Benarkah Husam Musa di kata berusaha mempertahankan kerusi DUN Salor walau banyak pihak mahu dia ke Parlimen Kubang Kerian ???
Dan Adakah YB Dato’ Takiyuddin Hassan serta YB Dato’ Mohd Amar bakal ditanduk oleh Sang Jamnapari ???
Kicdafella Melaporkan YB Dato’ Takiyuddin Hassan ahli Exco Kerajaan PAS Kelantan selama 3 penggal sudah menerima hakikat bahawa usaha yang sudah sekian lama untuk mengenepikannya ke pusat akhirnya akan menjadi nyata di dalam pilihanraya ke 13 kelak. Takiyuddin yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kota Bharu akan diletak bertanding kerusi Parlimen. Di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu juga, usaha sama telah dilakukan dan nama Takiyuddin di DUN Bunut Payung telah digantikan dengan Dr. Rosli Alani, bekas Pegawai Khas Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Kelantan. Bagaimanapun, disaat-saat akhir, ada juga pihak dapat berfikir secara rasional dan nama Takiyuddin kembali ke Bunut Payung.
Tiap kali pilihanraya, ada usaha menyingkirkan Takiyuddin keluar dari Kelantan.
Kali ini nama Takiyuddin tersenarai untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu tetapi terkini, ada usaha daripada kumpulan ‘Revolusi Kambing’ dalam PAS Kelantan dan beberapa gengnya di peringkat PAS Pusat yang mahu nama Takiyuddin digugurkan terus dari senarai. Ini berdasarkan nama lain telah dicadangkan oleh kumpulan ‘Revolusi Kambing’ ini untuk menjadi calon PAS bagi Parlimen Kota Bharu.
Turut diragut dengan ganas oleh kumpulan ‘Revolusi Kambing’ ini ialah Mohd Amar, Yang DiPertua PAS Pengkalan Chepa. Mohd Amar disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi menggantikan Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan tetapi kini di dalam bahaya.
Kumpulan ‘Revolusi Kambing’ merupakan penentang kuat kepada Mohd Amar dan menurut sumber yang diperolehi, seandainya Husam Musa tidak terpilih sebagai Menteri Besar kerana tidak tercalon untuk mempertahankan DUN Salor, kerusi Menteri Besar itu bagaimanapun tidak akan diduduki oleh musuh Husam, iaitu Mohd Amar.
Mohd Amar, pewaris darah perjuangan PAS sejati.
Kumpulan ‘Revolusi Kambing’ ini mencadangkan abang kepada Ustaz Latiff Ab Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan dan ADUN Mengkebang, yang merupakan seorang ahli akademik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru. Usul ini dikatakan sudah dimajukan di peringkat pusat dan telah mendapat sokongan pihak tertentu di dalam Dewan Ulama PAS.
Ustaz Latiff dikatakan akan bertanding di Parlimen Kuala Krai, yang kini di wakili oleh sahabat baik Husam, iaitu Dr. Hatta Ramli. DUN Mengkebang pula bakal diberikan kepada bakal Menteri Besar Kelantan yang baru.
Husam lebih kerap ke Republik Rakyat China, mungkin sesuai jadi Menteri Luar Negeri atau Duta Besar Ke China ???
Nampaknya Mohd Amar tidak perlu memikirkan dulu saingan dari Dato’ Sri Mustapa Mohamed untuk kerusi Menteri Besar Kelantan kerana saingan sebenarnya buatnya kini ialah dari dalam partinya sendiri.

No comments:
Post a Comment