Social Icons

Pages

Friday, August 05, 2011

WAJIB BACA !!! WAN AZIZAH YAKIN ANWAR TIDAK MELAKUKAN SEKS !!!



Wan Azizah mengakui pernah menonton video seks yang dikaitkan dengan suaminya,Anwar Ibrahim,tetap yakin bahawa pelaku seks bersama pelacur itu adalah bukan suaminya.

“Apabila saya melihatnya, (saya berkata kepada diri saya sendiri) mustahil bahawa dia boleh berbuat begini.Dia tidak bodoh, tidak selepas dipenjara, tidak selepas melihat bagaimana kami menderita, dan dengan anak-anak sedang membesar,” kata Wan Azizah seperti dilaporkan portal kaki pusing number 1 di malaysia, Malaysiakini.

KLIK DI SINI

Menurut malaysiakini yang menjahanamkan perpaduan kaum di malaysia ini,yang menemubual Wan Azizah di kediamannya di Bukit Segambut,Kuala Lumpur,melaporkan bahawa Presiden PKR itu juga turut menyatakan kebimbangan jika masyarakat umum mempercayai pelaku itu adalah Anwar Ibrahim berasaskan kenyataan yang mengatakan video itu tulen.

“Saya takut jika ia kelihatan tulen, orang akan percaya.Penipuan boleh dipercayai.Bagi saya itu satu tragedi.Bagi kita orang Islam, percaya kepada fitnah ialah satu dosa besar. Bukan saja anda akan dihukum tapi juga anak anda dan generasi selepas itu,” katanya.



Wan Azizah mengatakan beliau mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila mengetahui mengenai tayangan video seks yang dijalankan oleh trio ‘Datuk T’ di hotel berprestij berkenaan.

Wartawan yang dijemput ke majlis tayangan penuh rahsia itu diperiksa dengan rapi seolah-olah dalam satu filem Mission Impossible, katanya

“Tentulah (saya fikir), ‘Oh Tuhan, takkanlah satu lagi‘,” katanya.

Trio ‘Datuk T’ yang terdiri dari ahli perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah,bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim kemudiannya didapati bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan berhubung penayangan video berkenaan.


“Mereka ada kempen besar-besaran mengedar pornografi di negara ini,yang bertentangan dengan undang-undang dan melibatkan wartawan dan mereka terlepas dengan hukuman yang ringan.Jadi ini membuktikan bahawa kesemua ini hanya politik,” kata Wan Azizah lagi dengan nada yang serius.

Menurutnya beliau bangkit melawan isu ini dengan lebih kuat kerana ia melibatkan maruah keluarganya yang telah tercemar dengan isu skandal bersama pelacur.

“Jadi ini menyebabkan kami ingin melawannya (dengan lebih kuat). Tiada keluarga lain yang mahu melalui perkara ini.Ianya satu keaiban kepada maruah. Itu suami saya yang anda perkatakan. Ianya maruah keluarga. Kami bersama (dalam isu ini),” katanya.

Wan Azizah turut mempertikaikan hujah yang dikemukakan oleh peguam kepada Rahim, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa individu di dalam video berkenaan adalah 99.99 peratus Anwar.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAsSX2kegWiwaQjND7-vYG0hksIrL9M5Utbkci0Ot1QfYX2A1XAQ41PdFbfaAX3luJhkJ5f6wnm1c0K2-JurpAK238CAmD6KocGjlRFOM1jdoLxI1X70CtyPXh0oefBJadqptU-h6Z1ok/s400/anwar-ibrahim_shazryl-eskay-kawan-rapat-friend-e1304508076794.jpg

“Saya terkejut mengapa mereka tidak kata 110 peratus seperti sesetengah orang kata,” katanya lagi yang turut mempersoalkan siapakah pakar yang membuat pengesahan itu.

Langkah itu sama seperti dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar di mana pihak pembelaan tidak diberikan peluang untuk mengesahkan bukti DNA yang dikemukakan.

“Jadi bagaimana anda hendak sahkan bahawa ianya Anwar.Bagi saya, saya boleh tengok sekilas pandang dan kenalpasti perbezaannya. Ini perbicaraan di media,” katanya lagi.

Secara jujur,Wan Azizah mengakui bahawa beliau mengenali salah seorang Datuk T, Shazryl Eskay,yang turut dipaparkan dalam bahagian permulaan video skandal seks tersebut.Menurutnya, Shazryl Eskay merupakan kenalan kepada keluarganya.

“Kita kenal dia sebab dia diperkenalkan (sebagai seorang tukang urut) apabila Anwar terjatuh dari atas seekor kuda (sekitar tahun 1990) dan mengalami (sakit) belakang.Dia datang sekali sekala.Apabila Anwar keluar daripada penjara,tiada lagi fisioterapi,dia cuma datang sebagai seorang pelawat,” katanya lagi yang mengimbau semula.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlvoXF1prSzcRXOLu2zdkTUzaPg866kW1dkf0Vgc6jWHQOcDi-ajSeXg86oxPEu_2i8t4VTWzVxgzsa0HW6qeF_Hti7baKCAmPkaeIZx2qX-bAwtlhvwDZ809XuSnHbnbD5H7H759zju4/s1600/Datuk+Shazryl+Eskay+Abdullah.jpg

Namun pastilah Shazryl Eskay telah meminta Anwar supaya tampil sebagai saksi dalam kes saman melibatkan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.Bagaimanapun, Anwar tidak memenuhi permintaan berkenaan kerana dinasihati peguam bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

“Tapi kenapa dia timbulkan dakwaan bahawa dibawa (Anwar) ke Thailand ??? Ini di luar jangkauan saya,” katanya lagi.



KAK WAN MENGELAK LAGI !!!

KITA TUNGGU PERBICARAAN 8HB SAMPAI 26HB NI ???

APA KATA KAK WAN JADI SAKSI ???

ADA BERANI ???

2 comments:

Anonymous said...

sorry yea..tak dapat terima kenyataan wan azizah. untuk suami sendiri dia nak keadilan ditegakkan. Bagsussss...cakap pasal DNA tu la kami pun tanya kenapa Anwar begitu takuuuuuuttttt sekali nak bagi DNA tu? kami mak keadilan untuk anwr gak..dan juga saiful. pasal kes liwat tu selagi tak ade perbicaraan di mahkamah syariah dan ditubuhkan suruhanjaya diraja, rakyat aka terus dierlagukan dengan fitanh dakyah mereka. Wan azizah kena sokong sepenuhnya penubuhan suruhan jaya diraja dan tolong minta anwar serah dna pada 8 ogos ini.

Anonymous said...

Tunjukkan Jam Omega je..

kalau ada, ada la..

kalau takde, seumur hidup orang tak percaya..

 
 
Blogger Templates