Social Icons

Pages

Saturday, February 25, 2012

MEMORANDUM BANTAHAN PEMUDA BN DAN NGO YANG DI BAKAR !!! ANDA INGIN TAHU APA KANDUNGAN MEMORANDUM ITU ???


di bawah adalah kandungan memorandum Pemuda BN dan NGO yang dihantar ke ibupejabat PKR semalam.

MEMORANDUM PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu, serta seluruh umat Islam danrakyat Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengiktiraf negara haram Israel serta menghalalkan apa jua kezaliman dan keganasan rejim Israel ke atas rakyat Palestin atas alasan keselamatan, sebagaimana kenyataannya kepada akhbar The Wall Street Journal.

Kami berasa amat marah dengan tindak tanduk beliau yang penuh bermuka-muka dengan melabel diri sendiri sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama bersekongkol dan menyokong rejim Israel laknatullah yang membunuh dan menindas rakyat Palestin.

Sedarkah Anwar bahawa ribuan nyawa Palestin telah terkorban semenjak puluhan tahun penjajahan Israel? Sedarkah Anwar bahawa ramai rakyat Palestin terpenjara, tersekat dan terkongkong dek kerana pembinaan tembok tinggi oleh Israel? Sedarkah Anwar akan penderitaan dan kesengsaraan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kebuluran,miskin melarat akibat sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas mereka oleh Israel? Apakah yang mengaburkan mata Anwar dari menyedari bahawa kesemua itu dilakukan oleh Israel atas alasan keselamatan negara? Apakah yang menjadi percaturan Anwar sehingga tergamak menjadi hero bagi Israel dan menghina perjuangan membela Palestin?

Kami nak tegaskan inilah rupa dan sifat Anwar yang sebenar.Pemimpin munafik lidah bercabang yang hanya bermodalkan lakonan dan tipu daya.Rakyat Malaysia menolak temberang dan auta beliau.Kami yakin rakyat Malaysia sedar bahawa inilah sifat sebenar Anwar yang pro-Israel dan menghalalkan segala kezaliman ke atas rakyat Palestin

pssst -- Kenapa AMK membakar memorandum tersebut dan tidak menyerahkan kepada Anwar Ibrahim ??? dengar cerita tak mengaku ??? kalau tak mengaku takkan hantu yang bakar kot ??? Kenapa perlu biadap sebegitu rupa sedangkan sebelum ini merekalah yang sering menyerahkan memorandum kepada Kerajaan dan sekali pun tidak pernah Kerajaan menolak apatah lagi membakar memorandum tersebut.

Ini lah yang rakyat Malaysia perlu lihat dan menilainya.Betapa sokongan Anwar keatas Israel Zionis mendapat sokongan dari ahli PKR.Kebiadapan mereka mesti diajar selepas ini. Kerana Taksub kepada Anwar Ibrahim,memorandum bantahan akan sokongan Anwar keatas Israel dibakar oleh mereka ahli AMK.BIADAP !!!

1 comment:

Anonymous said...

Mereka bukan setakat biadap tapi hatinya pun kaulu. Tu yang jadi buta segalanya. Buta hati, buta perasaan, buta jiwa, buta akal dan buta perut walaupun mata mereka celik.

 
 
Blogger Templates