Social Icons

Pages

Tuesday, August 09, 2011

PAS KANTOI BEB !!!! JAHANAM !!!



PAS KANTOI !!!!

KENAPA SAYA BAGITAHU BEGITU ???

SAYA AKAN DEDAHKAN SIAPA DR HASAN ALI SEBENAR !!!

PARTI PAS TELAH TAKSUB !!!

KONONNYA DR HASAN ALI TIADA KEPENTINGAN BAGI PAS SETELAH JAIS MEMBUAT SERBUAN DI GEREJA !!!

KITA LIHAT SIAPA HEBAT ???

DR HASAN ALI ATAU PEMIMPIN PAS YANG LAIN ???

Bagi yang tidak mengenali Dr. Hasan Ali,terutamanya golongan yang pada lewat tahun 1990an masih pakai diapers atau masih di Tadika lagi,Dr. Hasan Ali pada kemuncak kehebatannya adalah seorang yang sangat dihormati dan disanjung oleh umat Islam bangsa Melayu.Ini kerana beliau seorang professional,anak Melayu yang mempunyai ijazah doktor falsafah PhD,seorang pegawai tinggi kerajaan yang terjun kedunia dakwah dan pendidikan.

Dr. Hasan Ali mengasaskan sebuah entiti dinamakan Sabha Group,yang beroperasi daripada Bangsar Baru (depan Menara UOA sekarang) Melalui entiti ini,Dr, Hasan Ali memperkenalkan "kem motivasi" yang biasanya dibuat di kem Sabha di Ulu Langat.Beliau lah orangnya yang mempopularkan "kem motivasi".Berduyun-duyun ibubapa khususnya menghantar anak-anak mereka ke "summer camp" Dr. Hasan Ali.Ramai ibu-bapa menangis melihat perubahan anak mereka dalam hanya beberapa hari sahaja menghadiri kem tersebut.


Dikemuncak kegemilangan beliau,Dr. Hasan Ali dipanggil menjadi moderator satu program yang dipanggil "Forum Perdana Ehwal Islam".Program ini adalah forum yang dihadiri panel 2-3 orang ulama' atau ustaz yang disiarkan secara langsung oleh RTM 1 pada tiap malam Juma'at. Program ini sudah menjadi begitu hambar sehingga orang naik meluat menengoknya. Ia memberi persepsi buruk kepada uslub da'wah Islam.

Namun apabila Dr. Hasan Ali mengambil alih,beliau menukar format dan membuat re-branding kepada program ini.Diselitkan dengan unsur-unsur lawak bersahaja dan mengupas isu semasa yang menjadi bualan umat dan orang ramai. Dibariskannya gabungan ulama' dan profesional, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum itu.Tiba-tiba program "Forum Perdana Ehwal Islam" meletup dan menjadi program top hits dengan rating yang begitu tinggi.Nama "Dr. Hasan Ali-motivasi-Forum perdana" adalah sinonim.Tiba-tiba ramai yang meniru cara Dr. Hasan Ali.Muncullah pelbagai kem motivasi dan forum perdana macam cendawan tumboh merata-rata.


Diwaktu kemuncak kegemilangan Dr. Hasan Ali,tiba-tiba berlaku peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 02 Sept 1998.Orang Melayu Islam berpecah.Ramai yang menjadi terpinga-pinga. Dan ramai yang marahkan Tun Mahathir dan UMNO.Tetapi pada masa itu tiada alternatif lain bagi orang Melayu.Untuk menyertai PAS jauh sekali,kerana PAS pada masa itu adalah parti yang dilihat jumud dengan golongan penceramah yang syok sendiri,ceramah maki hamun dan kata mengata, fitnah memfitnah dan asyik menyalahkan orang lain.

Dalam keadaan itu,maka kepimpinan PAS masa itu menghantar beberapa misi berjumpa Dr. Hasan Ali untuk memujuk beliau menyertai PAS.Ringkas cerita,setelah beberapa usaha memujuk beliau berjalan,akhirnya Dr. Hasan Ali menerima pelawaan menyertai PAS.

Ujian pertama Dr. Hasan Ali ialah pilihanraya 1999,hampir setahun selepas Anwar dipecat.Buat pertama kali dalam sejarah negara,Dr. Hasan Ali memenangi dua kerusi serentak dalam satu pilihanraya umum,Parlimen dan DUN.Tidak pernah berlaku seorang calon menang kedua-dua kerusi yang terletak di dua negeri berlainan dan berjauhan.Dr. Hasan Ali mencipta sejarah, memenangi kerusi DUN Durian Burung dalam Parlimen Tanjung Karang,Selangor Dan beliau juga memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar,Perak Dan kedua-duanya adalah kubu kuat UMNO. Maka bertambah gemilang kedudukan Dr. Hasan Ali,sehingga tanpa sebarang keraguan beliau diminta menduduki kerusi Naib Presiden PAS,jawatan yang beliau menang dengan undi terbanyak.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1kMUxPzeAoF-Ny_VMPRgZgoNDkIVrma43MRAV9PIIj2DcoTGZnekQgalbj6lSJfvhaHHUAXvjQAmVHMM68Yqc42vMltE7KtA5KUTJApkS_oEPX7ZdB5876gkI8pSsF4eYCy-HdL_vwJGI/s320/hassan-ali-01.png

Salah satu sumbangan terbesar Dr. Hasan Ali ialah dengan tertubuhnya Kompleks PAS Selangor di Tg. Karang.Dengan usaha beliau sendiri,mengumpul dana dan lain-lain,Dr. Hasan Ali berjaya membina sebuah kompleks untuk PAS yang besar dalam negeri Selangor,diwaktu UMNO dibawah Khir Toyo begitu berkuasa sehingga lupa diri di Selangor Kompleks yang dinamakan KOMPAS.Kompleks PAS Selangor berdiri megah dibumi Selangor,lebih besar dan multifungsi daripada Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar.

Dr. Hasan Ali satu-satunya pimpinan PAS yang mengadakan siri kuliah dirumah.Dr. Hasan Ali mengadakan program tafaqquh fiddeen,program da'wah yang diadakan dianjung rumah beliau yang terletak berhadapan dengan Masjid Al Ghufran,Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Ramai tokoh ulama', professional dan iktisad dipanggil menyampaikan kuliah.Sambutannya sangat menggalakkan.Ramai yang hadir sehingga sesak rumah dibuatnya,ada yang datang dari jauh semata-mata mahu bersama dalam program tersebut.

Dr. Hasan Ali sangat istiqomah dalam perjuangan Islam.Samada program motivasi,kem kecemerlangan diri atau keluarga, summer camp,forum perdana dan banyak lagi satu mesej jelas yang beliau akan sampaikan ialah tentang keindahan Islam,kehebatan Islam,keunggulan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul.Tidak terbatas kepada hukum hakam halal haram sahaja, sebaliknya satu aplikasi kehidupan yang sangat relevan dan boleh dipraktikkan yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat samada peringkat individu,kanak-kanak,remaja, dewasa, suami isteri dan lain-lain.Banyak buku dan hasil tulisan beliau yang diterbitkan dan dipasarkan yang mendapat sambutan luar biasa. Kaset ceramah beliau laku macam goreng pisang panas. Ceramah beliau dihadiri ribuan orang.Namun, Dr. Hasan Ali tetap seorang insan yang sangat merendah diri,cakap penuh hikmah dan nasihat,tidak pernah mendabik dada membangga diri. Dr. Hasan Ali muncul sebagai "the real walking Muslim".

Itulah sedikit latarbelakang Dr. Hasan Ali.

ANDA NAK LAGI PENDEDAHAN UNTUK DR HASSAN ALI ???

KLIK DI SINI


HABIS MADU SEPAH DI TERAJANG !!!

JAHANAM !!!!

2 comments:

CUCU TOK WAN said...

bukan Bangsar Baru, tetapi Bangsar Utama...

Unknown said...

yeker cucu tok wan ??? harap maaf,kesilapan teknikal.apa pun saya respect DR Hasan Ali kerana ketabahan beliau di dalam menempuhi kehidupan beliau.inilah baru di nama kan pemimpin hebat untuk PAS.

 
 
Blogger Templates