Social Icons

Pages

Wednesday, November 02, 2011

EKSKLUSIF !!! INI NASIHAT DARI DATUK DR HASAN ALI TENTANG AKIDAH !!!


Persoalan akidah merentasi sempadan politik, kata Datuk Dr Hassan Ali mengulas kehadirannya dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini.



“Akidah ini merentasi segala-galanya..maknanya kalau kita nak cari satu bahan, satu unsur, satu elemen yang boleh menyatukan umat..saya rasa bukan ‘muka’ manusia itu..bukan tempat dia di mana..bukan education dia di mana..tetapi yang boleh menyatukan sama ada dia pengamal mutlak agama atau kurang mengamalkan agama tetapi masih mengucapkan kalimah (syahadah)la Ilaha Ilallah Muhamad Rusulullah..saya terlalu yakin..atas nama akidah,mereka akan datang mereka akan bersatu”, katanya ketika diwawancara Editor Sinar Harian Online.

Menurutnya kehadiran peserta HIMPUN hari itu sudah cukup untuk mewakili umat Islam di negara ini dalam memanifestikan hati dan jiwa umat Islam dalam mempetahankan akidah.

“Selamatkan aqidah ini titah perintah Allah swt.jangan hadir dalam perhimpunan itu titah manusia.jadi antara titah Allah dengan perintah manusia, logiknya,bila kita berbicara tentang akidah.saya patuh kepada perintah Allah”, katanya.



Menyentuh berkenaan dengan tindakan disiplin yang bakal dikenakan PAS kerana kehadirannya dalam HIMPUN, Hassan berkata beliau tidak bimbang perkara tersebut.

“Komen yang diberikan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man..dia kata tidak mengambil tindakan terhadap saya.itu pilihan saya sebagai seorang muslim.Saya rasa nada yang sama juga disuarakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor,Dr Rani”, katanya.

Menurutnya kehadirannya dengan penuh ikhlas untuk menyatakan sokongan membendung pemurtadan di negeri Selangor.

“Saya datang kerana saya dengan Allah..saya datang kerana saya sayangkan Allah…saya datang kerana saya sayangkan agama Allah..dan saya datang kerana saya nak pastikan tidak ada umat Muhamad di Malaysia dan negeri Selangor ini terpesong akidahnya”, katanya.

Katanya lagi,beliau menyokong penuh cadangan penganjur HIMPUN untuk menggerakkan sesi-sesi penerangan selanjutnya selepas perhimpunan di Shah Alam tersebut.

‘Saya bercadang saya pun dah bincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),Tuan Haji Marzuki..supaya kita dapat pergi ke daerah-daerah atau setidak-tidaknya, kita dapat pergi ke daerah-daerah terpilih kerana Selangor ini adalah di antara negeri yang telah menjadi target utama kepada gerakan memesongkan akidah umat Islam itu”, katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Teruskan dan Laksanakan lah amanah kerana Allah bukan kerana politik

 
 
Blogger Templates