Social Icons

Pages

Friday, November 18, 2011

NIK AZIZ TAKUT PADA DAP ??? BETUL KER ???


Mursyidul Am Pas, Nik Aziz dilihat takut kepada DAP apabila gagal menyatakan pendirian sebenar berhubung siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali berkata,Nik Aziz seolah-olah masih meraba-raba mencari jawapan dan tidak pasti mengenai pendirian Pas berhubung perkara itu apabila menyatakan ia hanya akan diketahui selepas pilihan raya umum berlangsung.

"Rakyat pasti hendak tahu sekarang.Kenapa Nik Aziz tidak nyatakan sahaja bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang ??? Bukankah beliau Presiden Pas ??? Dan kalau Hadi jadi Perdana Menteri,maka bolehlah diwujudkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud.Jadi tidak perlu salahkan orang lain mengenai pelaksanaan hudud," katanya.

Utusan Melaporkan Beliau mengulas mengenai penafian Nik Aziz terhadap dakwaan bekas Ketua Menteri Melaka,Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha pihak tertentu di dalam pakatan haram untuk mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50-50 pada pilihan raya umum akan datang.Datuk Ibrahim Ali berkata,penafian Nik Aziz itu membuktikan bahawa Menteri Besar Kelantan itu takut kepada DAP untuk menyatakan pendirian sebenar Pas itu.

"Ia sekali gus memperlekehkan pucuk pimpinan parti itu sendiri. Amat memalukan. Jika hendak tunggu selepas pilihan raya umum, macam-macam boleh berlaku. Tidak mustahil Lim Kit Siang (Penasihat DAP) jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Datuk Ibrahim Ali turut mempersoalkan mengapa Nik Aziz tidak menamakan sahaja Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim atau Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ambiga untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini.Katanya, perkara itu membuktikan bahawa banyak perkara berhubung dasar-dasar antara parti di dalam pakatan pembangkang yang tidak jelas dan tiada kesefahaman sesama sendiri.

"Maka hasilnya akan timbul kekecohan sehingga menjejaskan kestabilan politik negara," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

pas mmg dah lembing mcm sotong kurita. elok panggil oktoPAS mcm bunyi octopus.

Anonymous said...

pas mmg dah LEMBIK mcm sotong kurita. elok panggil oktoPAS mcm bunyi octopus.

 
 
Blogger Templates