Social Icons

Pages

Tuesday, September 06, 2011

PARLIMEN TITWANGSA MILIK SIAPA PADA PRU 13 ???


Parlimen Titiwangsa merupakan satu kawasan yang unik dan menarik.Unik kerana nadi kekuatan parlimen ini adalah Kampung Baru,kampung tradisi Melayu yang penuh kontroversi dan sensasi.Pihak yang menguasai Kampung Baru akan menguasai Parlimen Titiwangsa.

Parlimen Titiwangsa yang menjadi kubu kuat Umno sekian lama kini menjadi benteng pembangkang khususnya PAS di Kuala Lumpur.Dr Lo’Lo’ Ghazali menang besar dengan mengalahkan Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.Beliau bagaimanapun, meninggal dunia 16 Julai lalu akibat kanser.


Bagaimana peluang PAS kali ini ??? Mungkinkah Umno merampas semula Titiwangsa ???

Pemangku Ketua Umno Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani yang disebut-sebut bakal bertanding di kerusi tersebut dalam pilihan raya akan datang enggan mengulas kemungkinan tersebut.

“Oleh kerana kita kalah dan mahu merampas kerusi, kita tidak boleh mendedahkan strategi kepada orang lain,” katanya.


Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen BN Titiwangsa,Datuk Astaman Aziz berkata,sama ada BN akan menang dalam pilihan raya umum ke 13 bergantung kepada calon BN sendiri.Tetapi menurutnya,calon yang berwibawa sekalipun bukan mudah kerana banyak hati yang perlu dijaga.

“Penyokong Umno juga berpecah kepada beberapa kumpulan termasuk kepada bekas ketua bahagian yang tidak aktif tetapi masih mempunyai pengaruh.Maknanya calon sahaja tidak cukup,” tegasnya. “Mesti ada sokongan penuh dari pemimpin sedia da dan bekas Umno bahagian.”

PAS Titiwangsa pula yakin rekod cemerlang perkhidmatan Dr Lo’Lo selama tiga tahun menjadi ahli Parlimen akan membolehkan PAS menang lagi dalam pilihan raya umum akan datang.Katanya,banyak perbezaan berlaku semasa Titiwangsa di bawah wakil rakyat PAS dan BN.Beliau menambah,kemelut politik dalaman baik di peringkat pusat mahu pun di bahagian Titiwangsa akan memberi kelebihan kepada PAS.

“Saya mensasarkan jumlah majoriti akan meningkat kepada 5, 000 undi,” katanya yang tidak mahu namanya didedahkan.

Penganalisis politik tempatan, Datuk Zainal Kling berkata,Umno mempunyai peluang untuk merampas semula kerusi Titiwangsa dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.

Katanya,Umno 2008 banyak berlaku masalah dalaman dan berada dalam kucar kacir kerana kepimpinan yang lemah.

“Tetapi sekarang Umno lebih baik daripada tahun 2008 itu. Keinginan mereka untuk menang (merampas semula) Titiwangsa sangat berkobar-kobar,” katanya

SIAPA YANG LAYAK UNTUK MEMEGANG PARLIMEN TITIWANGSA ???

PAS ATAU UMNO ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

KALU DENGAR PEMBODEK UMNO MEMANG KATA ADA PELUANG RAMPAS TITIWANGSA...TAPI KALU DENGAR PEMBODEK PR PULAK, SAMA JUGA...

OLH ITU RUMOS PEMBODEK2 NI USAH CAYA LAH...YG PASTI PENDUDUK TITWANGSA AKAN TETAP SETIA KPD PAS/PR DAN TDK AKAN BERI UNDI KPD BN.

Anonymous said...

mana hang tau.........
hang ingat semua orang sokong parti hang ka????
p mampos la....
kalau semua orang suka parti hang jawapnya lingkop la......
la ni pon dok porak peranda....

Anonymous said...

Tak apa kita lingkupkan dan jahnamkan Parlimen Titiserong yg tak Berwangsa ini dengan kita sesama Melayu berperang sivil macam di Mogadishu Somalia sehingga menjadikan Kuala Lumpur yg cantik molek hari ini menjadi bandar hantu yg menakutkan seperti kota Mogadishu hari ini..baru puas hati kita...ayoh mari kita berperang sivil sesama sendiri dengan meriam roket, AK 14 dan peluru berpandu yg boleh dibekalkan oleh Singapura

Anonymous said...

kita bahagikan kumpulan militan Melayu ini kpd Empat..kumpulan satu Melayu berbaju Melayu siap bersongkok hitam dan berkain samping sutera,,kelompok dua, Melayu yg berkopiah puteh dan berjubah ala Arab badan berbau hamis dan seluar dalam panjang di singsing sampai lutut, kumpulan tiga, Melayu berbaju biru dengan jaket hitam berlambang macam mata setan kekadang bersongkok tapi semua liberal jambu lah sikit dan kumpulan keEmpat Melayu yg boleh minum beer,wine wisky dan kekadang toddy di pasar Cina dgn kiblat ke Spura..ayoh ke empat2 kumpulan ni kita berperang Sivil sehingga semua Mampos!!!!

 
 
Blogger Templates