimen, tapi apa ahli parlimen buat," katanya ketika diminta mengulas saranan Ambiga supaya rakyat memakai apa-apa sahaja yang berwarna kuning sebagai sokongan berterusan kepada lapan tuntutan BERSIH.

Kenyataan Datuk Seri Noh Omar itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan pandangan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Anwar Ibrahim merupakan dalang sebenar di sebalik perhimpunan itu.


Perdana menteri pada 10 Julai dilaporkan berkata,perhimpunan Sabtu lalu merupakan rancangan terdesak ketua pembangkang untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur,Datuk Seri Noh Omar turut mengulas penggantungan dua ADUN BN Selangor dari menghadiri perbahasan sidang DUN Selangor kerana mengingkari arahan speaker.Katanya, apa yang berlaku menggambarkan "demokrasi sebenar" Pakatan yang sebelum ini lantang melaungkan slogan demokrasi dan kebebasan sebelum mengambil alih Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

"Tetapi apabila berkuasa,di mana hak demokrasi kalau wakil rakyat hendak bercakap seperti mana mereka (Pakatan) mahu sebelum ini," katanya yang juga timbalan pengerusi perhubungan UMNO negeri.


Sebelum ini dilaporkan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar DUN setelah mempertikaikan tindakan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik hadis dalam perbahasannya.Manakala Ketua penerangan Umno negeri Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang pula didakwa tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno mendakwa kerajaan Selangor sekarang menafikan kebebasan bersuara kepada BN sebagai pembangkang negeri.


ANDA NAK LIHAT LAKONAN ANWAR IBRAHIM ???


JAHANAM !!!

1 comment:

Anonymous said...

PASCA BERSIH 2.0 NAMPAKNYA TELAH MENINGGALKAN IMPAK YG BESAR DAN MENGGERUNKAN UMNO/BN..

KINI BYK SUARA NEUTRAL NGO YG MAHUKAN UMNO/BN BERUBAH DAN MENGAMBIL PERHATIAN TERHADAP TUNTUTAN BERSIH...

KINI SUARA2 INI SUDAH MULA KEDENGARAN KERANA MRK SUDAH BOSAN DAN MUAK DGN KEEGOAN DAN KEBONGKAKAN UMNO...

JIKA UMNO/BN TERUS MENEKAN DGN KEKERASAN, IMPAKNYA AKAN LBH BURUK LG...

RAKYAT KINI SUDAH TIDAK BERASA GENTAR LG DGN APA2 JENIS UGUTAN DAN KEKERASAN...MALAH SEMAKIN MENEBAL RASA BENCI KPD UBN!

 
 
Blogger Templates