Social Icons

Pages

Monday, July 11, 2011

SAH !!! ANWAR IBRAHIM ADALAH DALANG PERHIMPUNAN !!!


Anwar Ibrahim adalah dalang dan petualang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan haram semalam,kata Perdana Menteri.Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perhimpunan haram anjuran pertubuhan tidak berdaftar Bersih 2.0,merupakan rancangan terdesak Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berkata,Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan berikutan pelbagai dasar pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan.Ketika berucap kepada 6,000 hadirin pada majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),beliau berkata,Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sanggup menggorbankan prinsip dan mengetepikan agama dan bangsa asalkan dapat mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

"Dia tahu kalau dia tak lakukan sesuatu,kita (Barisan Nasional) akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.Ini merupakan peluang terakhir baginya (Anwar).Bila orang tahu ini peluang terakhir,mereka akan buat segala-galanya,baik atau tidak,” katanya.


Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN berkata,Anwar sengaja hendak menjejaskan imej negara dan menunjukkan kepada dunia yang Malaysia ini tidak demokrasi dan sebaliknya cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang baik.

"Perangai hodoh ini tidak pernah ubah dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Beliau berkata,Anwar mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih,tetapi pemilihan PKR juga dicemari pelbagai skandal.

2 comments:

Sangtawal Sakranta said...

salam,
dah tahu macam tu... apa tindakan najib kepada nuar???... 2x bodoh... dok biar nuar berkeliaran... dalam negara dan luar negara... najib nak tunggu negara lingkup dulu ker??? kat mana letak otak memanda Perdana menteri ni?

wassalam.

Sangtawal Sakranta said...

salam,
pohon maaf buat tuan blog dan Pm atas komen diatas...emosional sikit... mungkin sebab geram dan marah sangat kat nuar ni... banyak sangat auta dia ni... harap pm dan kerajaan jangan berlembut dan bagi muka sangat dengan nuar ni.Ambil tindakan yg "sepatutnya" agar rakyat dapat menilai keberkesanan kepimpinan anda semua.

Rusuhan dan huru hara bukan pilihan terbaik.Ia menjejaskan keamanan dan ekonomi negara serta menyuburkan api permusuhan!

wassalam.

 
 
Blogger Templates