Social Icons

Pages

Tuesday, July 26, 2011

WAJIB BACA !!! 60 DALIL WAJIB DI KETAHUI KENAPA ANDA MESTI JAUHI PAS !!!



Bila Al-Quran dan Hadis diputar-belitkan, bila Islam dieksploitasi dan dipolitikkan, bila fatwa disongsangkan, bila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, bila sesama Islam dipecah-belahkan, bila kemungkaran disorok-sorokkan, bila kebatilan diwar-warkan, bila tabung jihad diselewengkan,bi
diselewengkan, bila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut luar negara diperalatkan, bila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, dan akhirnya bila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan, Islamkah PAS sebenarnya?

1. TAA'SUB

PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.

2. JUARA PERPECAHAN

PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK

PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

5. SUKA BERMUSUH

PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

6. MENANAM PERASAAN BENCI

PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.

7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA

Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH

Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’ yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.

9. MEMBOHONGI JANJI

Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi,Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan.

10. JANJI KOSONG

PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.

11. KENYATAAN PALSU

Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.

12. MAKSIAT DI KELANTAN

Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan.

13. BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD

Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan.

14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN

Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.

15. CAKAP LAIN BUAT LAIN

Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah.

16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN

Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu.

17. FATWA YANG MEROSAKKAN

Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini.

18. MENGHASUT

PAS menyuburkan perbuatan mengumpat.

19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM

PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam.

20. BAHASA LUCAH

Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku ‘Shit’.

ANDA NAK TAHU SELANJUTNYA ???

KLIK DI SINI

ADAKAH PARTI PAS MASIH RELEVAN DI HATI RAKYAT ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

PAS masih releven. UMNO yg harus ditumbang. Terlampau lama menipu dan menindas rakyat. Pemimpin2 UMNO terkenal suka menyedut harta negara. Zalim. Jawab lah depan Allah nanti.

Anonymous said...

Aku nak tengok muka ahli2 UMNO jadi masam kelat bila kalah PRU13 nanti

Atas Pagar said...

Kalu cetek ilmu politik, jgn nak mengata org anon oi...

Org yg dah lama dlm politik lbh tau apa yg berlaku. PKR, DAP & PAS pun byk seleweng jg.

Sbb tu org politik x sebut sgt pasal 'sedut harta' mcm yg kau ckp tu. Cuma org yg kurang akal je x reti nak tengok & faham ni semua...

Anonymous said...

ahli2 PAS takkan terpengaruh dgn berita2 mcm ni. Mereka hanya percaya dgn semua kata2 pemimpin dan para ularmak mereka. Mereka anggap hanya mereka je yg betul, tiada yg betul melainkan yg betul sahaja. Di dahi mereka dah tertulis kalimat al-hak "AKU AHLI SYURGA" manakala qur'an mereka ialah HARAMKAH. Hanya ahli2 PAS je yg nmpk perkataan Aku Ahli Syurga tu, org lain x nampak sbb orang lain semua masuk neraka. PAS - PARTI AJARAN SYAITAN

umno60an said...

kasihan dengan orang muda skrg..tak tahu bila kelantan nak laksanakan hudud Mahathir lah sebenarnya yang larang.hantar surat pada Nik Aziz beri amaran orang lama pun tau macam mak cik ni.. Mak cik ni orang UMNo ..memang tahu kisah sebenar..zaman tun Razak lagi ..Tun Razak tu bagus..

Anonymous said...

PAS kan dari mula lagi memang tak pernah nak perjuangkan islam. dari sejak dorang wujud lagi slogan "menjatuhkan UMNO" dah wujud. tanyalah pakcik2 yang memang kenal ngan PAS nih. Jangan tanya yang fanatik PAS, tapi tanya yang tak sokong mana - mana parti politik tapi memang orang dah lama makan garam, tahu sejarah. PAS nih sebenarnya takda niat nak berkuasa pun sebenarnya, cuma kerana hasad dengki dan irihati, mereka cuma nak tengok UMNO tumbang je. Sebab tuh sekarang nih kita boleh tengok PAS jadi tunggangan DAP. Mereka tak kisah pun sebenarnya apa pun yg terjadi pada islam, melayu dan Malaysia nih kelak, walaupun negara nii bakal dijajah oleh komunis(DAP)kelak kerana hasrat dan iktikad pemimpin mereka nih cuma satu, iaitu nak tengok UMNO tumbang. Cuma mereka2 yang ahli2 biasa yang tak tahu apa - apa dan taknak tengok dari kedua2 pihak dan membandingkan kebenaran je ni je yang tertipu. Kalo tak kerana orang PAS anggap baca akhbar selain dari Harakah dan Keadilan Daily ni salah dan guna akal untuk menilai, dah lama dah orang2 PAS cuma tinggal pemimpin je dan penyokong suma xda.

Anonymous said...

MEREKA YANG TOTOK PAS NI SEBENARNYA ORANG2 YANG KECEWA KERANA MEREKA TAK DAPAT KONTREK,TAK DAPAT BIASISWA TAK DAPAT PROJEK2 KERAJAAN TAK DAPAT PEKERJAAN YANG DIINGINKAN. SEBENARNYA KEBANYAKANYA MEREKA2 INI ORANG2 YANG MALAS.MEREKA YANG SOKONG PAS NI DAPAT SEDIKIT SAJA HABUAN LA NI SEJAK GABUNG DENGAN DAP DAPATLAH BANYAK SIKIT TU YANG MEREKA INGINKAN. MEREKA2 INI GUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SAJA TAK FIKIR MASA DEPAN ANAK CUCU MEREKA...TOLONG BUKUKAN 60 DALIL NI T.Q...

MatYie said...

Anon? tafsiran anda salah dalam soal politik islam dalam kontek ini anda harus belajar cara politik islam ,apa yang nampak anda tahu politik pas saja.jangan perguna perkataan islam untuk menipu rakyat.

 
 
Blogger Templates