Social Icons

Pages

Friday, March 16, 2012

EKSKLUSIF !!! PENIPUAN MELOYAKINI TERBONGKAR !!! SKIM RUMAH PERTAMA KU DI PUTAR BELIT !!!


anda harus baca betul-betul dan anda harus Memahami apa saya urai kan mengenai Skim Rumah Pertamaku lepas itu saya akan terangkan sekali Propaganda Meloyakini

Pada 8 Mac 2011 kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) bertujuan membantu golongan muda berpendapatan rendah & sederhana memiliki rumah sendiri.Skim tersebut adalah kesinambungan inisiatif Bajet 2011 oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibentangkan pada akhir tahun 2010.Tujuan asal SRP pada mulanya untuk membolehkan golongan muda berpendapatan RM3,000 ke bawah memiliki rumah bernilai RM100,000 hingga RM220,000 sahaja.

KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku,di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Rujukan: Utusan Malaysia


Kemudiannya,pada 7 Oktober 2011,semasa membentang Bajet 2012,PM telah mengumumkan kenaikan had maksimum harga rumah daripada RM220,000 kepada RM400,000 dengan syarat pinjaman pembiayaan dilakukan secara bersama (gabungan gaji suami isteri).Kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku, dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

"Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan bajet 2012 di Dewan Rakyat petang ini.

Rujukan: Malaysiakini


Bagaimanapun pada 5 Mac 2012 yang lepas,portal pro pakatan haram,Meloyakini (MK) telah menyiarkan satu berita berkenaan Skim Rumah Pertamaku (SRP) dengan menggunakan fakta separuh masak,bersifat propaganda & berniat jahat bertujuan untuk memperkecilkan usaha kerajaan BN dalam membantu rakyat memiliki rumah sendiri melalui.Kesan penyiaran artikel tersebut menyebabkan ramai pembaca (tentunya pro pakatan haram) yang tidak mengetahui hujung pangkal matlamat SRP telah menganggap skim tersebut sebagai satu bentuk penipuan dan harapan palsu semata-mata.

lihat kenyataan di bawah

Pelan pemilikan rumah - Skim Rumah Pertamaku - yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Mac lalu, kini di ambang kegagalan kerana belum ada satupun permohonan untuk mendapatkan pinjaman 100 peratus diluluskan oleh mana-mana bank.

Intipati utama skim itu, adalah kerajaan akan membantu menyediakan 100 peratus pinjaman bagi pembeli rumah muda yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, bagi membeli rumah yang bernilai sehingga RM400,000.

Laporan akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada muka hadapanya memetik beberapa bank sebagai berkata adalah mustahil membekalkan kemudahan pinjaman itu manakala mereka yang sepatutnya menikmati manfaat daripada skim itu pula menyifatkannya sebagai "angan-angan".

Rujukan: Malaysiakini

berikut adalah point-point penting untuk memudahkan pemahaman anda supaya tidak terkeliru dengan agenda jahat Meloyakini.

Plot Propaganda

- Sin Chew Daily (SCD) menyiarkan berita di muka depan yang bersifat memperkecilkan SRP.

- Malaysiakini (MK) memetik berita tersebut dan diulas semula dalam gaya untuk memperlekeh SRP bertujuan menanam perasaan curiga pembaca terhadap keikhlasan kerajaan BN.

- SRP digambarkan oleh Meloyakini & Sin Chew daily sebagai satu angan-angan & skim penipuan.

Fakta & Penjelasan

1. MK & SCD: Tiada satu pun permohonan diluluskan sejak perlancaran skim tersebut.

FAKTA :

- Sehingga Januari 2012,sejumlah 1,623 permohonan telah diterima melalui Skim Rumah Pertamaku.

- Daripada 1,623 permohonan,280 pinjaman telah diluluskan setelah menepati syarat & kriteria yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR 13 Mac — Sebanyak 1,623 permohonan bagi mendapatkan jaminan di bawah Skim Rumah Pertamaku telah diterima sehingga Januari tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Daripada jumlah itu,sebanyak 280 pinjaman telah diberikan jaminan dengan nilai RM41.1 juta, katanya dalam jawapan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia & Bernama

2. MK & SCD: Mustahil bank akan membekalkan kemudahan pinjaman kepada pembeli /pemohon berpendapatan kurang RM3000.000 bagi rumah bernilai RM400,000.000

FAKTA :

- Dengan gaji RM3000.00,seseorang pemohon hanya layak membeli rumah bernilai RM100,000 hingga sekitar RM220,000 sahaja.

- Lagipun tujuan asal Skim Rumah Pertamaku pada mulanya bermatlamat untuk membantu golongan muda berpendapatan RM3,000 ke bawah memiliki rumah berharga RM100,000 hingga RM220,000.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Rujukan: Utusan Malaysia / "Skim Rumah Pertamaku Dilancarkan" / 08 Mac 2011

- Untuk membolehkan pemohon membeli rumah bernilai RM400,000 maka permohonan MESTI secara bersama dengan pasangan masing-masing (gabungan gaji suami isteri atau pasangan).

- Misalnya,seorang suami yang bergaji RM3,000 sebulan dicampur dengan gaji isteri RM3,000 sebulan, gabungan kedua-dua gaji tersebut memboleh mereka membeli rumah yang bernilai RM400,000.


3. MK & SCD: Skim Rumah Pertamaku hanya angan-angan

FAKTA :

- Tujuan asal Skim Rumah Pertamaku untuk membantu golongan berpendapatan di bawah RM3,000 untuk memiliki rumah yang bernilai RM100,000 hingga RM220,000.

- Had masksima dinaikkan ke RM400,000 pada Oktober 2011, dengan syarat pembelian rumah dilakukan secara bersama suami isteri (kombinasi gaji kedua-duanya).

- Jika dengan gaji RM2,000 atau RM3,000 sahaja memanglah satu angan-angan gila untuk membeli rumah bernilai RM400,000.

- Tapi bila permohonan secara bersama (suami & isteri) atau bersama pasangan anda (tunang misalnya), gabungan kedua-dua gaji anda jika menghampiri jumlah RM6,000 dan komitmen lain pula kurang, maka anda layak membeli rumah bernilai RM400,000 dengan pinjaman 100% (termasuk 10% jaminan kerajaan).

4. MK & SCD: Rumah bernilai RM400,000 dengan tempoh pembayaran 30 tahun membebankan pembeli yang hanya bergaji RM3,000 sebulan.

FAKTA :

- Seperti dijelaskan di atas,kalau gaji RM3,000 hanya layak membeli rumah bernilai RM100,000 hingga RM220,000 sahaja (matlamat asal SRP).

- Untuk membeli rumah bernilai RM400,000 caranya ialah melalui pembelian secara bersama. Yakni kombinasi gaji suami yang bernilai RM3,000 dicampur dengan gaji isteri RM3,000 sebulan dan bayaran bulanan ialah sekitar 2000 sebulan.

- Jika hanya suami sahaja yang bekerja dan gaji pula ialah RM3,000 sebulan, penyelesaiannya ialah membeli rumah yang berharga RM100,000 hingga RM220,000 sahaja.

- Had maksima tempoh pembayaran pula bukannya 30 tahun tapi 40 tahun, sila rujuk soal jawab di laman web Skim Rumah Pertamaku

5. MK & SCD: Bank Negara memperketatkan syarat pinjaman dan hanya membenarkan pihak bank meluluskan pinjaman berdasarkan pendapatan bersih.

FAKTA :

- Tujuan Bank Negara mengenakan syarat tersebut untuk mengelakkan pembeli yang mempunyai komitmen tinggi terperangkap dengan masalah kewangan

ANDA SUDAH FAHAM ???

ANDA SUDAH LIHAT PENIPUAN MELOYAKINI ???

KANTOI !!!

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

rakyat sengsara said...

memang penipu skim ni.. nak bantu ke nak lagi menyusahkan rakyat.. dibebani hutang.. mane bank yang nak bagi pinjam 100% bila isi borang semua reject.. tak ada yg nak layan pun.. PENIPU RAKYAT

Anonymous said...

salam...mcm mana nk apply skim ni ye?sy dah visit website srp tp xjumpe ruangan apply..boleh tlg bg link?tq..huhu

 
 
Blogger Templates