Social Icons

Pages

Sunday, January 22, 2012

APA MAKNA 1MALAYSIA ??? PAKATAN HARAM KATA @NAJIBRAZAK TIDAK BERJAYA MELAKUKAN TRANSFORMASI ??? SEMUA SALAH TUDUH UMNO ???


Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia yang mana rata rata pada awal pengenalan konsep 1 Malaysia ini oranag ramai keliru dengan konsep ini.Apakah maksud 1 malaysia ini ??? Pengertian 1 Malaysia adalah sesuatu yang sangat subjektif sebab itu ramai yang masih keliru dan kerajaan berterusan menerangkan pengertian konsep 1 malaysia kepada rakyat secara berterusan sehingga hari ini.Pakatan Haram pula asyik belitkan isu ini.



Maksud 1 Malaysia

1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyatMalaysia.Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini,sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan,ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1 Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara,iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bukan auta bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020,syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.



1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum,di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.Oleh itu,dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya,akan tetap dilaksanakan.anda sudah lihat sendiri bantuan yang kerajaan beri kan dan bukan janji kosong.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.Untuk mencapai kemajuan bagi negara,rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu,dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum,yang membawa kepada perpaduan yang utuh.Apabila perpaduan dicapai,maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.ini lah maksud nya Rakyat Didahulukan.maksudnya bantuan yang rakyat terima melaui kerajaan.sekali lagi saya kata kan bukan janji kosong.

Itulah maksud 1 malaysia seperti yang terdapat dalam buku pengenalan 1 malaysia yang di edarkan oleh kerajaan.Konsep 1 Malaysia bukanlah mewujudkan bangsa Malaysia yang baru dengan menghapuskan identiti setiap kaum tetapi semua kaum bersatu padu untuk bersama sama memajukan Malaysia.Melayu masih melayu dan cina masih cina dan india juga kekal india.Kad pengenalan kita masih mengekalkan identiti kaum kita.Tidak wujud satu bangsa baru yang mana di pelopori oleh sesetengah pihak sebagai modal politik.seperti pemimpin Pakatan Haram kata dari dulu bahawa Dato' Seri Najib tidak akan berjaya.anda sudah lihat sendiri apa yang Dato' Seri Najib buat ??? adakah tidak berjaya ???

LIHAT GAMBAR DI BAWAH


KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA


KEDAI IKAN RAKYAT 1MALAYSIA


BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA


MENU RAKYAT 1MALAYSIA

INI ADALAH ANTARA PRODUK DARI 1MALAYSIA !!!

Apa yang saya nak kata Perdana Menteri Dato' Seri Najib sudah menunaikan janji kepada Rakyat Malaysia.apa cita dengan Pakatan Haram ??? setakat Janji tapi ada yang tidak terlaksana.setakat beri air percuma Rm11 tapi bukan semua rakyat yang dapat.dah memerintah 20 tahun masalah air berterusan,itu bawah kerajaan negeri.kalau saya nak beritahu panjang berjela-jela tentang perkara ini !!!



KEPADA PAKATAN !!!

ADA KAH ANDA DAH TUNAI JANJI ANDA SELAMA 4 TAHUN INI ???

PERGADUHAN DI JALAN KEBUN KATA SEMUA NYA PERBUATAN UMNO !!!

ADA BUKTI KER ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates