Social Icons

Pages

Wednesday, January 25, 2012

MAJLIS SYURA PAS SUDAH MENJADI MAJLIS SAMPAH ???


Kalau ditanya apa yang membezakan PAS dengan parti-parti politik lain di Malaysia sehingga mereka lebih Islam, jawapan yang akan diberikan oleh para penyokong PAS dengan penuh bangga dan kembang hidung ialah, segala dasar PAS ditentukan oleh Majlis Syura. Majlis Syura pula dianggotai oleh ulama-ulama ‘muktabar’ PAS. Jadi, apabila dasar-dasar dan gerak kerja berpandukan kepada garis panduan yang telah digubal oleh Majlis Syura bererti PAS sudah hampir menyamai gerak kerja seperti yang dituntut oleh Islam.

Tetapi benarkah Majlis Syura wujud dalam PAS? Atau kewujudannya sudah pun menjadi berhala yang dipenuhi sawang dan sarang labah-labah?

Ambil sahaja contoh terbaik,pemecatan Hasan Ali…

Pemecatan Hasan Ali tidak melalui Majlis Syura sebaliknya keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat. Secara tidak langsung, keputusan Jawatankuasa PAS Pusat sudah pun mengatasi Majlis Syura, padahal Majlis Syura berada pada hierarki tertinggi dan selepas Majlis Syura barulah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Di bawah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pula terdapat lima sayap iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Lajnah-Lajnah dan Badan Perhubungan PAS Negeri.

Para pemimpin PAS boleh menipu ahli-ahli biasa PAS yang lain tentang peranan Majlis Syura dalam membuat keputusan tentang pemecatan Hasan Ali, namun fakta yang tersedia apatah lagi keputusan berkenaan dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, mengesahkan bahawa Majlis Syura tidak terlibat langsung dalam keputusan berkenaan.


Menariknya,Mursyidul Am PAS yang mengetuai Majlis Syura PAS mengakui bahawa Majlis Syura PAS yang dianggotai oleh 14 orang pemimpin PAS yang dikategorikan sebagai ulama, tidak pernah menjalankan mesyuarat sepanjang penggal lalu. Lebih menarik lagi ialah bagaimana Nik Abdul Aziz berterus-terang bahawa dia tidak pernah hadir dan memanggil sebarang mesyuarat Majlis Syura.

Secara tidak langsung,rasional daripada kepincangan ini menjelaskan bahawa PAS sebenarnya tidak faham langsung dengan format yang mereka sendiri rangka untuk parti mereka walaupun mereka seringkali mendabik dada bahawa mereka lebih Islam daripada orang lain di Malaysia.

Justeru, apabila Khalid Ibrahim merampas jawatan Exco Hal Ehwal Islam dari tangan PAS, sebenarnya ia menunjukkan bagaimana pincangnya Majlis Syura PAS yang dimegah-megahkan itu. Tiada sebarang usaha dilakukan oleh Majlis Syura PAS untuk mempertahankan ‘tulang belakang’ mereka sendiri. Sebaliknya mengarahkan para pemimpin PAS terutama sekali Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mempertahankan keputusan Khalid Ibrahim dengan alasan-alasan remeh yang akhirnya memalukan PAS sendiri.

Ironinya, para pemimpin PAS Selangor seperti Dr. Rani Osman memperkatakan tentang janji Khalid Ibrahim untuk merujuk kepada PAS terlebih dahulu bagi sebarang tindakan membabitkan bidang kuasa portfolio berkenaan, bahkan Dr. Rani Osman juga turut memberi jaminan kepada para pewala’ PAS bahawa jawatan tersebut hanya ‘dipinjam’ seketika oleh Khalid Ibrahim sebelum dipulangkan semula kepada PAS.

Amat menarik untuk direnung,daripada 5 kawasan Parlimen PAS yang ‘dihadiahkan’ kepada PKR untuk ditandingi pada PRU12 yang lalu,apa yang sudah berlaku sekarang ??? Mampukah PAS mendapatkan semula kelima-lima kawasan tersebut sekalipun PKR kalah di situ ???

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

No comments:

 
 
Blogger Templates