Social Icons

Pages

Tuesday, August 09, 2011

45 NGO ISLAM MEMPERTAHAKAN JAIS !!! KISAH SEBENAR TERBONGKAR !!!


Sebanyak 45 pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) Selangor mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya minggu lalu.Jurucakap gabungan NGO itu,Dr Dzulkhaini Husain berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh bahawa pemeriksaan JAIS itu mempunyai asas.

“Kami telah memeriksa perkara ini dengan JAIS,selama beberapa hari dan membuat kesimpulan bahawa tindakan Jais semata-mata untuk mempertahankan syiar Islam,” katanya dalam satu sidang media di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam semalam.


Dzulkhaini yang juga Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata tindakan JAIS wajar menurut undang-undang seperti Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan dikalangan Orang Islam) 1998.Wakil NGO terlibat juga turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim @ GAGAP yang ‘apologetik’ ekoran tidak mempertahankan JAIS dalam isu ini.

“Kami minta kerajaan Negeri Selangor tidak bertindak luar dari bidang kuasanya.Menteri Besar seharusnya tidak berkompromi dengan status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.Beliau tidak perlu berasa apologetik dengan memohon maaf kepada penganut agama lain berkaitan isu ini, lebih-lebih lagi sebelum hasil kajian disempurnakan,” katanya.

Mereka sebelum itu menyerahkan memorandum sebanyak lima muka surat kepada Sultan Selangor Sultan Sarifuddin Idris Shah yang diterima oleh Setiausaha Sulitnya Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani di Istana Bukit Kayangan kira-kira jam 10.40 pagi.Melalui memorandum tersebut mereka menuntut campurtangan baginda Sultan dalam hal ini serta mendesak agar penganut agama lain mengelak usaha dakyah mereka terhadap penganut agama Islam dalam usaha memurtadkan orang Islam.


Sementara itu Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia,Mohd Mustaffa Hamzah pula mendakwa terdapat pelekat yang tertera motto gereja “mengkristian seluruh umat di dunia”.

“DUMC guna formula dengan cari mereka yang perlu bantuan,tarik hati mereka,rapatkan diri dengan kumpulan sasaran dan mengkristiankan mereka secara halus,” dakwa beliau.

Bagi Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan),Fakurruddin Eshak pula mendesak agar premis (gereja) yang terlibat di ambil tindakan agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.

“Jika insiden ini berterusan ia akan menaikkan semangat orang Melayu dahulu seperti yang berlaku pada Natrah. Jika ada undang-undang ia perlu diselesaikan dengan lebih baik,” katanya.

Antara NGO yang terlibat termasuklah Badan Kebajikan Wanita Selangor (Bbakawanies), Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (Persidam), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Unit Muballighat Jais dan lain-lain.Kontroversi ini masih belum selesai sehingga Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali turut dipanggil memberi penjelasan lanjut berhubung tindakan Jais kepada pimpinan tertinggi PAS semalam.Hasan juga dilaporkan semalam berkata bahawa beliau rela dipecat ekoran pendiriannya yang mempertahankan tindakan JAIS tersebut.Manakala Menteri Besar Selangor pula semalam mahu pihak media berhenti melaporkan serbuan Jais ke atas gereja terbabit.

ANDA NAK TAHU KISAH SEBENAR BAGAIMANA JAIS SERANG GEREJA ???

KLIK DI SINI

KANTOI !!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

8 comments:

Anonymous said...

DR HASAN ALI BERTINDAK DENGAN BETUL DAN DISOKONG..

KERAJAAN PR SELANGOR PUN BETUL DAN PERLU DISOKONG KERANA APA BILA UMNO/BN TUMBANG DI SELANGOR DIGANTI OLH PAKATAN RAKYAT MAKA KETEGASAN EXCO AGAMA PR TELAH BYK MEMBONGKAR KERJA2 JAHAT NI SEMENJAK DR ZAMAN BERZAMAN UMNO/BN MEMERINTAH...SUDAH TENTU PERKARA INI BERLAKU SEJAK SEKIAN LAMA DAH SEJAK ZAMAN UMNO/BN LAGI..DAN HARUS DIINGAT MUFTI PERAK SOHIBUS SOMAHAH TAN SERI HARUSSANI ZAKARIA PERNAH MENGGEMPARKAN MALAYSIA SEKETIKA DULU( BELUM LAMA PUN LAGI) BHW ORG MELAYU ISLAM YG MURTAD HAMPIR 250 RIBU ORG, ITU PUN BERLAMBAK2 LG YG SEDANG BERATUR MENUNGGU PERINTAH MAHKAMAH DAN JBT PENDAFTARAN NEGARA..NAMUN UMNO/BN SERTA PERKASA YG SEDIA BERJIHAD PUN TAK BERKETIK PUN..JAMIL KHIR PUN KATA ISU MURTAD TAK SERIUS, MAHATHIR PUN KATA ITU HAK MEREKA LAH, HINGGA KAN UMNO SENDIRI PUN GAGAL MEMBENTANGKAN UNDANG2 MURTAD YG TERPERAM SEJAK SEKIAN LAMA...APA TINDAKAN UMNO SEJAK DULU DLM MEMPERTAHANKAN MELAYU ISLAM? APA? CAKAP? BAGI TAU?

NAMUN SEJAK PR PERINTAH SELANGOR, BYK PEMBONGKARAN BEGINI DIBUAT OLH EXCO DR HASAN ALI YG DULU UMNO TAK BERANI NAK SENTUH PUN...CUMA UMNO DAN SEANGKATAN DGNNYA MENUMPANG MENANGGGUK DI AIR KERUH SAHAJA...UMNO HANYA BERANI API2 KAN ISU INI SEMATA2 NAK SOKONGAN POLITIK KONONNYA MRK PRIHATIN, TAPI MRK SENDIRI PUN TAK PEDULI PUN ORG MELAYU MURTAD, PENYELEWENGAN ZAKAT,..YG MANA SEPATUTNYA MEREKA MALU PD MUKA SENDIRI, APA YG DIA BUAT SELAMA INI...

UMNO HANYA PANDAI MENANGGUK DI AIR KERUH, MEMASANG LUKAH DI LORONG SEMPIT, LALU MRK GUNA KAN ISU INI UTK TARIK BALIK SOKONGAN KPD UMNO..PADA HAL YG BUAT KERJA MURNI INI ORG LAIN...

ITU LA UMNO!!!

Anonymous said...

SAMBUNGAN ATAS...

Kalau angin tak bertiup masakan pokok boleh bergoncang..Alhamdulillah dan TAHNIAH kpd Dato' Dr Hassan Ali yg benar2 menjalankan tugasnya..

Patutlah MASALAH MURTAD menjadi-jadi kat Malaysia ni sebab kes-kes mcm ni le..selama puluhan tahun BeeNd (BN) memerintah, perkara-perkara murtad diambil ringan (ambil mudah). JAIS tak menjalankan tugasnya (sebelum ini)..sebab? Macam-macam halangan dari KERAjaan terdahulu (BN)..semua main SELINDUNG..duit kekayaan negeri dan ZAKAT? songlap dan enjoy..rakyat? biar mati kelaparan pun takpe..

Kalau kat oversea masyarakat berbondong-bondong (ramai-ramai) masuk Islam..kat mesia berbondong-bondong (ramai-ramai) pulak keluar Islam..mengapa? sebab syiar Islam disekat oleh MEDIA KERAjaan..masih tak buka mata lagi ke?..revamp lah system ZAKAT tu..komen Dr Asri amat bernas sekali.

Anonymous said...

dua-dua mangkok ni kalau sakit perot nak berak pon salah umno. batang tak naik masa nak menyontot bini pon salah bn. mentaliti kelas kambing betol

Anonymous said...

hahaha,mangkuk2 PAS mmg mcm ni pantang di puji.kena ingat juga hadi gawang gol tu semalam kaw2 belasah Dr Hasan Ali..aku dgr dia nak kena terajang keluar dr PAS.apa cita ni? jelaskan wahai kawan2 ku

Anonymous said...

Mentaliti sontot...nak menegakkan benang yang basah...ayat tipikal...mesti salah UMNO sahaja...ni la puak-puak jiwa kronik yang tak dapek nak nolong...besok-besok suruh eli wong atau teresa kok jadi calon PAS pun dok pangkah....letak kambing pun buh bendera PAS mesti pangkah.

Soalnya yang dah perintah selangor tu nampak lebih DAP dari PAS....PAS tingal hampas jer, kote pun dah takde...demi undi dah kecut hilang pendirian....

Apa kebendanya slogan ISLAM dah hilang jadi kebajikan...oh..patut lah tak kesah pun isu gereja ni ....sebab katanya atas sebab kebajikan.........TERANG-TERANGLAH PAS DAH HILANG PRINSIP PERJUANGAN ISLAM...dam mabuk kepada kebajikan.....apa nak heran pun jadi macam ni.....

Anonymous said...

anom dua ekor diatas tu berak sembelit pon salahkan UMNO. apa kajadah nya tok guru ajis kata tak se masuk campur.tok se masuk capur makna nya sokong puak gereja lah tu.kalu masalah UMNO cabut serban masuk campur.

Anonymous said...

Anon 5:36
Hasan Ali boleh dikata manusia yang bertindak sewajarnya sebagai seorang yang bertanggung jawab dan ikut kuasa yang ada pada perlembagaan ..Itu yang utama sebagai jati diri seorang Islam di malaysia nih. Berpolitik dengan menyedari Letak Islam dan memperjuangkannya sebagai amanah itu lah yang disokong...Berpolitik hanya memperalatkan Islam sebagai jalan pintas sekadar merosak apa yang ada..malah pemangkin mendalamkan jurang kalau ada.BN dan Islam dirosakkan oleh syaitan tampilan para pelaku PR yang semakin jelas di mata kita.
Sejak zaman nabi lagi persoalan ini? Cukup ker sekadar menuding jari kepada orang kalau tidak mampu..atau sememangnya oku

Anonymous said...

Aik...berlaku dalam kain sendiri pun nak salahkan orang lain. Muka tembok betul.

Selangor - Pakatan
Gereja - Pakatan
Hassan Ali - Pakatan
JAIS - Pakatan
Pusat Zakat Selangor - Pakatan

Berkat Pakatan menyokong kalimah Allah untuk semua.

 
 
Blogger Templates