Social Icons

Pages

Saturday, July 30, 2011

BONGKAR !!! APA AGENDA ANWAR IBRAHIM TENTANG POLITIK SELAT MELAKA !!!


Profesor Dr. Chandra Muzaffar, Presiden JUST (The International Movement for a Just World) berpendapat, faktor Selat Melaka merupakan faktor utama yang menarik perhatian kuasa asing untuk menguasai politik di rantau ini, termasuk di Malaysia.

“Selat Melaka adalah hak tiga negara yang dianggap literal state, negara-negara yang berhampiran dengan selat ini adalah Indonesia, Malaysia dan Singapura.Singapura memang memihak kepada Amerika Syarikat (AS). Tetapi Malaysia, polisi kerajaan negara ini tegas dari dulu sampai sekarang bahawa Selat Melaka adalah hak kita.Sudah tentu mereka, di AS mahu seorang pemimpin yang memihak kepada kepentingan mereka terutamanya dalam soal politik Selat Melaka, politik rantau ini, dan masa depan rantau ini dalam konteks perhubungan dengan negara China”, katanya.

Dr Chandra berkata tidak mustahil sekiranya NED atau IRI masih membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, walaupun polisi kerajaan AS dilihat seolah-olah sudah tidak menyebelahinya kerana sistem politik di negara itu mengamalkan konsep dwi-power iaitu kuasa formal dan kuasa sebenar.

“Kalau kita tengok politik AS, memang macam itu. Mereka (kuasa sebenar) ada perancangannya yang tersendiri dan adakalanya mereka boleh ubah dasar-dasar pemimpin-pemimpin (kuasa) formal”, katanya.

Ikutilah wawancara AIDC bahagian akhir bersama Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.

Semoga anda mendapat manfaat daripada wawancara ini.

AIDC : Adakah Anwar terlibat dalam IFC ???

Dr Chandra : Ya..ya.

Adakah penglibatannya dalam IFC merupakan perkara baru atau sudah lama sejak dari ABIM lagi ???

Sebenarnya begini, zaman ABIM pun Anwar terlibat dalam perbincangan-perbincangan seperti itu. Yang saya tahu tentang hubungan antara kaum, antara agama dan sebagainya.

Dan saya sendiri juga terlibat begitu lama, hampir-hampir 40 tahun, dalam soal dialog antara agama.

Saya menganggap ini sesuatu yang positif dan tidak bertentangan sama sekali dengan Islam. Kerana, kalau kita tengok sejarah Islam, dialog itu memang biasa dalam sejarah Islam.

Dari satu segi, Rasulullah sendiri terlibat dalam dialog dengan Yahudi, Kristian. Diterangkan tentang Islam, itu dialog yang kita maksudkan.

Kalau kita tengok dalam buku-buku, kitab-kitab yang ditulis oleh sarjana-sarjana Islam yang teragung dalam sejarah, misalnya Al Biruni.

Al Biruni dalam kurun ke-11, sudah tulis tentang dialog antara agama dalam buku masyhurnya berjudul Kitab al-Hind yang ditulis berdasarkan kajian secara mendalam.

Begitu juga dengan tulisannya tentang Budhisme di Afghanistan yang pada masa itu, ramai penganut Budhist di Afghanistan.

Maknanya, berdialog ini bukan sesuatu yang aneh, yang luar biasa bagi umat Islam.

Saya anggap dialog sebagai penting kepada kita kerana dunia yang semakin berubah. Kerana globalisasi yang tidak boleh kita tolak. Globalisasi akan terus berlaku melalui teknologi, perkembangan-perkembangan ekonomi dan sebagainya.

Kita harus menunjukkan kepada umat Islam dan bukan Islam bahawa mesej yang termaktub dalam al-Quran al karim adalah mesej sejagat.

Untuk menyampaikan mesej sejagat ini, kita harus berdialog dengan mereka.

Kalau saudara tengok tulisan-tulisan saya sebelum ini dalam JUST…Aliran dan sebagainya, walaupun adakalanya saya tidak menggunakan label, tetapi mesej saya adalah mesej tauhid.

Itulah sebabnya dalam JUST, kita punya lima mesej utama perjuangan JUST. Yang saya maksudkan sebagai salah satu daripada prinsipnya adalah perjuangan yang berakar umbi dalam konsep one a God. Apa makna one a God? Tauhid.

Tapi, kita tak menggunakan istilah itu. Yang penting itu bukan istilah, bukan label, isinya yang lebih penting.

Jadi, saya menganggap Islam terutamanya bagi saya yang memeluk Islam, ini yang menarik perhatian saya terhadap Islam.

Ini yang menarik minat saya terhadap Islam adalah kerana mesejnya yang begitu powerful.

Mesejnya tentang keadilan, penyatuan umat-umat, hubungan dengan alam sekitar, mesej hubungan antara lelaki dan perempuan dan keluarga.

Mesej itu yang penting yang harus kita sampaikan.

Dan kalau melalui dialog, kita menyampaikan mesej itu, saya fikir Alhamdulillah. Satu jenis dakwah iaitu kita menyampaikan mesej.

Tapi Anwar, kalau dia nak berdialog untuk tujuan-tujuan yang lain, itu wallahualam lah.

Tapi bagi saya, mesej itu jelas. Kita nak menyampaikan mesej yang begitu bernilai tentang tauhid. Setiap individu, ada dia punya cara dia. Tapi ini kita punya cara iaitu melalui dialog.

Umpamanya dalam soal Palestin. Bukan saya nak claim apa-apa ya. Tapi, saya di antara pejuang-pejuang Palestin yang berjaya menarik sebahagian daripada bukan Islam di peringkat antarabangsa untuk menyokong perjuangan Palestin.

Untuk menyokong perjuangan Iraq, isu-isu antarabangsa dan sebagainya melalui tulisan-tulisan commentary JUST.

Misalnya IFC di Australia. The Council for a Parliament of the World’s Religions, 2009. Prof ke sana dan Anwar juga turut ke sana. Kemudian, keluar dalam akhbar Australia, The Edge, kenyataan Anwar mendesak umat Islam supaya menerima minoriti. Apa maksudnya itu ?

Saya dan Profesor Tariq Ramadan hadir dan ramai lagi tokoh-tokoh Islam yang hadir.

Saya dan Tariq Ramadan dalam satu forum manakala Dr Musdah Mulia bersama Anwar dalam forum yang lain.

Kita menggunakan forum itu sebagai satu saluran untuk menghakis beberapa tohmahan terhadap Islam.

Pada masa itulah, isu-isu tentang hijab dan beberapa isu lain tentang Islam. Tapi, isu utama adalah tentang keganasan.

Tapi Anwar…. Saya nampak dari segi interview yang dia beri kepada akhbar The Edge, di Melbourne, Australia, interviewnya saya fikir mengecewakan. Mengecewakan.

ANDA NAK TAHU JAWAPAN SETERUSNYA ???

KLIK DI SINI

2 comments:

Warga Emas said...

Perkara dah lama kita rakyat yang berfikir sedar. Perlu lihat kebangkitan menentang Kerajaan dalam konteks yang lebih besar lagi.

Terima kasih BR n Dr. Chandra.

JomBALUN said...

Roh Si Kitol kembali

 
 
Blogger Templates