Social Icons

Pages

Monday, July 11, 2011

POLIS MEMBERI AMARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA !!!


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu agar menghentikan perbuatan menghasut rakyat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS),twitter dan facebook untuk membalas dendam selepas kegagalan perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur.Beliau berkata,perbuatan itu amat berbahaya sekaligus boleh menimbulkan kekacauan dan harus dihentikan segera.

"Kita minta rakyat supaya fikir dengan baik dan bersama-sama memelihara keamanan negara. Tugas dan tanggungjawab itu bukan di bahu pihak polis sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) ke-7 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam.

Selepas perhimpunan itu katanya,terdapat pihak menyebarkan hasutan dan provokasi melalui tiga medium tersebut termasuk kenyataan berunsur perkauman dan menanam kebencian terhadap kerajaan.

1 comment:

Mordecai Kucai said...

Perbuatan merebut kuasa tertinggi negara secara tak demokratik boleh di sifatkan sebagai mencuri.

Tidak boleh dapat secara proses yang sah mereka cuba pula mencuri.

Pemikiran pihak pembangkang umpama pemikiran penjenayah.

Kita rakyat Malayia amat menyokong adanya pembangkang seperti yang di peruntukkan oleh undang undang tetapi kita harus menolak dan berjuang mempertahankan negara kita dari musuh negara.

Ternyata pembangkang yang ada adalah musuh negara.

Mereka bukan saja berfungsi sebagai yang di kehendaki oleh perlembagaan tetapi hasrat mereka adalah untuk mengubah perlembagaan sekiranya pemberontakan dan kacau bilau berjaya di semarakkan.

Bersama mempertahankan Malaysia dari musuh durjana.

Mereka telah membuang semuanya yang menjadi asas pembentukan Malaysia semata mata untuk mendapatkan pemerintahan negara secara pintu belakang.

Pemikiran yang tidak bertamaddun.

 
 
Blogger Templates