Social Icons

Pages

Friday, October 07, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! APA YANG DR THOMAS MEREPEK NI ???


Hakim membuat keputusan mengenai Permohonan Datuk Seri Najib/ Datin Seri Rosmah untuk mengenepikan perintah sapina.Kemudian pakar tulang belakang dari Jerman,Dr Thomas Hoogland dipanggil sebagai saksi peguam bela. Beliau dijangka akan memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan fizikal Anwar.

Ikuti kronologi perbicaraan di mahkamah hari ini:

9.35 pagi:
Mahkamah bersidang.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan beliau terhadap permohonan oleh
Datuk Seri Najib/ Datin Seri Rosmah mengenepikan perintah sapina supaya hadir mahkamah memberi keterangan.

Permohonan
Datuk Seri Najib/ Datin Seri Rosmah di luluskan mahkamah.

"Justeru,saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,”

9.44 pagi:
Peguam-peguam yang mewakili Najib dan Rosmah beredar meninggalkan mahkamah. Mahkamah terus bersidang untuk kes Liwat 2.

9.45 pagi:
Saksi ketujuh pembela, pakar tulang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland mengambil tempat di kandang saksi.

Dr Thomas mengangkat sumpah dan memberitahu beliau berumur 66 tahun.Beliau tamat pengajian perubatan pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 memulakan latihan ortopaedik di Amerika Syarikat.Sehingga ke hari ini,beliau memberitahu mahkamah beliau sudah menjalankan kira-kira 14 ribu pembedahan tulang belakang.

9.54 pagi:
Menurut Dr Hoogland, beliau banyak memberi keterangan di mahkamah.
Kali terakhir ialah pada bulan Julai lalu di County Court Oklahoma City.

Dr Hoogland menerangkan struktur tulang belakang manusia menggunakan model rangka tulang manusia dalam mahkamah.

Menurutnya,tulang belakang manusia ada:
7 vertebra,
12 torasik dan
5 vertebra lumbar.

10.17 pagi:
Dr Hoogland naklumkan pertama kali merawat kecederaan tulang belakang Anwar dalam bulan April 2001, seterusnya adalah pada bulan September 2004 selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

10.19 pagi:
Saksi kata dia menyediakan laporan pembedahan Anwar dan memberi Anwar satu salinan laporan itu atas permintaan beliau.

10.21am:
Hoogland berkata Anwar mempunyai lumbar sclerosis, yang menjejaskan kaki pesakit-pesakit dan tangan.

“Khususnya, kaki kiri, berikutan masalah lama pada leher .”

Beliau telah bertemu Anwar pada 4 Sept, 2004 , dan telah mengadu diserang ketika dalam tahanan polis enam tahun sebelum itu.

10.30 pagi:
Saksi memberitahu Anwar mempunyai masalah untuk membongkok.

10.36 pagi:
Hoogland berkata Anwar berada di hospital selama tiga minggu, dari 6 September sehingga 27 September, 2004.

10.43 pagi:
Hoogland memberitahu Anwar merasa sakit di bahagian kiri belakang.

Hoogland ditanya samada masalah akan berulang dan menjawab kadar berulang-ulang ialah 5 hingga 20 peratus.

“Untuk sclerosis,ia 15 peratus.”

10.47 pagi:
Hoogland kata kemerosotan tulang belakang bukan satu proses biasa, tetapi ia agak normal.Laporan perubatan Hoogland ditanda sebagai bukti. Hoogland menerangkan pembedahan ke atas Anwar pada 6 Sept,2004.

10.56 pagi:
Laporan pembedahan Hoogland ditanda sebagai bukti.

11.02 pagi:
Mahkamah berhenti rehat selama 15 minit

11.44 pagi:
Mahkamah kembali bersidang.

11.46:
Hoogland kata tiga bulan selepas pembedahan itu, Anwar pergi lagi ke kliniknya di Munich pada Februari 2005.Saksi itu berkata pada 7 Feb,dia melakukan pemeriksaan dan mendapati Anwar masih mengalami sakit belakang.


11.50 pagi:
Beliau berkata terdapat kemajuan ketara pada Anwar sebelum pembedahan, tetapi tidak banyak perubahan selepas Anwar dibenarkan keluar dari hospital itu pada 24 Sept, 2004.

“Otot belakang penting mengawal gerakan belakang.” katanya.

11.55 pagi:
Sankara Nair bertanya kepada Dr Hoogland samada Anwar bertanya kepada beliau tentang pergerakan dalam solat (selaku seorang pesakit tulang belakang).Dr Hoogland berkata beliau banyak ditanya perkara itu oleh pesakit Muslim terutamanya dari Timur Tengah.Beliau berpesan kepada Anwar agar melakukan sebarang pergerakan dengan sangat berhati-hati dan dengan sangat perlahan agar kecederaan tulang belakangnya tidak berulang.

Sebelumnya,Dr Hoogland memberitahu mahkamah Anwar bukan sahaja pernah mengalami cakera tulang belakang yang tergelincir beliau juga mengalami ‘spinal stenosis’.

11.58 pagi:
Hoogland berkata dia menasihati Anwar bergerak dengan perlahan kerana ia boleh menyebabkan kesakitan teruk dan kecederaan terhadap cakera tulang belakangnya.

“Bila anda bregerak terlalu cepat, ia akan mengakibatkan lebih banyak geseran dan mengakibatkan lebih banyak athritis (sakit sendi).Anwar mempunyai athritis teruk,” katanya.

12.01 tengahari:
Hoogland berkata kali terakhir dia memeriksa Anwar pada 8 September .Anwar mengalami athritis (sendi) dan spinal stenosis (tulang belakang).
Pakar itu berkata Anwar mempunyai mobiliti terhad pada belakangnya, kebas pada bahagian kiri dan kaki.Terdapat kesakitan pada sebelah kiri dan kaki kiri. Saksi kata Anwar mempunyai kelemahan pada kaki kirinya.

12.10 tengahari:
Doktor itu berkata terdapat beberapa had gerakan belakang Anwar yang apabila dibongkokkan kepada 10 darjah ia akan merasa sakit.

12.16 tengahari:
Hoogland memberi keterangan yang Anwar mempunyai masalah di leher.

12.26 tengahari:
Dr Hoogland menjelaskan kepada mahkamah imbasan sinar-X tulang belakang Anwar.Saksi itu juga menunjukkan pinggul dan bahagian sebelah kiri lebih besar daripada sepatutnya.

12.57 tengahari:
Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

3.10 petang
Bicara secara tertutup.


UNTUK SELANJUTNYA

KLIK DI SINI

ANDA AKAN LIHAT SESUATU SUDAH TERJADI PADA ANWAR IBRAHIM !!!

1 comment:

Johan bin Ramli said...

Kesian ye.... elok dok rumah aje.... dah tak sehat... jangan degil merayau sana sini, meroyan separuh gila mengata kerajaan langsung tak ada kerja asyik mengkonpirasi aje... Tak payahlah dok tunjuk muka mengata orang, memburukkah Mahkamah di BBC..... Saiful is nobody.... Kalau sisaiful berpeluang cakap kat BBC tu macam mana agaknya setelah hampir 50 bulan kes simplenya tak ada penyelesaian....

 
 
Blogger Templates