Social Icons

Pages

Tuesday, January 10, 2012

HOT NEWS !!! SHAHNON AHMAD MEMBELASAH PAKATAN HARAM !!!


Sasterawan Negara,Datuk Shahnon Ahmad tidak setuju dengan dasar kepimpinan Pas sekarang yang mengadakan kerjasama dengan DAP.Kedua-dua parti itu dan PKR merupakan komponen Pakatan Haram.Menurut beliau,konsep kerjasama antara Pas dan DAP sekarang ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.

“Rasulullah SAW pada zaman dahulu tidak bekerjasama dengan musyrikin,sebaliknya baginda meletakkan syarat untuk mewujudkan keharmonian atau keamanan.Saya tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pas dan DAP ini,” kata beliau kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan beberapa ahli Pas Tanjong di rumahnya.


Shahnon yang juga bekas Ahli Parlimen Sik turut menolak penggunaan istilah ulama dan profesional dalam kalangan pemimpin Pas masa kini.Menurutnya,istilah profesional adalah mengikut sesuatu disiplin kerjaya seperti kedoktoran, kejuruteraan dan pendidikan.

“Profesional adalah pakar seperti saya digelar profesor kerana saya adalah profesor dalam kesusasteraan.Pas tidak nampak ulamanya melainkan (Mursyidul Am) Tok Guru (Datuk) Nik Aziz Nik Mat sahaja,” katanya.

Shahnon yang terkenal dengan buku S.H.I.T sebelum ini berkata,pandangannya sekarang ini tidak lagi mahu didengar oleh sesiapa pun kerana sudah lama tidak aktif dalam politik.Sungguhpun begitu,beliau masih aktif menjadi penulis kolum bagi sebuah majalah sastera.
 
 
Blogger Templates