PENGURUSAN National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pemimpin Pakatan Haram jika terus membuat tuduhan tidak berasas berhubung operasi dan kewangan syarikat berkenaan.
“Saya perlu berunding dulu dengan peguam serta mendapat pandangan ahli keluarga berhubung perkara ini. Kita tidak perlu tergesa-gesa.Secara jujur, saya tiada rasa hendak marah, cuma kasihan dengan pihak berkenaan terutama (Pengarah Strategik PKR) Rafizi Ramli yang membuat tuduhan seperti itu.Jika tuduhan itu diteruskan (selepas penjelasan syarikat),kita mungkin meneliti mengambil tindakan undang-undang,” kata Pengerusi Eksekutifnya,Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Sidang media turut dihadiri Peguam NFC,Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah,Perunding Korporat dan Kewangan NFC,Zakaria Mohamed dan Pengarah NFC,Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh.
BH Melaporkan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata,pada awalnya mereka sekeluarga terkejut dengan tuduhan Pakatan Haram kerana tidak mengenali Rafizi,tetapi akhirnya beliau dan keluarga menyedari semuanya bermotif politik.
“Saya kasihan pada dia,kalau hati perut tidak baik,anda akan sengsara.bagi kami,kami tidak buat salah dan kami menggunakan semua sumber menjalankan projek ladang ternakan ini.
“Projek ini tidak gagal kerana kami baru tiga tahun beroperasi dan ada 27 tahun sebelum disambung 30 tahun lagi.mungkin Rafizi pandai tetapi tidak tahu mengenai pengurusan perniagaan,” katanya.
Sementara itu Wan Shahinur Izmir,ketika diminta mengulas,berkata beliau tidak marah kerana dakwaan itu tidak tepat.Sebaliknya,beliau sedih kerana masyarakat dikelirukan dengan maklumat yang salah sehingga memberi persepsi negatif terhadap syarikat dan keluarga mereka.
“Saya mahu jemput Rafizi datang melawat dan meneliti perkembangan ladang kami, bukannya menjerit dan memekik di luar sana,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique menjelaskan pusat khidmatnya tidak berhutang dengan NFC kerana semua pembelian lembu korban tiga tahun lalu sudah dibayar sepenuhnya.Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail bahawa pihaknya masih berhutang RM70,000 dengan NFC adalah palsu.Beliau juga menyifatkan kenyataan itu berniat jahat dan manipulasi fakta yang cuba menimbulkan keresahan politik kononnya beliau seorang yang tidak amanah.
“Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa ada membeli 25 ekor lembu bernilai RM70,000 sempena sambutan Aidiladha pada 2008. Lembu itu diserahkan oleh NFC pada 6 Disember 2008.Bagaimanapun,invois harga pembelian itu hanya dikeluarkan pada 17 Disember 2008 menerusi faks ke pusat khidmat pada 28 Januari 2009,” katanya dalam kenyataan semalam
SEKIRANYA ANDA INGIN MELIHAT BUKTI SEMUA APA YANG NFC LAKUKAN
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
7 comments:
Tu diaaa...dah mamai kena belasah dah sharizat dah tak ketentuan akal, naik kecut sharizat manalah tau peluang jd calon PRU 13 terkubur sementelah dah TKO tersungkur di kaki nurul izzah lembah pantai dulu, maka dia nak saman...aduhai...
skang saman lah..apa tunggu!
nama pun dah busuk!
laki bini sama2 rembat...senator dia rembat, menteri dia sapu, lembu pun diangkut jugak...
nasib baik lah ada org kasi bongkar benda ni..kalu penyelewengan ini terus menjadi misteri dan mrk bersuka ria di atas "nama melayu"...konon!
saman jangan tak saman!
felda pun berjuta2 dah habis bayar kes kalah saman peneroka...!!!
Lepas tu peneroka saman peguam pula sbb peguam mentedarah duit dapat juta-juta sedangkan peneroka dapat ciput je. Hahahaha.
hahahaha kenyataan puak penjilat al-juburi mcm tulah.x tau cerita sebenar main belasah jer.mula2 rafizi 3 ekor lembu..ni aku nak habaq,kepala bapak dia 3 ekor...beribu-ribu dah ada kat gemas tu.semua tu pinjaman dalam masa 30 tahun.rafizi main hentam..banggang...
10:19
rafizi main hentam atau ko tu merapu!
sedor diri sket...yg aku heran sharizzat Ketua Wanita UMNO yg berani bersuara lantang...tetiba jd ayam berak kapur....senyapp...atau tgh bela lembu, gembala2 dia lah yg dok sebok pertahan dia....
ramai sungguh LEMBU sharizat termasuk blogger umno ni BADUT dan lain2...
punah lingkup la negara...
anon 11:03 mmg shahrizat senyap sbb x ada kena mengena dgn dia bangang.itu projek laki dia.dia x ada kena mengena dgn projek tu.awat hang ni bangang sgt
kesian dgn orang2 melayu pr yg dengki dgn kejayaan orang melayu tak habis2 ni!! mcm mana nak pelihara anak bini kalau penyakit busuk hati terus menjadi2 dlm diri mrk? 7 keturunan tak habis penyakit hasad ni!! dahla tak habis siasat terus fitnah! asyik nak salahkan orang yg tak ada kena mengena. kalau dia ni termakan daging NFC yg dia beli di tesco ka, giant car, mana2 kedai jual daging yg NFC edarkan, habisla dia..kelam perut betui!!
pasal apa tak marah bila kaum lain monopoli perniagaan lembu yg kita makan selama ni? pasal takut dgn biaDAP, kan?
10:59
bukan dengki dgn melayu yg berjaya tapi benci dengan perangai umno yg lbh mementingkan suku sakat kroni dan keluarga dr membantu melayu/bumi yg masih susah/miskin...bodoh!
Post a Comment