Social Icons

Pages

Thursday, December 22, 2011

BONGKAR !!! KENAPA ANWAR IBRAHIM ARAH KAN ABIM SISIH DR YUSRI DAN DR SIDEK BABA ???


Bolehkah Anwar Ibrahim menerima kritikan secara berlapang dada atau beliau akan bertindak balas terhadap pengkritiknya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Apa yang berlaku kepada Senator Ezam Mohd Nor,Senator Datuk Nallakarupan, YB Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, YB Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Zaid Ibrahim, Prof. Dr. Chandra Muzaffar, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak, YB Tan Tee Beng (sekadar menyebut beberapa nama),barangkali boleh menjawab persoalan di atas.

Mereka yang disenaraikan di atas bukan kecil anak, malah mereka pernah menjadi salah seorang inner circle Anwar,mahupun isterinya,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Maka, dapat dibuat kesimpulan,sesiapa yang mengkritik Anwar,tiada pilihan lain, kecuali KELUAR.Terbaru,tindakan yang sama terus menjalar ke dalam benteng terakhir Anwar,ABIM.Dari ABIM, Anwar membina tapak,merekrut pengikut dan mara ke dalam UMNO,seterusnya dikeluarkan dan mara kembali ke dalam PKR dan menghulurkan tangan-tangannya ke dalam PAS.


Sinar Harian melaporkan satu berita yang agak mengejutkan.

“WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh bekas Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad dan bekas Naib Presiden ABIM, Profesor Datuk Dr Sidek Baba, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah.Setiausaha Agung WADAH,Abdul Halim Ismail berkata,perkara ini perlu dijelaskan sebagai reaksi kepada beberapa persoalan berbangkit serta kekeliruan di kalangan masyarakat ekoran beberapa kenyataan oleh mantan pimpinan ABIM mengenai isu tuduhan liwat dan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim“, lapor akhbar itu.

Akhbar itu turut melaporkan kenyataan WADAH itu dibuat secara bersama dengan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia) berkenaan dengan isu jenayah Qazaf.

Kesimpulan dari kenyataan bersama itu (WADAH, ABIM & PKPIM) adalah mereka menolak pertuduhan liwat dan zina ke atas Anwar.Jika WADAH,ABIM dan PKPIM menolak pertuduhan liwat dan zina ke atas Anwar, kenapa mereka turut mengumumkan pandangan Dr Yusri dan Dr Sidek Baba bukan mewakili pandangan keluarga mereka, sedangkan kedua-duanya adalah bekas Presiden dan Naib Presiden ABIM ??? Kenapa perlu buat sidang media khas, declare dan mention nama kedua tokoh ABIM itu, adakah kedua tokoh itu mempunyai pandangan yang berbeza ??? Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan di sini.

19 Disember lalu,portal pro Anwar,Meloyakini kononnya mengeluarkan berita berkaitan dengan kaji selidik dari Universiti Malaya (UM) khususnya berkenaan skandal video seks Ketua Umum PKR.

“Tinjauan: 1/2 tak percaya Anwar dalam video seks”, tajuk utama Meloyakini,tanpa menyebut sumber dan bagaimana kajian itu dibuat.Menurut kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL) itu, sebanyak 46 peratus daripada 1,304 tidak percaya terhadap video yang mula-mula didedahkan ‘Datuk T’ sebelum ini”, lapor portal itu.

Barangkali kaji selidik terbaru itu sebagai counter attack kaji selidik yang dilakukan UIA dan UPM yang mendapati prestasi Anwar jatuh merudum.Anwar sendiri berkali-kali mendakwa kaji selidik UIA dan UPM adalah satu penipuan dan kepalsuan, jadi jika begitu,bagaimana pula dengan kajian UM ???

Berita kajian UM itu turut dilaporkan Harakahdaily, 19 Disember.

“Kajian UM di Perak: Video seks Anwar tidak dipercayai”, lapor portal PAS itu.Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 – 30 Oktober 2011 di Perak.Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL,Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini”, lapor portal itu lagi.Dr Mohamad Redzuan juga bekas Naib Presiden ABIM, sekarang masih terlibat aktif dalam WADAH dan disebut-sebut sebagai ‘Majlis Syura’ ABIM.

Maknanya apa ???

Adalah difahami jika Yusri disisihkan kerana bekas presiden ABIM ke-6 itu mengkritik Anwar tentang isu kalimah Allah, pluralisme agama dan pemurtadan pada malam pertemuan bersemuka dengan sahabat-sahabat lama ABIM, 2 Januari.

Membaca semula apa yang terjadi pada malam semasa pertemuan 2 Januari itu

KLIK DI SINI

KLIK DI SINI

DAN

KLIK DI SINI

UNTUK MENGETAHUI JAWAPAN !!!

Namun, Dr Sidek Baba tidak hadir dan tidak mengkritik Anwar pada malam 2 Jan, jadi kenapakah beliau disisihkan ???

Jika bekas Naib Presiden ABIM yang tidak hadir dan mengkritik Anwar secara terbuka pada malam itu turut disisihkan, bermakna ramai lagi bekas ABIM dan PKPIM yang sudah tidak mempercayai Anwar ???

Jika benar telahan ini, amat malang kepada Anwar kerana penyokongnya semakin berkurangan, terutamanya individu seperti Cikgu Sidek.Pada tahun 1998, ketika Anwar dituduh melakukan aktiviti liwat dan zina kali pertama, dan ditahan polis,Cikgu Sidek antara individu yang turut ditahan sama.Bermakna, menurut rekod polis,Cikgu Sidek adalah salah seorang inner circe Anwar yang perlu diberi perhatian.Kini,selepas Anwar sekali lagi didakwa melakukan liwat dan zina kali ke-II, kenapa pula Cikgu Sidek disisihkan ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

senangnya jawapanya BRO... jika anwar pelakonnya dah lama polis ambil tindakan segera.. Kes liwat 1 dan 2 tak perlu ambil masa seminggu ponn depa dah tangkap anwar (walaupun hanya bersaksi bohong macam azizan dan saifooll yang boleh makan karipap lepas diliwat) heeeee

 
 
Blogger Templates