Seorang tokoh sejarah tampil menjelaskan bahawa Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.
“Komunis ketika itu cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman komunis dan Mat Indera seorang penyokong gerakan komunisme,” jelas tokoh sejarah terkemuka, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan latar belakang Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.Isu berkenaan Mat Indera sebagai ketua kumpulan Parti Komunis Malaya yang terlibat dalam serangan Bukit Kepong menjadi kontroversi apabila timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Pulau Pinang mendakwa bahawa komunis yang terlibat adalah pejuang kemerdekaan sebenar,lapor Utusan Malaysia pada minggu lepas.
Khoo turut menjelaskan bahawa Mat Indera bukan anak tempatan.
“Mat Indera orang seberang.Dia berasal dari Indonesia,bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.”
Khoo turut menyatakan bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik untuk kepentingan diri.
“Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik.Mereka tidak memahami sejarah,” kata Dr Khoo ketika ditanya sama ada sejarah dimanipulasi oleh golongan politik.
Beliau turut melontarkan persoalan kepada Mohamad Sabu “Adakah Mohamad Sabu memahami sejarah ketika itu ???”
Beliau menambah, masyarakat hanya sedar berkenaan serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong kerana pembikinan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.
“Sebenarnya serangan komunis ke atas balai polis bermula lebih awal.Saya menyaksikan serangan balai polis oleh komunis di dalam tahun 1945 di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan, Perak.

1 comment:
inilah akibatnya jika berkawan dgn syaitan..adakah anda semua tak sedar perkara ini?
sebaik mana pun anda, sealim mana pun anda, sebijak mana pun anda, jika berkawan dgn syaitan, hasilnya nanti tetap penuh kesyaitanan.
apatah lagi jika anda memang jahat, tak alim dan memang bodoh, lebih teruk bukan?
eh? sama kes pulak dgn pas skrg ni kan? hehehe
Post a Comment