Social Icons

Pages

Tuesday, September 06, 2011

TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD RESTUI ANAK SERTAI POLITIK !!!


Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi lampu hijau kepada anak sulung beliau,Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib,untuk menceburi bidang politik.Dalam ucapan pada majlis sambutan Hari Raya di sini,Taib berkata,beliau tidak akan mencampuri urusan anaknya dalam bidang itu.Bagaimanapun,kata beliau,sekiranya Mahmud Abu Baker ingin menjadi pemimpin yang baik,beliau perlu memiliki sifat sabar,ikhlas dan tekun.

"Jangan lupa membawa lebih banyak pembangunan ke Mukah,yang merupakan kampung halaman nenek moyang kamu,” kata Taib.

Mahmud Abu Baker,yang menganggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) parti yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak sejak beliau berusia 19 tahun — berkata,beliau akan mendapatkan restu bapanya sebelum menceburi bidang politik.

Taib tidak menyatakan kawasan yang akan ditandingi anaknya pada pilihan raya umum akan datang walaupun wujud spekulasi bahawa Mahmud Abu Baker akan menggantikan adiknya, Datuk Seri Sulaiman untuk bertanding bagi kerusi parlimen Kota Samarahan.— Bernama

No comments:

 
 
Blogger Templates