Penganjur BERSIH 2.0 dalam kenyataan Facebook membuat ketetapan rasmi untuk berhimpun di tempat letak kereta Stadium Merdeka hari ini walaupun dilarang polis yang memberi amaran untuk menangkap mereka yang menyertai perhimpunan haram.Dalam kenyataannya semalam,BERSIH 2.0 menegaskan pihaknya semakin komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia Kononnya dalam menuntut pilihan raya bebas dan adil.
“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman BERSIH,tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini.adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus,” kata kenyataan .
Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad BERSIH kononnya untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri padahal akan membuat provokasi seperti BERSIH 2007 yang lalu.Gabungan 62 NGO itu juga kesal kerana dan mengatakan kononnya pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dalam usaha membatalkan perhimpunan itu.macam mana nak berhimpun,dahlah tak ada senarai dalam pertubuhan politik dan pertubuhan HARAM,lepas tu nak cakap banyak kononnya salah kerajaan.
“Walaupun berdepan dengan tawaran stadium yang dibuat secara tidak ikhlas,dan kemudian dinafikan permit, serta tangkapan, penahanan dan macam-macam lagi, kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berurus dengan kerajaan secara ikhlas.Namun segala usaha kami itu dibalas dengan pelbagai sekatan,” kata kenyataan yang paling bodoh.kenapa saya cakap bodoh ??? Ada ker PM mengatakan stadium tu stadium merdeka ??? PM mengatakan boleh guna Stadium,tak semestinya Stadium Merdeka.dahlah stadium merdeka tengah renovate,kenapa tak buat stadium lain ??? kenapa tak buat stadium shah alam yang boleh muat sampai 80 orang.sebab itu saya katakan kenyataan ini adalah kenyataan bodoh.
Sehubungan itu,menurut BERSIH 2.0 hari ini 9 Julai,tidak ada sebarang sekatan kononnya yang akan memintas usaha ke arah keamanan dan keadilan.mereka akan rempuh apa sahaja halangan.anda nampak ??? inilah provokasi.nak rempuh.maksudnya akan baling batu dan membuat kekecohan.
“Pada 9 Julai kami akan menegakkan hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.Tidak ada mana-mana agensi kerajaan yang berhak untuk melarang rakyat daripada bergerak secara bebas.di ibu negara kita.Tidak ada ugutan dan hasutan yang boleh menafikan kebenaran asas ini,kami akan merempuh saja apa yang ada didepan,” katanya.betul ker ??? kalau berlaku povokasi macam mana ??? seperti 2007 ??? saya pernah turun saya tau,siap baling batu arah polis.lepas tu bila polis cakap jangan rempuh,nak juga rempuh.bila polis tangkap,salahkan polis.
Menurut gabungan itu adalah kononnya amat penting,lebih-lebih lagi sekarang untuk rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor lebih jauh ke dalam lurah kegelapan.apa yang penting ???? apa yang lurah kegelapan ??? dah menang 5 negeri,apa lagi Pakatan nak ??? sebenarnya tujuan hanya 1 membebaskan Al-Juburi.pttuuiiih !!!!
“Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita.Ini adalah saat penting dalam sejarah dan kami yakin rakyat akan menyambut seruan untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang membentuk Malaysia. Bersama-sama kita berjuang untuk mewariskan kepada anak-anak kita sebuah negara yang adil,demokratik,dan penuh dalam kasih sayang untuk satu sama lain,” katanya.
2 comments:
Kasihan.Kalau Bersih guna cara yang berhemat untuk masuk ke stadium, pihak polis akan halang.Inikan pula jika Bersih guna cara kekerasan; malahan tindakan yang akan diambil oleh pois keatas mana-mana perusuh akan menjadi lebih serius.Tapi polis kena bijak didalam menangani perusuh kerana media antarabangsa senantiasa memantau keadaan.Kalau ada diantara perusuh yang lebam dan baju dibasahi bahan kimia, itu sudah kira memadai - jangan sampai ada yang terbunuh..
Apabila niat dan tekad untuk "do or die" tentu ada plan B,C,D dan seterusnya..kita menjangka lebih lagi...Pada penguatkuasa keselamatan syabas dan pertahankan bumi ini..lakukan yang terbaik kerana ramai rakyat yang berada dibelakang tuan-tuan menyokong usaha menyelamatkan negara dari petualang celaka..
Post a Comment