Social Icons

Pages

Tuesday, November 15, 2011

HOT NEWS !!! NURUL IZZAH DAN TONY KANTOI !!!


ANDA DAH TAHU KENAPA NURUL IZZAH DAN TONY PUA KANTOI ???

KEPADA YANG DAH TAHU,INILAH PERANGAI PAKATAN HARAM !!!

MEREKA INGINKAN POPULARITI !!!

MEREKA TAK NAK RAKYAT PERGI KE KR1M !!!

Perbandingan harga yang dilakukan ahli-ahli Parlimen Pakatan Haram terhadap produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah palsu dan bertujuan mengaburi mata rakyat semata-mata.Sambil membidas tindakan tersebut,Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin),Datuk Ameer Ali Mydin berkata,dari segi kualiti,sepatutnya mereka membandingkan produk KR1M dengan produk Carrefour Brand bukannya Carrefour Big Saver.Katanya,harga produk Carrefour yang dibandingkan Pakatan Haram dengan produk KR1M turut bercanggah dengan harga sebenar produk tersebut di pasaran.

"Produk kami menunjukkan penjimatan antara 30 hingga 50 peratus apabila dibandingkan dengan jenama popular serta antarabangsa misalnya Nestle, P&G,Unilever dan sebagainya. Pembangkang pula membandingkan jenama KR1M dengan jenama persendirian pasar raya lain seperti Carrefour Big Saver.23 barangan yang dibandingkan pembangkang adalah tidak berasas kerana terdapat perbezaan daripada segi kualiti seperti pencuci serbaguna, sardin dan teh Ceylon," katanya kepada pemberita.

Utusan Melaporkan Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebelum ini yang menyatakan bahawa harga dan kualiti produk KR1M tidak seperti yang digambarkan.Datuk Ameer Ali Mydin Menjelaskan,kualiti pencuci serba guna adalah berlainan dan mempunyai komposisi berbeza manakala produk sardin yang dibandingkan berbeza daripada segi kualiti dan rupa berbanding produk KR1M.

Tambahnya,perbandingan terhadap teh Ceylon dengan teh hitam keluaran Carrefour turut tidak setara kerana teh Ceylon adalah dari Sri Lanka sepenuhnya dan lebih berkualiti manakala teh hitam adalah campuran sumber teh dari Indonesia dan Sri Lanka.


Berhubung perbandingan produk lain katanya,pembangkang seharusnya membandingkan produk KR1M dengan jenama seperti peluntur pakaian Clorox, pencuci pakaian Dynamo dan sabun buku Dobi.Daripada segi berat dan isipadu,ujar beliau,Tony membandingkan pencuci pinggan mangkuk KR1M yang berisipadu 400 gram dengan pencuci pinggan mangkuk Carrefour Big Savers berisipadu 350 gram yang kualiti pembungkusannya berbeza.Beliau menambah,begitu juga dengan produk koktail buah-buahan KR1M yang dibandingkan dengan produk sama jenama Edible Specialities yang isipadunya kurang daripada 150 gram.

Sementara itu,berhubung kandungan khasiat produk, susu pekat KR1M mempunyai khasiat 2 gram protein berbanding krimer manis Carrefour Brand sebanyak 1.6 gram protein.

"Terdapat juga produk yang berlainan jenis dibandingkan oleh Tony iaitu minuman bes blackcurrant KR1M yang dibandingkan dengan kordial anggur Carrefour Big Saver.Turut dikesan pada perbandingan pembangkang adalah enam produk yang harganya jauh lebih rendah daripada harga sebenar iaitu tisu tandas, krimer pekat manis, daging kisar jenama Ramly, kentang goreng jenama KK dan minuman berkarbonat," tambah beliau.

Dalam pada itu,pembekal susu segar menolak sama sekali dakwaan susu segar yang dijualnya di KR1M dicemari bakteria E.Coli.Pengarah Corakmas Marketing Sdn. Bhd, Low Chee Keong berkata, setiap susu yang dibekalkan telah menjalani sebanyak dua pemeringkatan saringan sebelum dipasarkan KR1M.

"Kami menerima susu segar daripada penternak-penternak lembu seawal pagi yang akan diuji tahap bakteria terlebih dahulu sebelum dibeli daripada mereka.Malah dalam pemprosesan kilang,kita berjaya mengurangkan tahap kehadiran koloni bakteria sebanyak 1,000 dengan tahap suhu setinggi 85 darjah selsius," tegasnya.

ANDA DAH DAPAT JAWAPAN ???

LEPAS INI NAK BANDINGKAN DENGAN APA PULAK ???

TERFIKIR JUGA,KALAU BETUL-BETUL KR1M TAK BAGUS DAN SEBAGAINYA !!!

KENAPA RAMAI RAKYAT MALAYSIA PERGI JUGA KR1M ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

blogenstarz said...

Memang jenis bangkai.Yang murah pada dia adalah daging babi hutan yang mati dilanggar je....

Anonymous said...

Kalu bahlul pilih bahlul jadi wakil rakyat maka dibahlulkanlah rakyat rakyat sekelian

Anonymous said...

Mydin ke yg jadi pembekal kedai KRIM tu?hmmm....

Anonymous said...

Salam....
Saya nak bagi pendapat sebagai seorang pengguna...

pembelian barangan keperluanharian terpulang kepada hak individu pengguna sendiri... kalau nak murah beli kat KR1M.. kalau nak kuliti, nak jaga standrat, beli kat tempat lain... KR1M tuh utk mereka yg berpendapatan sederhana tau...

macam naik flight gak.. nk tambang murah beli AirAsia, tapi makanan kene beli la.. huhu.. kalau nak mewah naik MAS, dpt makan free.. bayar lebih tu jer...

so rakyat boleh pilih sendiri, nk murah atau nk jaga standart hidup, takut jiran ngate lak kan... coz org berpendapatan sederhan nih tak ngumpat jiran...

kalau silap tegur sy ek... jgn marah..

 
 
Blogger Templates