Social Icons

Pages

Thursday, July 21, 2011

SAH !!! TEOH BENG HOCK BUNUH DIRI !!!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.Katanya,suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan",kata Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen petang tadi.

Datuk Seri Mohd Nazri Aziz menambah,pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh. "SPRM memulakan siasatan berikutan terdapatnya maklumat yang mengatakan bahawa ADUN Selangor dan Pakatan Rakyat terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka dan bukan bagi faedah orang ramai.Teoh sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang ahli exco kerajaan Selangor dari DAP.Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada Teoh untuk membuat pengakuan sebagai bukti," katanya.


tambah Datuk Seri Mohd Nazri Aziz,suruhanjaya diraja mendapati pegawai-pegawai SPRM tiada niat dan tiada sebab untuk membunuh Teoh.hasil siasatan suruhanjaya itu mendapati Teoh bukan dibunuh tetapi dia merasa terbeban dan tertekan dengan sesi soalsiasat yang agresif dan berlarutan,disokong dengan perwatakannya yang lemah,telah menyebabkan dia membunuh diri.

Bagaimanapun,katanya,kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil ke atas para pegawai yang terbabit yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.Laporan prosiding suruhanjaya diraja setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panelnya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam,Shah Alam,Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu.Laporan hasil siasatan suruhanjaya itu telahpun diserah kepada Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan lepas.

LEPAS NI PAKATAN HARAM NAK MAIN CERITA APA PULAK ???

APA KATA TUBUHKAN SIASATAN DIRAJA UNTUK ANWAR IBRAHIM !!!

DULU BUKAN MAIN SUKA PAKATAN HARAM NI CORRECT-CORRECT !!!

BERANI KERANA BENAR !!!

TAKUT KERANA SALAH !!!

2 comments:

Anonymous said...

Saya kesiankan PDRM dan juga SPRM.Mereka hanya menjalankan tugas tetapi bila ada sesuatu yang tidak diingini berlaku,senang-senang mereka dipersalahkan tanpa diambilkira tekanan yang mereka hadapi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Buat salah, tak buat salah.Kerja bersungguh-sungguh salah, tak bersungguh-sungguh pun salah.Tak apalah, jasamu tetap dikenang.

Anonymous said...

ANON 10:32,

Babi2 ni bukan kisah salah ke betul... yg penting imej penguatkuasa undang2 buruk, agar mudah utk mereka teruskan agenda politik haramjadah perbodohkan rakyat terutamanya Melayu mcm penganut agama Isle.

 
 
Blogger Templates