Social Icons

Pages

Saturday, August 06, 2011

DATUK IBRAHIM ALI MENGAMUK BERKENAAN ISU GEREJA YANG DI SERBU !!!


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menyeru kepada semua pihak agar tidak mempolitikkan isu serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis anjuran Gereja Methodist di Damansara Utama,kelmarin.Sebaliknya,beliau mahu semua pihak wajar memberi peluang kepada pihak JAIS menyediakan laporan lengkap mengenai serbuan itu bagi mempertahankan tindakannya.

“Perkasa menggesa semua pihak tidak perlu tuduh menuduh dan melenting kerana kepentingan politik.Isu ini wajar diberi peluang kepada pihak Jais menyediakan laporan lengkap dan Jais hendaklah dihormati kerana Jais ada tanggungjawab yang telah diamanahkan mengikut undang,” katanya dalam satu kenyataan Semalam.

Beliau mengulas mengenai laporan serbuan oleh penguatkuasa JAIS Rabu lalu selepas mendapat aduan terdapat orang Islam yang turut menghadiri upacara di gereja berkenaan.Sehubungan itu, Datuk Ibrahim Ali menggesa agar majlis atas nama program kebajikan wajar dipantau kerana menurutnya,ada agenda halus untuk mengaburi umat Melayu-Islam yang daif melalui pelbagai cara bantuan yang dikenalpasti sejak sekian lama.

“Walaupun di Malaysia ada kebebesan beragama, tapi sebarang bentuk kegiatan keagamaan oleh lain-lain agama yang melibatkan umat Islam mesti berhati hati apatah lagi majlis yang dibuat dalam gereja atau kuil.Ini kerana Islam agama resmi Persekutuan dan pihak penganut agama lain tidak boleh cuba mendakwah orang Islam memeluk agama mereka kerana ianya salah disisi undang-undang.Jangan guna alasan kebebasan beragama untuk melakukan kegiatan terhadap umat islam dengan mengunakan progran bantuan kemiskinan.Ianya boleh dibuat cara lain seperti menyumbang kepada institusi-institusi yang sah,” katanya.

Rabu lalu,Akhbar melaporkan ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam,kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

No comments:

 
 
Blogger Templates