Social Icons

Pages

Wednesday, January 18, 2012

BONGKAR !!! ADA KAH UNSUR-UNSUR PENYELEWENGAN DAN PECAH AMANAH BERLAKU DI NFC ???


Sebelum saya ulas kenyataan Rafizi kononnya kata Penyelewengan Dan Pecah amanah telah berlaku di NFC kita lihat dulu kenyataan Rafizi di bawah.lepas itu saya akan bongkar ada atau tidak Penyelewengan Dan Pecah amanah telah berlaku di NFC

"Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus,atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna :

Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan.Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain.Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta danSebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.

Sumber meloyakini

INI JAWAPAN SAYA !!!

anda ni tak faham bahasa ker ??? apa yang pecah amanah tu ??? cuba bagitau saya Rafizi ??? sikit-sikit gantung !!! anda faham tak maksud pinjaman ??? apa kena mengena dengan pecah amanah ??? saya akan beri anda 12 sebab kenapa puak pakatan haram ni nak jatuh kan NFC kononnya NFC Bersalah dalam hal lembu ini.


1 - Pinjaman

Memandangkan ia adalah satu jenis pinjaman maka ia perlulah di bayar balik dan bukannya duit 'percuma' walaupun ia adalah di berikan kepada syarikat suami seorang menteriPinjaman itu adalah duit negara,tiada gangguan pemberian gaji atau pemotongan subsidi yang berlaku semata-mata hendak memberikan pinjaman tersebut.Syarikat yang telah diberi pinjaman perlu membayar balik kepada kerajaan, sebagaimana jika kita berhutang,wajib membayar balik kepada penghutang.

2 - Pengambilalihan

Syarikat tersebut sebenarnya telah mengambil alih projek tersebut daripada Group Lambert yang telah gagal.Syarikat NFC tu diambilalih oleh suami menteri tersebut daripada syarikat asal iaitu Lambert Group dan pinjman tahun 2009 itu bukanlah pinjaman tetapi adalah suntikan dana daripada pemegamg saham pihak kerajaan dan pada tahun 2010 selepas pengambilalihan syarikat itu, perjanjian untuk pinjaman baru dibuat.

3 - Status syarikat peminjam

Pinjaman yang diberikan itu bukan berdasarkan faktor siapa pemiliknya atau pun pemilik tersebut merupakan suami seorang menteri, ia diberikan atas fakta dan faktor komersial dan kekuatan akaun dan proposal. Segala dokumen juga perlulah lengkap. Kerana Kerajaan mahu memastikan syarikat tersebut benar-benar layak, jika tidak bagaimana kerajaan dapat memastikan bahawa pinjaman tersebut akan dapat dibayar balik.Bukan semua syarikat layak untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan, syarikat yang benar-benar kukuh sahaja yang akan terima pinjaman tersebut.Setiap pinjaman mestilah berdasarkan aliran tunainya (cash flow), aset syarikatnya dan kekuatan aliran tunai tersebut. Ia bukan boleh di buat sesuka hati dan bukan juga di berikan atas alasan isteri pemilik syarikat tersebut adalah seorang menteri.

4 - Kegunaan pinjaman

RM 250 Juta itu bukan sahaja untuk lembu,ia termasuk juga kos pembaikan infrastrukturnya yang telah rosak semasa banjir,rumah penyembelihan komersial bertaraf antarabangsa, benih lembu, kos operasi dan kos-kos lain termasuk 'marketing'nya. Adalah sia-sia suatu produk telah ada tetapi tiada tempat untuk dipasarkan.Namun pihak pengurusan syarikat telah dapat menembusi beberapa pasaran untuk daging lembu NFC.NFC adalah satu projek ternakan komersial besar-besaran dan mempunyai piawaian standard dunia, dan lembu yang diternak bukan baka lembu tempatan. Ia adalah baka lembu komersial dan lembu yang dibeli bukan 5-6 ekor tetapi 1500 ekor.RM 250 juta itu termasuk segala kos untuk syarikat termasuk penyediaan premis untuk pelanggan mereka dan pinjaman tersebut tidak terhad kepada aktiviti membela lembu sahaja ia termasuk pelbagai keperluan sebuah syarikat korporat termasuk hartanah.

5 - Pelaburan syarikat

Didalam kes NFC, semua pelaburan syarikat adalah sah,pinjaman tersebut juga sah dan tiada unsur penipuan dalam mendapatkan pinjaman, dan semua pelaburan syarikat termasuk pembelian hartanah kondo dan tanah adalah sah mengikut undang-undang SSM.Berkenaan dengan kondo semasa pembelian,kondo itu berharga 10 juta sahaja,ia merupakan aset syarikat yg juga merupakan pelaburan syarikat.Ia bukan milik individu.Dan kini nilainya sudah meningkat.syarikat punya,saya ulang bukan individu !!!!

6 - Status pinjaman

Pinjaman daripada dana kerajaan tidak sama dgn loan daripada sektor komersial seperti bank komersial ataupun bank pembangunan.Nilai bayaran balik dengan bunga terendah,ia adalah utk memacukan projek tersebut, dan dalam setiap pinjaman akan ditulis interest 2% + cost of fund, dan dalam kes NFC ialah 8%.Pihak kerajaan dan kementerian tidak boleh keluarkan duit beri pinjaman tanpa ada perjanjian dengan sesiapa pun dan jika itu berlaku,pihak pembangkang boleh membuat laporan polis kerana itu adalah kes pecah amanah CBT section 420 dan section 421, dan kes itu boleh di bawa ke mahkamah.

7 - Fitnah seleweng

Jika benar kes tersebut adalah satu penyelewengan,Rafizi dan sekutunya yang konon telah 'dedah siasat' isu tersebut sepatutnya melaporkannya kepada pihak polis,sekiranya mereka BENAR.Mustahil mereka tidak mendapat sebarang khidmat nasihat guaman utk 'mengenakan' pemilik syarikat ini sedangkan bar council begitu rapat dengan mereka dan dalam Pakatan Haram sndiri begitu banyak peguam termasuk sivarasa peguam yang 'tersohor' memperjuangkan hak juga berada dalam PKR.Selepas pihak polis mengesahkan tiada penyelewengan,mereka cuba dengan gigih untuh menjahanamkan NFC.Kini NFC dibawah siasatan SPRM.sikit-sikit gantung !!! dah polis kata tiada penyelewengan apa lagi Rafizi nak ni ??? sebab tak dapat RM250 juta ker ???

8 - Suntikan dana pemegang saham

Dalam projek ini,suntikan dana adalah daripada kerajaan yang membuat pinjaman adalah syarikat NFC dan pemegang saham NFC termasuk kerajaan.Untuk memastikan projek ini berjalan lancar maka kerajaan membuat suntikan dana bagi pelaburan mereka.Manakala pemegang saham bukan kerajaan dalam syarikat tersebut adalah syarikat keluarga menteri terbabit dan mereka yang membuat pinjaman serta telah mencagarkan saham dan beberapa aset mereka bagi tujuan tersebut.Setiap projek nasional wajib disertai oleh kerajaan dan suntikan modal kerajaan selalunya dalam bentuk aset,kawasan tanah dan tunai tertentu.Dana itu untuk projek ternakan lembu dan semua infra dan kemudahannya.

9 - Pelan kontingensi menghadapi krisis makanan negara

Penglibatan kerajaan diperlukan untuk projek seperti ini kerana sektor pembekalan makanan tidak boleh diswastakan sepenuhnya untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.Projek seperti ini bukan saja bernilai dari segi komersial,tetapi ia sangat bernilai dari segi pembekalan daging/makanan negara dengan adanya NFC pergantungan negara kepada daging import dapat di turunkan.

10 - Kepentingan pelaburan hartanah

Kondo itu adalah untuk kepentingan pelanggan syarikat dan mereka yang berurusan dengan syarikat,daripada syarikat menyewa untuk pelanggan mereka ataupun pihak yang berurusan dengan mereka dimana dalam hal ini kita tahu bahawa ia melibatkan pihak daripada antarabangsa.Ia merupakan amalan biasa syarikat korporat untuk memiliki aset seperti ini,bagi penjimatan kos hotel dan kos penginapan untuk mereka yang berurusan dengan mereka.Aset seperti ini juga mendatangkan nilai keuntungan serta dapat menguatkan lagi nilai aset syarikat bagi syarikat tersebut untuk menjalankan projek-projek lain di masa akan datang terutamanya dengan syarikat lain yang bertaraf antarabngsa.

Jika pembelian kondo itu tidak sah oleh syarikat dan ia satu penyelewengan,dakwalah mereka dengan undang-undang,tapi dalam hal ini,undang-undang tak boleh dakwa mereka kerana itu adalah pelaburan syarikat dan pelaburan condo itu menguntungkan.Didalam sesuatu perniagaan, pelaburan adalah digalakkan dalam bentuk aset bagi persediaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka didalam perniagaan.ada faham Rafizi ???

11 - Operasi NFC

NFC ialah syarikat membabitkan pembekalan negara dan bukan sembarangan syarikat.Operasi syarikat pengeluaran lembu juga berurusan korporat,bukan setakat membela lembu.Ini adalah projek piawaian antarabangsa dan sistem ternakannya bukan seperti membela lembu di kampung.

12 - Terma dan syarat pinjaman

Jika benar laporan Rafizi diharap ia akan disiasat dan dilaporkan.Mengikut kelaziman,tak semudah itu wang yang didebitkan masuk ke dalam akaun syarikat sebelum pengkajian pinjaman dibuat.Suntikan dana daripada kerajaan pula perlu ada kelulusan daripada lembaga pengarah dan jawatan kuasa pelaburan daripada kementerian terbabit.

itu 12 jawapan yang saya beri untuk anda !!!

sebenarnya Puak Pakatan Haram ni saja nak jatuh kan kredibiliti Datuk Seri Shahrizat Jalil dan melumpuh kan Wanita Pada PRU 13 Akan datang.itu saja tujuan nya.ingin saya jelas kan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil tiada kena mengena dalam NFC.beliau hanya seorang isteri kepada pengarahnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.itu jer.kenapa nak kait kan beliau dengan NFC ???

kepada Rakyat Malaysia anda harus melihat skop yang lebih jelas dalam isu NFC yang seboleh bolehnya dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil.Wang Pinjam dan ianya bukan Geran sebagaimana yang dikatakan oleh PKR.Wang tersebut perlu dibayar balik dan jika tidak dapat dibayar tindakan Mahkamah akan diambil keatas NFC dan individu yang terlibat.

ANDA NAK LAGI PEMBONGKARAN NFC ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUT NYA

DALAM LINK ITU ANDA AKAN LIHAT DARI A SAMPAI Z TENTANG NFC !!!

KEPADA RAFIZI JANGAN JADI BENGAP !!!

TIADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN NFC ADA PECAH AMANAH ATAU PENYELEWENGAN !!!

SEMUA INI ADALAH FITNAH PAKATAN HARAM !!!

2 comments:

Anonymous said...

terbaik ulasan tersebut..kerana kebanyakkan orang tidak faham tetapi buat2 faham..

Anonymous said...

https://www.facebook.com/pages/1-Juta-Rakyat-Malaysia-Mahu-Ambiga-Sreenevasan-DiBuang-Negara/218747501495957

 
 
Blogger Templates