Social Icons

Pages

Saturday, January 21, 2012

PAS SELANGOR SUDAH BERPECAH KERANA UMNO BELI ???


Biarpun para pemimpin PAS Selangor cuba menafikan perpecahan yang berlaku pada peringkat akar umbi sebagai cara untuk meredakan keadaan,namun ia tidak menghalang daripada para penyokong parti itu mula tuding-menuding jari sesama sendiri.Paling ketara ialah apabila para pemimpin PAS Selangor yang bertanggungjawab menyebabkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat daripada parti tersebut,menjadi bahan kecaman utama dengan Rani Osman menjadi kepala dan Saari Sungib sebagai ‘pembantunya’.

Keluarnya ahli-ahli PAS dari parti itu di beberapa tempat di seluruh Selangor,terutama sekali di Gombak cuba dinafikan oleh kepimpinan PAS Pusat. Dan seperti biasa,alasan yang diberikan ialah, tidak ada ahli PAS yang keluar parti sebaliknya yang keluar itu hanyalah sandiwara UMNO semata-mata.

Sebenarnya helah keluar parti pada saat-saat akhir kedatangan pilihanraya memang sudah menjadi satu trend kalaupun bukan satu drama yang sengaja dilakonkan sebagai perang saraf kepada pihak lawan. Selalunya yang keluar parti tidak akan berbuat begitu secara terang-terangan sebaliknya mereka akan menunjukkan protes ketika pilihanraya, sama ada dengan mengundi parti lawan atau pun membuat protes dengan tidak keluar mengundi. Disebabkan itulah, benar atau tidak cerita keluar parti yang membuktikan adalah keputusan pilihanraya.

Berbeza dengan trend yang terlihat sekarang.Sememangnya ramai orang PAS sendiri yang tidak berpuas hati dengan taktik yang dilakukan oleh kepimpinan pusat. Membiarkan PKR yang diketuai oleh Khalid Ibrahim menginjak-nginjak maruah PAS sekaligus membuka ruang yang sangat besar kepada UMNO untuk menghentam PAS ekoran jawatan Exco Hal Ehwal Islam tidak lagi disandang oleh pemimpin PAS sebaliknya oleh Khalid Ibrahim sendiri, membuatkan ramai yang mengeluh dan mula bosan.

Gelagat para pemimpin PAS Selangor yang sentiasa tunduk dan patuh kerana bimbang kehilangan kedudukan di Selangor, amat mengecewakan ramai ahli-ahli parti itu sendiri. Nampak jelas bagaimana PAS Selangor sebenarnya berada di bawah telunjuk PKR dan DAP. Tanpa istilah ISLAM, PAS tidak ada modal langsung untuk berada dalam persada politik negara. Selama berdekad-dekad PAS telah menggunakan Islam untuk kepentingan mencari kuasa, tiba-tiba sahaja dalam sekelip mata, PAS bertukar menjadi sebuah parti yang sangat liberal dan tidak peduli lagi dengan Islam, hanya kerana mahu menjaga hati PKR dan DAP di Selangor.

ANDA NAK LAGI CERITA PANAS INI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

2 comments:

Anonymous said...

Jika benar lah...Umno main taktik membeli ni...saya dgn ini menizinkan...Umno buat lah lagi...Najib sila keluarkan duit cash banyak2....kasi tabur lagi sebelum transfer window utk musim ni tutup...klu boleh dptkan team mcm Barcelona...lengkap serba serbi

Anonymous said...

Setuju dgn anon 06:31... Suka suka sukaaaa...

 
 
Blogger Templates