Social Icons

Pages

Wednesday, September 07, 2011

ADAKAH BENAR PAS MENERIMA UMNO SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN ???



Pas membuat pengakuan bahawa parti itu menolak ideologi dan perjuangan komunis serta menerima hakikat bahawa UMNO memperjuangkan kemerdekaan negara.Berbeza dengan kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya,Mohamad Sabu sebelum ini,Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat Pas di ibu negara Semalam bahawa parti itu tidak menafikan bahawa UMNO memperjuangkan kemerdekaan.Mustafa berkata, terdapat dua kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan iaitu secara konfrontasi menolak British dan cara ”peaceful cooperation” (kerjasama damai) yang dilakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.

"Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan UMNO.

Bernama melaporkan Pas juga menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis."Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk Maharajalela di Perak,Datuk Bahaman (Pahang),Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris,” katanya.


Mustafa berkata, kenyataan ini adalah pendirian rasmi Pas selepas meneliti kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas dan menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah polis penjajah British.

Sementara itu Mohamad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata,nama Tunku Abdul Rahman dan Onn Jaafar wajar diletakkan sebagai tokoh pejuang kemerdekaan,tetapi tambahnya perlu disertai dengan nama-nama pejuang yang lain.polis juga sudah memanggilnya untuk memberi kenyataan dua hari lepas berhubung kenyataannya di Tasek Gelugor.Sebelum ini,lebih 500 laporan polis dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pihak, terutama bekas anggota pasukan keselamatan negara,yang marah terhadap kenyataan kontroversi oleh Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis sebagai hero.

APA KATA MAT SABU SEBELUM INI ???



RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

UMNOXXX sucks said...

Badut UMNO...Berhentilah jadi badut...dulu, kini dan selamanya ditipu UMNO.....Sejarah pun UMNO sanggup tipu untuk kekkal berkuasa...yg bebal akan ditipu sepanjang hayat....selamat jadi bebbal.

Anonymous said...

Entah ape-ape jer PAS ni... Idea yang kosong dan dah habis tajuk politik murahan nampaknye PAS ni.

Cuba minta sesuatu yang bernas dan berfaedah untuk rakyat dan terutama orang melayu seperti, Perpaduan dan Penyatuan semula orang-orang melayu. Peningkatan taraf hidup dan kemajuan untuk orang-orang melayu di luar dan dalam bandar.

Masalah ini adalah lebih penting buat masa sekarang dan akan datang untuk orang-orang melayu sebab orang-orang melayu sudah jauh ketinggalan zaman berbanding dengan kaum lain di malaysia ni dari segi minda, pelajaran, ekonomi, pemilikan tanah dan rumah, perniagaan, bahan mentah dan banyak lagi perkara yang lebih penting untuk terus menjamin wujudnya bangsa dan keturunan melayu untuk sejarah sehingga beratus-ratus tahun pada masa hadapan.

Kalau dikaji semula, semua perjuangan kemerdekaan dahulu adalah supaya orang melayu tidak dipinggirkan dan diketepikan daripada arus kemajuan dan di malaysia ini dulu. Semua pejuangan kemerdekaan adalah untuk orang melayu mencapai kehidupan yang jauh lebih sempurna, mewah dan maju di mata dunia.

Kemiskinan membawa kepada kekufuran. Bila kita miskin kita tidak mempunyai wang & duit untuk memiliki tanah dan tempat untuk mendirikan masjid, sekolah agama, tujuan fisabillilah, memderma, membela nasib orang melayu yang miskin dan ketinggalan dan banyak lagi. Apabila tanah milik melayu sekarang pun diambil dan dihapuskan hakmilik oleh musuh-musuh melayu yang berselindung disebalik parti politik persdahabtan kononnye, maka hancurlah perjuangan kemerdakaan orang melayu terdahulu tidak kira dari haluan mana sekali pun.

Cubalah ubah sikap wahai pemimpin dah ahli-ahli PAS untuk bangsa, agama dan negara supaya bangsa melayu, agama boleh sentiasa di cata dalam sejarah berkurun-kurun lama nya.

Anonymous said...

BISING2 PASAL KOMUNIS DAN PEJUANG KEMERDEKAAN NI TAK BAWAK APA2 FAEDAH PUN..

UMNO MAINKAN ISU NI NAMPAKNYA SEMAKIN BODOH DAN SPT HILANG KEWARASAN

DAN YG PENTING UMNO MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI MAT SABU DAN PEMBANGKANG.

KALU LAH BENAR DAKWAAN MAT SABU, TANGKAP CEPAT LAH..HUKUM DIA..APA BISING2..

YA..NAJIB PUN TENGAH PANAZZZZZ SKRG NI, HUJUNG BULAN NI AKAN GEMPAR LAH DUNIA AKAN TERBONGKARMYA RAHSIA RASUAH KAPAL SELAM SCORPANE DAN PEMBUNUHAN TUYA DI FRANCE...

AKU RASA UMUR NAJIB PUN TAK LAMA JD PM!!!

RAKYAT MAKIN HILANG KEYAKINAN KPD NAJIB...LEMAH DAN TERLALU "MANJAKAN" PM ROSMAH DAH LAH TU KERAP PULAK SHOPPING DAN BERCUTI KELUAR NEGARA...

BAKAL MENANTU PM NAJIB@PM ROSMAH PUN DENGAR2 ANAK SAUDARA KPD PRES NORSULTAN NAZARBAYEV (KALU TAK SILAP EJAAN) YG DIA SENDIRI ADALAH S/U PARTI KOMUNIS KAZAKHTAN...YE KE? WALLAHUAKLAM...

KALU BENAR, SOBOK2 KATA ORG KOMUNIS, BAKAL MENANTU PUN TALI BARUT KOMUNIS GAK!!!

Renkeinji said...

saya sebagai rakyat malaysia yang diberi kelebihan untuk mengundi nak bertanya. apa sebab saya memilih seseorang wakil rakyat?. tujuannya adalah untuk mereka itu yang dipilih, membela nasib rakyat yang dalam kesusahan. membantu kami yang mempunyai masaalah di kawasan kami dan memajukan lagi taraf hidup di tempat kami. Bukannya bersembang sekeliling menuduh orang tu orang ni, pergi cerita merata tempat tentang sejarah yang dah lepas. menegakkan benang yang basah dan membuat kerja yang tak bersangkutan langsung dengan tugas sebagai wakil rakyat. kalau lah macam tu baik takpayah jadi wakil rakyat. duduk rumah jaga hal kat rumah lagi bagus.

APA JENIS WAKIL RAKYATLAH MACAM NIE


*p.s
kalau setakat sembang kosong pergi duduk kedai kopi order air banyak sikit lepas tu ko nak mengata org mengatalah. Jangan menyusahkan dan mengganggu hidup orang lain.

atau mana mana wakil rakyat yang dah malas nak buat keje kat malaysia nie rasa nak g makan angin silalah daftar dengan mana mana NGO bantu orang kat somalia ker, gaza ker atau mana mana negara luar lain yang memerlukan bantuan kan dapat makan angin secara percuma.

insaflahhhhhhhhhh lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan nieeeee

Renkeinji said...

lagi satu aku tak paham lah kenapa kalau nak komen berani sangat tapi nama letak Anonymous kalau berani aku cabar letak profile name dulu barulah komen ish ish ish

bagaikan bapuk yang kuat menyalak

Reezal said...

Ni Lah Geng2 Mat Syabu... Mat Syabu...Mat Syabu

Reezal said...

PAS apa dah jadi?

Statements PAS: "Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan UMNO.

Anonymous said...

Bodoh betul penyokong2 mat syabu ni yer....terutama orang yang atas sekali dalam komen...hahaha..bodoh piang

 
 
Blogger Templates