Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pada pukul 2 Semalam.
Beliau berkata selain peluru, sampul surat itu juga mengandungi sebuah buku
yang diselitkan nota ugutan.Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ikhlasiyah di Pantai,beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.
“Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan.Ini adalah
kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru.Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau telah pun membuat laporan polis,” katanya. Hishammuddin berkata perkara tersebut tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
“Saya melihat ini sebagai satu perkara yang serius.Bagaimanapun ini tidak
akan menjejaskan dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan terus bekerja seperti biasa yang diamanahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui jawatan yang saya pikul,” katanya.

2 comments:
nampaknya kerismudin ni desperate sgt nak tonjolkan diri. buat keje lah kerismudin. nak tunggu negara huru hara dulu ke?
Kalau dapat ugutan bunuh, maknanya ada pihak yg x puas hati dgn usaha KDN kot.
Nurul Izzah Kecut Telur Tengok Bayang Raja Nong Chik? Baca di sini!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment