Social Icons

Pages

Monday, July 11, 2011

POLIS ADA BUKTI KUKUH UNTUK PERHIMPUNAN HARAM BERSIH !!!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan haram Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu melalui pelbagai saluran,termasuk media asing dan tempatan akan disiasat melalui rakaman yang diambil PDRM sepanjang perhimpunan itu berlangsung.


"Bilik operasi kita (PDRM) mempunyai rakaman semua yang berlaku pada Sabtu lepas. Jadi apa-apa yang telah pun didakwa atau dituduh oleh pihak-pihak tertentu, perkara ini akan disiasat dengan bukti yang kukuh,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata,semua rakaman berkenaan sedang diteliti oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

No comments:

 
 
Blogger Templates