Assalammualaikum,
Untuk makluman semua, semalam,peguam saya Tetuan Zamri Idrus & Co telah menghantar sepucuk surat rasmi bagi pihak saya kepada YBhg Tan Sri Abd Ghani Patail, Peguam Negara, memohon beliau untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan yang di buat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012.
Saya terpaksa mengutus sepucuk surat rasmi ini kerana sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari YBhg Tan Sri sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.
Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya.
Jika saya berhak memfailkan rayuan itu sendiri, saya akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain. Namun kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan, hanya terletak ditangan Peguam Negara.
Pada hemat saya, saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dimana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi.
Saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini.
Terima kasih saya ucapkan pada rakan-rakan dan semua pihak yang mendoakan dan menyokong saya untuk permohonan rayuan ini.
Saya akan terus berdoa,sabar dan istiqamah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
19hb Januari 2012
Blog Saiful Bukhari
KENYATAAN MEDIA
1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.
2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.
4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.
5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.
AZLAN MOHD LAZIM
18 Januari 2012
KEPADA PEGUAM NEGARA !!!
TOLONG JANGAN TERIMA DESAKAN DARI PIHAK LAIN !!!
APA CERITA DENGAN SAIFUL INSAN LEMAH INI !!!
ANWAR IBRAHIM BOLEH PULAK MERAYU DAN TANGGUH !!!
SUSAH SANGAT KER BUAT RAYUAN ???
RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:
Udah2 ler saipol. Mana boleh kau lawan Anwar! Dia org besar kat Malaysia ni.
Kau pun kenal kwn2 dia. Billionaire2 dr seluruh dunia. KAU TU SAPER nak lawan dia? haha
Dia tiup kau pun boleh tumbang!
Doa la bnyk2 pada tuhan kau. Harap2 dia akan tolong kau...kalau dia boleh! haha
-LGBT 4ever!!-
Saiful mengharap agar peguam negara membuat rayuan ... hingga kini belum lagi ade rayuan ... beginikah nasib org bawahan dipermainkan oleh org atasan.
Sama juga ... ramai org bawahan Melayu mengharapkan agar ... nasib mereka dibela ... ugama Islam dibela ... tapi ... nampaknya org atasan Melayu tidak dilihat membela.
Kemana arah tuju org melayu ... terus layu ?
AG dah kena beli. Nak buat macam mana. Allah akan soal AG nanti, mana keadilan kamu? Tak apalah kita tunggu di akhirat nanti atau mudahan-mudahan Allah tunjukkan bayaran cash didunia dengan cara lain.
Post a Comment