Social Icons

Pages

Wednesday, January 18, 2012

KES LIWAT ANWAR DAN RAYUAN @SAIFULBUKHARI !!! INI JAWAPAN TUN MAHATHIR !!!


Dalam Isu Kes Liwat,Akhir Nya Tun Mahathir Telah Menyatakan sesuatu di dalam Blog Beliau.Kes Ini Berkenaan Dengan Saiful Bukhari Yang Ingin Merayu Dalam kes ini.mari kita lihat 12 Perkara yang Tun Mahathir utarakan

1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia,Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah.Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah.Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya,ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah,percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi,maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court,maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.

8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence,hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Sumber Chedet

ADA KAH PEGUAM NEGARA TAKUT DENGAN RAYUAN SAIFUL !!!

PEGUAM NEGARA JANGAN JADI BACUL !!!

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Mahathir amat marah apabila Anwar terlepas dan bebas dr pertuduhan.

Dendam Mahathir kpd Anwar amat kuat, semua musuh Mahathir berjaya dihapuskan dengan apa cara sekalipun, tapi Anwar tidak berjaya dihapuskannya...sebab itu Mahathir amat mendendami Anwar...

Mahathir kata jika pembangkang kalah kes mrk marah dan tuduh mahkamah tdk berlaku adil...TETAPI kini Anwar bebas tapi Mahathir dan UMNO mempertikaikan keputusan mahkamah juga....

Mahathir pun manusia biasa juga yg mudah terlupa!!!!!

Anonymous said...

meroyan dah puak al-juburi.kalau x ada Tun Mahathir Malaysia x maju bro.siapa yang larikan cetakan rm500 dan rm1000?siapa masa tu menteri kewangan? kena ingat bro...

sahir bin mehad said...

jgn gaduh... sesama kita umat manusia.. korang nk berpuak ke??ambil la iktibar pada ap yg berlaku pd umat islam di luar tu.. ap jd klu x bersatu.. kafir sentiasa menungu peluang.. di atas perbalahan kita.. ingt tiada beza antara kita.. bila di padang masyar nt.. bersatu la demi agama islam..tercinta.. biar la si anwar dgn mahathir tu bergaduh.. yg korg lebih2 pehal.. esk2 klu dh jd mcm dkt iraq esk bru tau..

 
 
Blogger Templates