Social Icons

Pages

Showing posts with label MELOYAKINI.... Show all posts
Showing posts with label MELOYAKINI.... Show all posts

Thursday, May 18, 2017

KANTOI !!! #MALAYSIAKINI UTURN CERITA #1MDB !!! APA CERITA NI ???



P Gunasegaran adalah bekas Editor Ekonomi dan pemilik bersama KiniBiz (yang telah ditutup dan gulung tikar) hari ini menulis satu artikel dengan bertajuk "Here’s How Gov’t Can Make RM90b From Bandar Malaysia",baca di sini. 

Pada asasnya,beliau berkata bahawa pembangunan Bandar Malaysia mempunyai prospek yang besar dan 1MDB akan membuat keuntungan yang besar,lebih dari cukup untuk membayar balik semua hutang (apa yang pembangkang panggil duit rompak / songlap / curi) serta masih berbaki keuntungan yang besar.Selama ini pembangkang dan portal mesra mereka telah menuduh Kerajaan muflis kerana hutang 1MDB (yang dengan jelas dibayar balik) dan Kerajaan telah menggunakan GST,subsidi bahan api,penarikan subsidi harga gula dan sebagainya untuk menyelamatkan 1MDB dan hutang ini akan menjadi beban kepada generasi akan datang,kononnya.Namun sekarang,portal mesra pembangkang,Malaysiakini,saya ulang Malaysiakini mengatakan bahawa Kerajaan akan membuat keuntungan yang besar daripada 1MDB dan tidak ada lagi hutang yang akan menjadi beban kepada generasi akan datang ??? Saya tidak pasti dengan orang lain,tetapi saya keliru.Mana satu yang betul ni ???

Jangan tanya minions pembangkang dan Pakatun sebab mereka ini bodoh.Soalan saya,Kerajaan akan muflis atau tidak ??? Kalau muflis,bagaimana boleh membuat keuntungan yang besar ??? Walau bagaimanapun,ucapan terima kasih kepada penulis Malaysiakini yang menegaskan bahawa 1MDB terpaksa membayar RM2.7 bilion untuk membina dan menaiktaraf 8 pangkalan tentera sebagai bayaran untuk tanah Bandar Malaysia.Ini sekaligus menidakkan hujah bahawa 1MDB mendapat tanah percuma atau sangat murah.Artikel ini juga mengiyakan bahawa 1MDB meminjam untuk membangunkan projek-projek mereka yang bermakna akhirnya 1MDB akan membuat keuntungan yang besar serta membayar balik hutang mereka, sepertimana yang biasa dilakukan perniagaan lain. 

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, November 10, 2016

#BERSIH5 !!! #MALAYSIAKINI PERLU JAWAB SUMBANGAN #GEORGESOROS !!!


Portal Malaysiakini mendapat pembiayaan dana berbentuk wang dari kuasa asing dengan tujuan tertentu ??? Ini dijelaskan melalui kebocoran sebuah dokumen dalaman daripada Foundation Open Society George Soros.Kebocoran dokumen berkenaan melalui sebuah laman web dikenali sebagai DC Leaks.Menurut dokumen berkenaan,George Soros mempunyai "niat tersembunyi" terhadap negara kita,Malaysia.Ia juga ada kaitan mahu melihat parti pembangkang menguasai Kerajaan Malaysia,namun ia tidak mahu terlalu terang-terangan.Katanya,pembiayaan berkenaan bukan sahaja diberikan kepada portal propembangkang tersebut,malah BERSIH dan Merdeka Center juga turut menerima sumbangan berkenaan atas alasan kearah pilihan raya "yang bebas dan adil" di Malaysia.  
Open Society Institute (OSI) yang dipunyai oleh George Soros dipercayai mempunyai saham 29% dalam Malaysiakini.Pada 30 Julai 2015,dalam satu tulisan di Facebooknya,Maria Chin Abdullah pernah mengakui mendapat dana dari National Democratic Institute,NED dan OSI. "Yes,we did take money from Ndi dan Osi,but not NED" ini pengakuan Marina Chin.Pengakuan Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah itu membuktikan mereka ada mengambil dana asing untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.Terdahulu,semasa BERSIH 4.0 yang lalu Maria hanya membuat alasan akan menjawab di mahkamah mengenai dana RM2.4 juta yang diterima,namun tidak menafikan.Setelah kebocoran dokumen melalui DC Leaks ini,Malaysiakini pula harus berani untuk menjawab tentang pembiayaan wang dari Soros ini.Malaysiakini terkenal sebagai sebuah portal yang berani mendedahkan pelbagai isu berkaitan kerajaan,kenapa pula dalam isu ini mereka harus mendiamkan diri begitu sahaja ??? Jika melihat kepada serangan propaganda media daripada Malaysiakini khususnya semasa himpunan BERSIH,tidak mustahil portal berkenaan turut menyokong kearah pilihan raya "bersih dan adil" yang mana juga dipercayai agenda Soros di negara ini. Jangan hanya berdiam atau cuba melarikan diri begitu sahaja. Malaysiakini harus bertanggungjawab dalam perkara ini dengan sejujurnya. Sila jawab mengenai sumbangan wang Soros kepada anda segera. 

Pihak berkuasa perlu menyiasat akaun syarikat Bersih & Adil Network Sdn Bhd yang dimiliki oleh Maria Chin Abdullah.Juga akaun Malaysiakini harus diaudit dan dibentang pada umum.Hampir 11 bulan yang lepas,bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang,Mohamed Razali Abdul Rahman mendedahkan DAP menerima dana RM1.2 bilion dari Israel.Sampai sekarang DAP masih belum menjawabnya.Sama juga seperti kes dana Soros ini,Malaysiakini perlu menjawabnya dengan segera.Benarkah 29% saham Malaysiakini dimiliki Soros ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, July 26, 2016

KURANG AJAR !!! #1MDB @1MDB !!! #MALAYSIAKINI SPIN DAN KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!


lagi spin dari malaysiakini berhubung isu 1MDB.hari ini baru saya tahu bahawa keluarga besar Datuk Seri Najib ada jurucakap.Entah siapalah yang dilantik jurucakap tu tak tahulah tapi portal berita pembangkang Malaysiakini kata ada jurucakapnya tu.Macam-macamlah kan,bila timbul satu perkara,perkara lain yang tidak berkait akan dibangkit untuk memanjangkan sensasi.dakwaan sebelum ni dakwaan kononnya Datuk Seri Najib bayar USD 500 juta kepada Hillary Clinton,sekarang ni pulak dah cerita yang inilah pulak.Cakap pasal keluarga Datuk Seri Najib ni,banyak benda yang dah diputar belit dan disensasikan sebelum ini tapi tak pernah wujud jurucakap,kali ini ada jurucakap. 


UNTUK SELANJUTNYA

Memandangkan identiti jurucakap ini masih kabur disamping mengangkat taraf pemberitaan Malaysiakini agar setanding dengan keadaan semasa,maka jurucakap yang entah siapa-siapa ini kita kenali sebagai JC 1 (Jurucakap 1) sajalah.Isunya tentang dakwaan konon berlaku ‘persengketaan’ antara anak-anak tiri Datuk Seri Najib lanjutan dari penyebaran satu mesej di aplikasi whatsapp akan luahan hati salah seorang dari mereka berhubung saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) terhadap Riza Aziz.Sumber pejabat Perdana Menteri sendiri mengesahkan kepada portal ini bahawa tidak wujud jurucakap keluarga Datuk Seri Najib,jawatan itu (jurucakap) memang tidak pernah ada,rasmi atau tidak rasmi.Begitu juga tidak ada mana-mana pegawai Perdana Menteri yang bercakap dengan wartawan portal berkenaan mengenai isu tersebut.

Tak tahu mereka peroleh berita itu dari mana,mungkin dari burung-burung yang berkicau di tepi tingkap dapur Seri Perdana agaknya.Burung pun burunglah,asal ceritanya boleh jual.Sebenarnya,mesej yang dikatakan dari adik kepada Riza itupun sebenarnya masih dipertikaikan kesahihannya,sehingga sekarang saya tak tahu asal usul mesej itu dari mana selain apa yang tersebar di Whatsapp.Tapi sikap sesetengah orang Malaysia yang gemar menerima berita sensasi tanpa berfikir,membolehkan dakwaan-dakwaan murahan macam ini laku.Kalaupun ada (persengketaan) itu,masalahnya apa pulak ??? Apa dalam Malaysia ni semua keluarga hidup aman damai ke ??? Takkan masalah dalam rumah tangga orang pun nak jadi bahan mengata kot,apa dah takde kerja lain ke rakyat malaysia ni ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, August 05, 2015

BREAKING NEWS !!! HASRAT #TONYPUA DAN #RAFIZIRAMLI MENINGGAL DUNIA DIHALANG - #MALAYSIAKINI !!!




malas nak cerita panjang-panjang,lihat gambar di atas

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN


Wednesday, July 22, 2015

BREAKING NEWS !!! WARTAWAN #MALAYSIAKINI KURANG AJAR DAN TIDAK HORMAT PM DS @NAJIBRAZAK ???



Apabila riuh rendah isu konflik di Low Yatt,penulis tidak pernah menganggap peniaga di situ sebagai seorang cauvinis mahu pun kurang ajar.Tindakan mereka memukul seorang lelaki Melayu kerana disyaki mencuri telefon merupakan tindak balas biasa manusia di Malaysia.Malah pernah pencuri tabung masjid pun dipukul hampir mati.Kemarahan terhadap pencuri adalah perkara biasa mengatasi batas perkauman walaupun ia bertentangan dengan undang-undang. Namun jika ditanya siapa cina paling kurang ajar di Malaysia,penulis tidak ragu-ragu akan menyatakan beliau ialah wartawan Malaysiakini, Kow Gah Chie.

Wajarkah seorang wartawan datang ke Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada hari raya pertama dan bertanya soalan seolah-olah beliau seorang yang korup? Anda datang datang rumah orang pada hari raya dan cuba burukkan tuan rumah? Manusia jenis apa kamu ini? Tiada adab,tiada budi pekerti,malah mungkin menguasai bahasa Melayu pun. Dalam adab Melayu dan Islam,hari raya adalah hari bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim antara anggota masyarakat.Sebaliknya kamu datang ke rumah orang pada hari raya dan mengutarakan pelbagai persoalan yang bertujuan memalukan tuan rumah? Kamu lahir di mana? Siapa ibu bapa kamu sampai tidak tahu majlis apa untuk mengutarakan soalan sedemikian.Kemudian penerbit kamu menyiarkan pula kenyataan-kenyataan kurang ajar terhadap Perdana Menteri pada hari raya kedua. Sekian banyak hari lain mengapa kamu mahu pilih pada hari raya? Isu ini bukan baharu dan telah banyak kali dijawab oleh Perdana Menteri.


ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, June 11, 2014

HOT NEWS !!! KES SAMAN DS @NAJIBRAZAK !!! #MALAYSIAKINI PANAS BONTOT !!!


Pada 3 Jun lalu,firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak bertindak bagi anak guam mereka (Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO,Datuk Abdul Rauf Yusoh) menyerahkan satu writ saman ke portal Malaysiakini di pejabatnya di Bangsar,Kuala Lumpur.Writ serta pernyataan tuntutan yang diserahkan firma guaman itu menamakan 3 defendan - Mkini Dotcom Sdn. Bhd. (penerbit portal berkenaan), teven Gan (Ketua Pengarang Kumpulan) dan Fathi Aris Omar (Ketua Pengarang).Penyampaian writ saman serta pernyataan tuntutan ini adalah langkah pertama kes tuntutan fitnah oleh kedua-dua plaintif terhadap ketiga-tiga defendan.Asas tuntutan ini adalah fitnah yang disiarkan portal Malaysiakini pada 14 Mei 2014,terkandung dalam dua artikel (kompilasi komen pembaca portal dalam bahasa Inggeris) yang dimuatkan dalam ruangan Yoursay bertajuk A case of the PM reaping what he sows dan How much will Najib spend to keep Terengganu? Kita dimaklumkan bahawa pengurusan kes itu ditetapkan pada 18 Jun di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah.Ramai meramalkan paling awal kes ini didengar adalah pada hujung tahun ini dan mungkin berterusan hingga tahun depan. 

Notis tuntutan 

Kira-kira dua minggu sebelum itu,pada 15 Mei,firma guaman berkenaan menghantar notis tuntutannya kepada Malaysiakini, meminta portal itu memohon maaf tanpa bersyarat dalam tempoh 48 jam kepada anak guamnya berhubung pernyataan fitnah tersebut.Selain itu,portal itu dikehendaki menarik balik artikel tersebut dan memberi akujanjinya tidak akan mengulangi fitnah itu di masa depan.notis tuntutan itu menyatakan jika defendan gagal memberi maklum balas dalam tempoh ditetapkan,tindakan guaman akan diteruskan terhadap portal itu, termasuk memohon injunksi menghalang penerbitan yang sama. Mengikut peguam plaintif, Datuk Muhd Hafarizam Harun, kenyataan yang terkandung dalam artikel yang disiarkan pada 14 Mei itu "adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh" serta didorong oleh "mala fide untuk memburukkan dan merosakkan reputasi" anakguamnya.Artikel itu juga menjejaskan kredibiliti mereka "selaku tulang belakang kerajaan BN yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik".Dalam reaksi spontannya terhadap notis tuntutan itu,Steven Gan (defendan kedua) menyatakan dia sudah menjangka Malaysiakini akan menghadapi tuntutan sivil ini selepas portal itu "diserang oleh Utusan Malaysia" ekoran penyiaran komen pembaca Malaysiakini dalam ruangan "Yoursay" itu. 

Katanya lagi,portal Malaysiakini sentiasa memberi peluang kepada Najib untuk menjawab dan menyampaikan pandangannya kepada pembaca portal berita itu bagi menjelaskan mengapa beliau fikir pandangan terhadapnya dan UMNO "adalah salah".Katanya,itu adalah lebih baik dari mengancam organisasi media dengan prosiding fitnah.Dalam jawapannya kepada notis tuntutan itu,Malaysiakini menyatakan apa yang disiarkan dalam artikel itu adalah "fair comment" (komen saksama) yang dibuat untuk kepentingan awam. Malaysiakini turut menyatakan enggan menarik balik artikel berkenaan,sebaliknya menawarkan plaintif peluang untuk menjawab fitnah berkenaan dalam portal Malaysiakini. Pada 16 Mei,Malaysiakini menerbitkan satu artikel lagi bertajuk Najib Threatens To Sue Mkini Over Reader's Comments dan ini disusuli dengan kompilasi komen pembaca dalam satu lagi artikel bertajuk Najib's Legal Action Aims To Silence Malaysiakini,diterbitkan pada hari berikutnya.Pada 28 Mei,plaintif memaklumkan defendan bahawa ia menolak tawaran defendan itu atas alasan defendan tidak menyangkal sama sekali dakwaan kosong yang tidak berasas dan kata-kata fitnah yang diterbitkan itu.

Dalam pernyataan tuntutannya terhadap defendan,plaintif menyatakan bahawa defendan tahu dan sedar bahawa dengan mengizinkan kedua-dua artikel diterbitkan,ia melakukan fitnah dalam bentuk penerbitan semula.Kata-kata fitnah yang terkandung dalam artikel itu memberi makna bahawa UMNO tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional (BN), tidak mempunyai integriti,bersifat perkauman, tidak bermoral dan sengaja mengaburi rakyat bagi menutup konspirasi jahat.Selain itu,kata-kata fitnah itu juga memberi makna bahawa plaintif pertama tidak layak menjadi seorang ahli politik,Presiden UMNO dan Perdana Menteri,tidak berintegriti,bersifat perkauman, tidak bermoral dan tidak boleh dipercayai ketulusannya.Plaintif juga mendakwa bahawa kata-kata fitnah yang disiarkan dalam artikel itu merupakan komen yang dibuat tanpa asas kukuh,sebaliknya merupakan tuduhan melulu yang berniat jahat. Plaintif menuntut ganti rugi am,gantirugi khas/ teruk serta injunksi bagi menghalang terus menerbitkan artikel itu dan permohonan maaf secara bertulis diterbitkan di media cetak. 

"Jumpa anda di mahkamah" 

Walaupun menyedari kini ia berdepan dengan satu tindakan guaman, portal itu seperti biasa meneruskan serangannya terhadap plaintif pertama.Dalam kenyataannya bertarikh 5 Jun 2014,bertajuk See you in court,Mr. Prime Minister,defendan menyatakan walaupun Perdana Menteri dipelawa untuk menyatakan versinya dan menjawab segala tohmah yang terhadapnya,beliau memilih untuk bertarung di arena perundangan.Portal itu selanjutnya menyatakan "Najib fails to understand that he,his party,his coalition, his administration and all his politicians and top civil servants suffer from a credibility gap.Terus pertikai tindakan undang-undang Malaysiakini terus menerus menyiarkan pendapat pembacanya yang antara lain,bertanya apakah Perdana Menteri tak ada kerja lain selain menyaman portal ini? (sila lihat artikel bertajuk PM's lawsuit only shows pettiness and insecurity bertarikh 5 Jun 2014.Portal ini juga menyiarkan pendapat Naib Presiden PKR N Surendran,yang menyerang Najib kerana memfailkan tuntutan fitnahnya terhadap Malaysiakini, yang disifatkan olehnya sebagai tindakan mengekang kebebasan bersuara.Kata Surendran lagi,Perdana Menteri Malaysia tidak sepatutnya mencontohi tindakan Perdana Menteri Singapura ("Don't ape Singapore in shutting media,Najib told", bertarikh 5 Jun 2014) Katanya,rakyat Malaysia memerlukan suara alternatif dan padanya Malaysiakini merupakan suara alternatif itu kerana ia memberi peluang kepada kedua-dua pihak jurang politik negara meluahkan pendapatnya. 

Dalam bahasa mudah,Malaysiakini sudah memulakan perbicaraan kes ini di dunia maya dan mengemukakan "pembelaannya" untuk diadili oleh pembaca (penyokong portalnya).Tidak ada yang luar biasa.Pada hemat saya,berlandaskan kajian dan penulisan saya mengenai undang-undang fitnah di negara ini dan di negara luar lebih 3 dekad,tidak ada yang luar biasa dalam kes fitnah yang difailkan oleh dua plaintif ini.Ia adalah satu kes biasa di mana plaintif telah difitnah oleh defendan kerana dalam portal defendan itu ada disiarkan kenyataan yang memfitnah plaintif.Kenyataan itu tidak semestinya dibuat oleh pengendali/pemilik portal itu sendiri memadai jika ia di buat oleh pihak lain, ang disiarkan semula oleh portal itu. Defendan dalam kes yang kita bincang ini adalah sebuah portal yang bukan hanya menyiarkan berita,tetapi juga pandangan orang ramai.Sekiranya kenyataan pembacanya yang disiarkan dalam portal itu mengandungi fitnah,pengendali portal juga melakukan fitnah sebagai "penyiar semula" bahan yang mengandungi fitnah itu. Pengendali atau pemilik portal yang menyiarkan pendapat pembacanya yang mengandungi fitnah itu tidak boleh berselindung hanya dengan wujudnya satu notis disclaimer dalam muka depan portalnya. 

Sebagaimana tidak ada luar biasanya liabiliti seorang pengendali atau pemilik portal sebagai "penyiar semula" fitnah yang pada asalnya diucapkan oleh pihak lain, begitu juga tidak ada luar biasanya pembelaan komen saksama yang dibangkitkan oleh defendan dalam kes ini semasa menjawab notis tuntutan plaintif kepadanya.Undang-undang sudah jelas tentang apa yang diterima sebagai komen saksama.Semuanya ini adalah isu perundangan biasa yang berzaman diputuskan mahkamah kita.Mengenai kenyataan Surendran bahawa dalam tindakannya terhadap defendan, plaintif pertama bertindak selaku Perdana Menteri Singapura itu adalah pendapat peribadinya sendiri.Terlalu awal bagi kita membuat kesimpulan itu sekarang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, June 09, 2014

KANTOI !!! #MALAYSIAKINI KENCING RAKYAT MALAYSIA BERKENAAN KEMATIAN LELAKI INDIA !!!


tu diaaa,menipu,menipu dan menipu saja portal pembangkang,meloyakini ni !!! "Menabur kebencian " itu lah taktik media pembangkang seperti Malaysiakini melaporkan berita supaya rakyat terutama kaum India benci kepada POLIS dan Kerajaan.Malaysiakini melaporkan lelaki India yang mati itu disyaki menagih dadah tetapi Timbalan OCPD POLIS SPT dedahkan suspek ditahan oleh pengawal keselamatan kilang kerana mencuri besi.Perbezaan fakta yang jauh menyimpang sekali !!!! 

Apakah wartawan Malaysiakini ini kerjanya melaporkan berita atau memutar belitkan fakta ??? Jika tidak kerana penjelasan POLIS yang pantas mendedahkan perkara sebenar ,sudah tentu ramai yang akan percaya dakwaan di artikel Malaysiakini ini yang mengaitkan kematian pencuri berbangsa India ini ketika dalam tahanan polis.Kita tunggu apa kata lawyer PR.

Polis hari ini menyangkal laporan portal berita Malaysiakini bahawa seorang tahanan lokap yang mati ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam semalam,ditangkap kerana disyaki menghisap dadah di dalam kilang tempatnya bekerja di Perai,pada 2 Jun lalu.Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT),Supritendan Baharom Abu berkata,sebaliknya,SN Aginraj,26,bukan bekerja di kilang tersebut dan ditahan oleh pengawal keselamatan serta rakannya kerana mencuri 12 ketul besi di premis itu.Kata beliau, berlaku pergelutan semasa kejadian sehingga mengakibatkan lelaki tersebut mengalami kecederaan. 

"Ketika polis sampai,terdapat kecederaan pada tubuh Aginraj.Aginraj bersama rakannya,N. Mohanraj,31,kemudian direman pada 3 Jun dan keesokannya,Aginraj dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana diserang sawan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.Baharom berkata,pada 6 Jun lalu,Aginraj telah dituduh di Hospital Bukit Mertajam ketika masih menerima rawatan dan dia mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan sebelum diikat jamin sebanyak RM8,000. 

"Keluarganya memaklumkan mereka akan mengusahakan untuk mencari wang jaminan dan pada pagi semalam,polis mendapat panggilan bahawa Aginraj telah meninggal dunia di hospital pada pukul 7.05 petang," katanya.Terdahulu,dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT,Baharom mengesahkan bahawa hasil bedah siasat yang dijalankan Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang yang diketuai Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati kematian Aginraj berpunca daripada Hypocix Elcephalopathy Following Epileptic Fits atau sawan yang menyebabkan kesukaran bernafas.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, May 16, 2014

PM DS @NAJIBRAZAK SAMAN #MALAYSIAKINI #MELOYAKINI !!! PADAN MUKA !!!


sebelum ni saya dah cakap kepada puak PR tunjuk mana bukti UMNO bayar duit untuk krisis Terengganu,cakap boleh lahhh.sekarang meloyakini dah kena dengan PM,padan muka.

satu notis tuntutan saman dihantar kepada kepada portal berita pembangkang,Malaysiakini,di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Peguambela dan Peguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.Ia berkiatan penerbitan artikel yang bertajuk A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu.Peguambela Raihanah Ariffin, notis tuntutan saman tersebut telah dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini yang bertempat di Jalan Bangsar Utama petang Khamis. 

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya,Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak mahu menerima notis tersebut,namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” jelasnya dipetik dari umno-online.Kata Raihanah,notis tuntutan itu menuntut portal tersebut untuk membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akanmengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini. “Segala tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal,maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut terhadap Malaysiakini,” jelasnya. 

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini,Fathi Aris Omar selain Ketua Pengrang Kumpulan, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, March 19, 2014

KURANG AJAR !!! #MALAYSIAKINI MEMPOLITIKKAN MISI MENCARI #MH370 !!!


Hampir separuh negara di dunia kini sedang mencari MH370.Semua aset yang berkenaan telah digerakkan ke rantau ini untuk mencari pesawat tersebut.Sejak hari pertama lagi,kerajaan Malaysia telah melakukan segala-galanya yang termampu dan telah menerima semua tawaran untuk membantu dari semua pihak sehingga membawa kepada persoalan mengenai had capaian persempadan negara.Walaupun kerajaan telah meletakkan MH370 mengatasi keselamatan negara,kerajaan masih lagi dihentam kiri dan kanan oleh pembangkang atas alasan tidak melakukan yang terbaik atau tidak melakukannya dengan betul.Spekulasi dan fitnah disebar di dalam media massa tanpa sedikit pun memikirkan akibatnya.Tiba-tiba kita seolah-olah kembali ke insiden Lahad Datu di mana tidak seminit pun dibazirkan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan.Seolah-olah mereka telah menjangkanya dan kemudiannya ‘meraikannya’.apabila perisikan Filipina mendedahkan kaitan pembangkang dengan pengganas Sulu, rakyat tidak lagi menerimanya sebagai satu kejutan.  

Walaupun hakikat ini agak mengganggu perasaan,namun kita tidak boleh menafikan bahawa senario sikap pembangkang dalam isu MH370 benar-benar menyamai isu Lahad Datu.Setiap negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370 telah memuji dan mengiktiraf sikap professional dan dedikasi kerajaan Malaysia.Bagaimanapun,pengiktirafan dan pujian tersebut telah dipersetankan saja oleh pembangkang.Perkembangan terbaru mengenai pendirian politik Juruterbang yang merupakan penyokong fanatik Anwar,pastinya merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. Oleh itu, mereka harus mengemukakan teori bagi mengaburi fakta ini.Untuk tujuan itu,Malaysiakini pantas mencipta fitnah baru.Malaysiakini,sebuah portal pro-pembangkang yang terkenal dengan menipu,menyiarkan artikel yang menuduh kerajaan sebagai berkali-kali menolak bantuan Interpol dalam usaha mencari MH370.Nampaknya, ‘menipu’ sudah menjadi perkara biasa bagi portal ini di mana mereka tidak lagi peduli jika penipuan itu merosakkan imej negara.Tanpa mereka ketahui,yang akan tertipu hanyalah penyokong pembangkang sahaja kerana seluruh dunia sedia maklum betapa ikhlas dan bimbangnya kerajaan terhadap nasib MH370.  

Seluruh dunia dapat melihat sendiri bagaimana kerajaan telah bekerjasama dengan 15 negara sebagai satu pasukan demi MH370.Pesawat ini pada hari ini,menjadi keutamaan,bukan hanya pada Malaysia,tetapi dunia.Oleh itu,jika Malaysia perlu dipersalahkan,maka seluruh negara yang terlibat juga turut bersalah.Tidak sukar untuk kita memahami sikap Malaysiakini yang tidak patriotik dan tidak peduli dengan imej negara kerana portal itu telah diketahui sebagai beroperasi atas dana asing.Tampak semakin jelas kini bahawa Malaysiakini bukan hanya sebuah portal berita,tetapi sebuah portal yang membawa agenda. Apa jua agenda yang dibawanya,ia tidak ada kena mengena dengan kesejahteraan rakyat Malaysia atau keselamatan penumpang dan krew MH370.Sejak pesawat tersebut hilang,Malaysiakini dan pembangkang secara bergandingan sengaja mempolitikkan keadaan.Hasilnya dapat kita lihat sendiri melalui komen- komen pembaca di portal tersebut.Majoriti pembacanya akan mengucapkan takziah kepada mangsa dalam beberapa patah perkataan sebelum mengutuk dan menghentam kerajaan dalam beberapa perenggan.  

Jika matlamat Malaysiakini adalah untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia,menanam perasaan benci dan mencipta generasi yang tidak sensitif serta tidak patriotik,maka kita harus mengakui bahawa mereka telah berjaya.Media seperti Malaysiakinilah yang melahirkan manusia fanatik dan pembenci. Walaupun kita enggan memikirkannya, namun dengan hakikat bahawa Malaysiakini menjadi sumber maklumat utama kepada puak pembangkang termasuk Kapten Zaharie,maka saya tidak hairan jika sang juruterbang benar-benar mengambil tindakan sepertimana yang digambarkan oleh media asing.Biarpun kita sedih dengan apa yang berlaku dan biarpun Malaysiakini terus menipu,namun atas nama kebebasan media,portal itu akan terus bebas beroperasi di negara yang bebas ini. Pun begitu,percayalah bahawa portal syaitan ini akan terus melaungkan 

Tiada Kebebasan Bersuara !!!'

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 26, 2014

KANTOI !!! #MALAYSIAKINI BUAT DRAMA BARU SELEPAS PEJABAT #TERESAKOK KENA SIMBAH #CATMERAH !!!


semalam,1 kejadian sama telah berlaku di pejabat malaysiakini.Simbahan cat merah dan bungkusan bangkai itik ditemui di luar pejabat malaysiakini yang bertempat di Bangsar Utama,Kuala Lumpur.Cat merah itu disimbah pada dinding dan juga papan tanda Malaysiakini yang diletakkan di bangunan tingkat empat dan sebuah motosikal yang diparkir berdekatannya menjadi mangsa dari simbahan cat merah.Sementara itu,seekor bangkai itik ditemui dalam sebuah kotak,yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama. 

Ia juga dilekat dengan gambar ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.Menurut Editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari,staf pertama sampai ke pejabat itu pada jam 6.15 pagi,mendapati cat merah itu masih lagi basah.Kalau macam ni barulah boleh dikatakan disimbah dengan cat,bukannya macam apa yang dah jadi pada pejabat Teressa Kok tu.Tetapi saya pelik,kenapa ofis MalaysiaKini yang dibaling cat padahal gambar Teresa Kok yang digunakan ??? Drama simbah cat merah kembali di selubungi oleh PR,kononnya meraih simpati rakyat katanya.udah-udahlah nak tagih simpati rakyat.jap,nak tanya juga.CCTV berfungsi tak ??? apa kata dedahkan kepada rakyat rakaman CCTV tu,so rakyat boleh lihat siapa yang buat.kan banyak kat youtube rakaman macam tu.berani tak wahai azlan zamhari ??? bukan apa,itu adalah bukti bukan orang dalam buat.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 25, 2014

KANTOI !!! #MALAYSIAKINI MELAPORKAN #RBA MEMANG WUJUD !!!


Malaysiakini melaporkan bahawa beberapa laman Facebook milik pembangkang telah tidak dapat dilayari kerana telah disekat oleh kerajaan.Menurut portal pembangkang itu,antara yang disekat ialah Facebook ‘We Fully Support Pakatan (DAP)’. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Jailani Johari bagaimanapun menafikan mengambil tindakan menyekat mana-mana facebook,mahupun apa- apa media milik pembangkang.Menurut Datuk Jailani,kerajaan bersifat neutral dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara semua pihak.Amatlah pelik sekali apabila pembangkang menuduh kerajaan menyekat suara mereka di dalam media sosial secara tiba-tiba.Walhal,jika kita mengikuti perkembangan semasa di dalam negara,hampir setiap hari ada saja laman milik penyokong pembangkang yang menyumpah seranah ‘kerajaan,Melayu dan Islam’ dan hampir semua dari mereka juga tidak diambil tindakan. 

Malah,tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerajaan Malaysia adalah yang paling terbuka sehinggakan ikon biadap pembangkang terhadap ‘kerajaan,Melayu dan Islam’ iaitu Namewee,diberi pengiktirafan dan bantuan untuk terus berkarya memperlekeh kerajaan, Melayu dan Islam sesuka hatinya.Bertitik-tolak dari Nameweelah maka lahir berpuluh kalau pun tidak beratus-ratus laman sosial peribadi dan juga kumpulan yang wujudnya semata-mata untuk menghentam ‘kerajaan, Melayu dan Islam’. Justeru,dengan begitu banyak laman sosial yang menjadikan ‘kerajaan, Melayu dan Islam,./hatta Raja-raja’ sebagai sasaran,apakah signifikannya facebook ‘We Fully Support Pakatan (DAP)’ sehinggakan ia perlu disekat ??? Lagipun,bukankah semua pemimpin DAP juga melaungkan perkara yang sama dengan apa yang diseru oleh laman facebook itu ??? Kenapa perlu diambil tindakan ke atas facebook tersebut tetapi tidak terhadap pemimpin DAP ??? Hakikatnya,tuduhan bahawa laman sosial pro-PR disekat hanya mengesahkan bahawa tentera siber DAP sememangnya wujud.Jika tidak,siapakah yang menjadi admin kepada laman-laman yang dikatakan disekat ini ???  Siapakah yang mengendalikannya dan siapakah yang menjadi pengunjung setia untuk menekan ‘like’ dan ‘share’ saban hari dan waktu ??? 

Apakah benar rakyat Malaysia di kalangan orang-orang Cina benar- benar ketagih kepada facebook pro-PR sehingga sanggup menghabiskan masa membaca dan mempopularkannya secara konsisten setiap hari jika tidak ditugaskan khas untuk melakukannya ??? Sikap menyekat kebebasan bersuara adalah sikap pembangkang, bukan kerajaan.Siapa yang boleh lupa ugutan Anwar terhadap wartawan yang berbunyi ‘you ulang, I saman’ hanya kerana si wartawan bertanya soalan yang tidak boleh dijawabnya.Malah,bagi para pelayar laman politik pastinya cukup maklum bahawa sebarang komen negatif terhadap pembangkang di dalam blog atau laman web milik pemimpin mereka, akan dibuang.  Jika kita mengulang-ulang mengkritik mereka pula,maka kita akan disekat terus.Pembangkang juga cukup sinonim dengan seruan memboikot akhbar perdana.Tidak cukup dengan itu, pemimpin pembangkang telah beberapa kali mengadakan simbolik membakar akhbar pro-kerajaan sebagai tanda protes bagi menghalang penyokong mereka membaca dari sumber lain selain daripada mereka.  

Pembangkang juga cukup terkenal dengan menghalang wartawan dari media perdana membuat liputan dalam program-program mereka.Justeru,amatlah memualkan apabila pembangkang berhujah tentang kebebasan media dan menuduh kerajaan menyekat media mereka. Namun begitu, dari satu sudut lain,mungkin ada baiknya juga jika kerajaan benar-benar mengambil tindakan menyekat laman sosial milik pembangkang yang jelas menghasut dan menjejaskan keharmonian.Maklumlah,jika tidak disekat pun dituduh menyekat,maka mungkin lebih baik kerajaan benar-benar menyekat saja suara mereka.Sekurang-kurangnya,Malaysia pasti akan lebih aman tanpa suara pembangkang di alam maya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, January 09, 2014

KANTOI !!! HARD ROCK CAFE #HRC !!! PENIPUAN #MALAYSIAKINI DIDEDAHKAN !!!


Seperti yang telah di duga,portal pembangkang Malaysiakini begitu berminat untuk melaporkan isu yang boleh menimbulkan sentimen,kebencian dan kemarahan masyarakat berbanding laporan yang bersifat telus dan adil.Terbaru mereka cuba mewujudkan sentimen kebencian masyarakat khususnya mereka yang bukan beragama Islam dengan laporan jahat yang bertajuk, ‘Menteri OK Dengan Hard Rock, Tetapi Versi Nasyid’.Mereka cuba menggambarkan,kononnya Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan sekiranya pusat hiburan terkenal itu berminat untuk membuka cawangan di Putrajaya ia WAJIB Bercirikan Islam dengan membawa elemen Nasyid.Sedangkan pada hakikatnya,ketika Tengku Adnan memberikan penjelasan berhubung isu tersebut,beliau menegaskan tiada sebarang penjualan minuman keras dan tiada sebarang persembahan hiburan yang menghairahkan akan dibenarkan sekiranya penguasa pusat hiburan itu ingin membuka cawangan di Putrajaya. 

"Pendirian kita mudah,Hard Rock Cafe boleh dibuka tetapi kena ikut syarat iaitu penjualan arak tidak dibenarkan.Tetapi kalau mereka masih hendak jual dan buat perkara yang tidak mengikut syarat,kita tidak akan luluskan seperti telah disebut oleh Presiden PPj,Tan Sri Dr. Aseh Che Mat semalam," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya.Mengulas lanjut,Tengku Adnan berkata,pihaknya mengalu-alukan sekiranya pelabur pusat hiburan terkemuka dunia itu hanya mahu membuka hotel dan menjual barangan cenderahati jenama tersebut di sini.Menurut beliau,pihaknya juga tidak menghalang persembahan hiburan dibuat tetapi perlu mematuhi garis panduan selain tidak menghidangkan persembahan keterlaluan. 

"Persembahan yang dibenarkan ialah jenis bersih,kita tidak benarkan persembahan menjolok mata atau memberahikan orang ramai dan kalau boleh hiburkan pengunjung dengan persembahan nasyid atau berlandaskan Islam,ini akan menjadi yang pertama di dunia," katanya.Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu kaya dengan adat sopan yang tinggi terutama dalam penggunaan bahasa kiasan bagi menjaga hati semua pihak.Contohnya,cuba kita lihat dalam adat merisik / bertunang yang sering dijalankan oleh masyarakat Melayu.Apabila pihak perempuan ingin menolak permintaan keluarga pihak lelaki,pelbagai ayat-ayat kiasan akan digunakan bagi menjaga hati dan maruah pihak yang datang menyampaikan hajat. 

Kenyataan yang disampaikan itu lebih bersifat penolakan secara halus bagi menjaga ‘kesucian’ bandar Putrajaya sebagai kota pentadbiran kerajaan Malaysia.Dalam bahasa mudah,Tengku Adnan ingin menekankan bahawa Perbadanan Putrajaya lebih mengalu-alukan pembangunan lain seperti hotel dan barangan cenderahati dan membina pusat hiburan seperti yang sedia ada.Ini kerana umum mengetahui Hard Rock Café adalah merupakan premis hiburan jenama antarabangsa yang menawarkan minuman keras khusus untuk pengunjung yang bukan beragama Islam.Oleh yang demikian kenyataan untuk tidak membenarkan Hard Rock menjual minuman keras adalah merupakan kenyataan tersurat / kiasan bagi menolak permohonan tersebut (sekiranya ada).Namun untuk bersangka baik,mungkin kita boleh katakan kerana wartawan yang menulis laporan tersebut tidak faham kiasan,maka sudah tentu dia tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan itu.Apa yang boleh dikatakan ialah,isu ini sengaja dipolitikkan oleh segelintir pihak,kerana pada hakikatnya tiada sebarang permohonan yang telah dikemukakan bagi membuka premis hiburan itu

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, November 20, 2013

KANTOI !!! BABI PUN TAK SEBODOH AHLI PARLIMEN DAP DAN MELOYAKINI !!!!


Berikut adalah kenyataan yang ahli parlimen DAP Kluang yang disiarkan Malaysiakini,

DAP: Hukuman mati S'pura diringankan,M'sia bila lagi ???

Malaysia perlu menyaingi Singapura dan mengakui bahawa hukuman mati mandatori untuk penyeludupan dadah amat kejam,menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan,kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.Beliau memuji keputusan Mahkamah Tinggi Singapura semalam yang jarang berlaku kerana menggantikan kehidupan anak jati Sabah Yong Vui Kong selepas pindaan diluluskan November lalu,turut berharap Malaysia melakukan perkara yang sama kepada 964 pesalah yang berdepan hukuman mati. "Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk mencontohi Singapura dan meminda undang-undang membolehkan hukuman mengikut budi bicara dalam kes-kes hukuman mati mandatori dengan tujuan jangka panjang untuk menghapuskan hukuman mati, " kata Liew DAP dalam satu kenyataan.Yong Vui Kong yang berusia 25 tahun,sebelum ini bertindak sebagai keldai dadah dari Malaysia ke Singapura,hanya menerima hukuman penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan.Kini layak memohon parol pada tahun 2027,setelah berkhidmat 20 tahun di dalam penjara.

Apa punya bangang ni ??? Barua DAP ni baru duduk Malaysia hari ini ke ??? Orang yang bodoh macam ni pun boleh jadi ahli parlimen.Yang bercakap bodoh....media yang menyiarkan lagi bodoh.Babi pun tidak sebodoh mereka.Di Malaysia dan berpuluh orang yang mahkamah lepaskan dari hukuman mati kerana kes dadah. Lain kali periksa fakta dulu sebelum bercakap wahai si bodoh....

Cuba anda semak kat google,berpuluh lagi kes lain yang akan keluar yang mahkamah di negara kita meringankan hukuman dari hukuman gantung ke hukuman penjara berhubung kes dadah.Apa punya bodoh...dia boleh tanya bila Malaysia nak ikut Singapura ? Itulah kelas pemimpin-pemimpin pembangkang.Ulang sekali lagi...babi pun tak sebodoh itu...

NAK LAGI BUKTI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, October 05, 2013

PANAS DAN SENSASI !!! DS @ZAHID_HAMIDI MEMBELASAH REPORTER MELOYAKINI !!! AMIK UBAT !!! VIDEO INSIDE !!!


amik ubat !!! terlampau sangat spin,reporter meloyakini kena belasah kaw-kaw dengan Datuk Seri Zahid Hamidi.best tak kena belasah.lain kali jangan spin yang bukan-bukan yekkk.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, January 15, 2013

HOT NEWS !!! HIMPUNAN #KL112 !!! MELOYAKINI PATUT PECAT JURUGAMBAR !!! WAJIB BACA !!!


Portal pro pembangkang,Meloyakini yang terkenal mendabik dada kononnya telus,bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak berkepentingan politik patutnya malu apabila menyiarkan foto Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang mengelirukan pembacanya.Meloyakini dalam salah satu artikel Bahasa Melayu dan Inggeris telah menyertakan beberapa keping foto dalam usahanya untuk menyokong dakwaan wujudnya kehadiran 100,000 orang penyokong PR dalam himpunan yang diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas.Sedangkan umum maklum kapasiti Stadium Merdeka hanya berupaya menampung kapasiti 30,000 tempat duduk dan ruangan untuk berdiri (22,000 tempat duduk + 7,000 ruang berdiri),manakala ruangan padang bola sepak serta kawasan sekelilingnya pula hanya mampu menampung lebihkurang 10,000 orang pada satu-satu masa.Justeru itu jika ruangan dalam stadium benar-benar penuh dan padat,jumlah keseluruhan hadirin ialah 40,000 dalam stadium,yang mana sekiranya senario ini berlaku ia bermakna para pengunjung berada dalam keadaan agak rapat dan saling bersentuhan diantara satu sama lain.Namun senario sebenar yang berlaku di stadium bersejarah pada 12 Januari 2013 itu,ruang tempat duduk masih banyak yang kosong,sementara di tepi-tepi padang bahagian kiri dan kanan jelas kelihatan lopong kosong. 

Di bahagian tengah padang pula ruangan di antara individu yang duduk mahupun yang berdiri ada jarak dan ruang kosong.Berdasarkan senario itu,jumlah sebenar pengunjung HKR #KL112 di dalam stadium tentulah kurang dari 40,000 orang.Di luar stadium kawasannya tak begitu besar,tapi masih ada kira-kira 5,000 orang penyokong PR.Untuk mudahkan pengiraan kita anggap saja jumlah 40,000 ada di dalam stadium dicampur dengan baki sekitar 5,000 orang diluar stadium maka jumlah keseluruhannya 45,000 orang.Itu angka yang hampir tepat bersandarkan luas kawasan dalam dan luar stadium. Bagaimanapun berdasarkan gambar yang disiarkan oleh Meloyakini jelas berbeza dengan suasana sebenar.Foto yang disiarkan cuba memperlihatkan keadaan serba padat tanpa sebarang ruang kosong. Ia boleh dilakukan melalui dua cara, sama ada menggunakan teknik superimposed ataupun dengan memanfaatkan teknik fotografi dari sudut tertentu bagi menutup ruangan kosong.

Mana-mana cara di atas yang digunakan,ia tetap tidak boleh menutup realiti bahawa angka 100,000 adalah melampaui kemampuan kapasiti dalam stadium dan luas kawasan di luar Stadium Merdeka.saya faham Meloyakini yang sahamnya turut dimiliki oleh beberapa orang pemimpin PR terdesak untuk mempotretkan 'kejayaan' HKR #KL112,namun menyembunyikan kebenaran dengan teknik fotografi mahupun superimposed bukannya satu etika yang baik untuk satu portal yang mendakwa dirinya telus dan bebas.Lagipun cubaan Meloyakini yang berterusan mahu memaksa pembacanya percaya wujudnya kehadiran 100,000 orang di sebuah stadium yang kecil dan kawasan diluarnya yang tidak berapa luas itu, semakin membunuh sedikit demi sedikit reputasi portal itu.Dulu semasa demonstrasi Bersih 3.0 April 2012 yang lalu,portal yang sama juga mendakwa demonstrasi itu dihadiri 300,000 orang peserta.Tiba-tiba sahaja untuk laporan HKR #KL112 ini,Meloyakini mengisytiharkannya sebagai yang terbesar walaupun didakwa kehadiran di himpunan terbaru ini disertai 100,000 orang.300,000 dengan 100,000 mana satu angka yang lebih besar ??? Nampaknya Meloyakini pun terkeliru dengan propaganda dan dakyah sendiri,andainya Meloyakini masih mempunyai sekelumit kredibiliti yang mahu dipertahankan,eloklah bertindak sekarang.Jika dek kerana jurugambar punya angkara menyebabkan berita dilaporkan menjadi songsang dan mengelirukan pembaca,lebih bagus dipecat sahaja.Tapi sekiranya kaedah pemberitaan songsang dan fakta bercelaru sudah sebati sebagai amalan Meloyakini,baik teruskan sahaja perbesarkan angka 100,000 itu.

RENUNG-RENUNGKAN 

Friday, December 14, 2012

HOT NEWS !!! KONSPIRASI ANWAR IBRAHIM DAN DEEPAK !!! HARAKAH DAN MELOYAKINI KANTOI MENIPU RAKYAT MALAYSIA ???


Nama Deepak Jaikishan tiba-tiba menghiasi akhbar-akhbar bagaikan seorang artis Bollywood yang baru muncul dengan sebuah filem kontroversi. Nama ini pernah disebut-sebut suatu ketika dahulu oleh Raja Petra Kamaruddin, seorang penulis pro-pembangkang yang mempunyai sejarah sakit jiwa ketika muda, sering mengaku sebagai seorang yang berani dan berprinsip tetapi kemudiannya melarikan diri apabila tidak dapat membuktikan tuduhannya terhadap Perdana Menteri konon terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Raja Petra sebelum ini menuduh Deepak sebagai ‘pengantara’ yang memperkenalkan penyiasat persendirian, Balasundram kepada pihak Perdana Menteri. Bala kemudiannya turut menjadi pelarian setelah membuat U-Turn dalam Akuan Bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya.Sebagai respon kepada tulisan Raja Petra itu,Deepak membuat penafian tegas di dalam Meloyakini 


UNTUK SELANJUTNYA

deepak malaysiakini

Mungkin tidak perlu disebut di sini bahawa Raja Petra juga kemudiannya membuat U-Turn tanpa mengaku salah,bahawa beliau membuat tuduhan tersebut atas ‘suruhan’ orang tertentu dan bahawa segala apa yang dituduhnya adalah palsu dan ianya dilakukan semata-mata untuk memburukkan dan menjatuhkan Perdana Menteri.Pendedahan Raja Petra itu mematikan terus langkah pembangkang dalam isu ini.Namun,apabila keadaan semakin buruk bagi mereka di mana segala usaha untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri tidak berjaya dengan demonstrasi-demonstrasi yang gagal dan memakan diri serta Anwar pula tidak ke penjara, maka pembangkang memutuskan bahawa isu Altantuya adalah satu-satunya isu yang cukup besar yang jika dimainkan dengan baik pasti mampu membantu mereka mencapai Putrajaya.Justeru,SUARAM pun digunakan untuk memainkan lagi isu ini sehingga ke peringkat antarabangsa iaitu Perancis.Pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan dijadikan sandaran kes yang tiada kes pun.Harapan pembangkang, memandangkan ia melibatkan negara lain maka penyokong mereka tidak akan tahu penipuan mereka, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.Malang bagi mereka apabila pilihanraya tidak berlangsung secepat yang dijangka sehingga akhirnya penipuan SUARAM terbongkar apabila pihak Perancis sendiri mendedahkan bahawa mahkamah negara itu telah menolak aduan SUARAM sejak awal tahun lagi, kerana tidak berasas sama sekali. 

Dengan RPK mengaku kalah,SUARAM pula kantoi,isu Altantuya secara rasminya ditutup.PR pula semakin huru-hara dengan masalah-masalah dalaman yang semakin hari semakin parah manakala BN pula semakin kukuh dengan rekod ekonomi negara yang memberangsangkan.Justeru,pembangkang begitu terdesak perlukan isu yang cukup besar untuk menutup segala kelemahan mereka sekali gus mengalihkan pandangan rakyat dari melihat rekod cemerlang kerajaan BN.Ini,ditambah dengan ketandusan isu serta dendam akibat keegoan yang tercalar dalam isu Altantuya, maka pembangkang memilih untuk meneruskan isu yang sama sebagai senjata utama menghadapi pilihanraya. Bukan satu kebetulan nampaknya apabila ketika UMNO sedang bersidang dengan penuh semangat.SUARAM pula membuat sidang akhbar di Singapura berkenaan isu kapal selam dan Altantuya.Lalu,sejurus kemudiannya,isu Deepak yang juga dari Singapura,bermula. Isu Deepak yang sedang berjalan di mahkamah sekarang adalah berkisar kepada tuntutan Deepak ke atas projek perniagaan yang tidak menjadi yang kebetulannya memperolehi nota tangan ‘tiada halangan’ dari Perdana Menteri. Bagaimanapun, yang menimbulkan tandatanya, apakah hak Deepak untuk menuntut wang atas alasan pengaruh beliau yang membolehkan projek tersebut mendapat pinjaman bank? Atas alasan apa kita dapat membuktikan elemen ‘pengaruh’??? Dan di manakah tertulisnya hak peribadi Deepak ke atas pinjaman yang diluluskan untuk projek tersebut ??? 

Persoalan ini terjelas sendiri apabila media pembangkang memetik kes Deepak di mahkamah dari sudut yang langsung tiada kena mengena dengan kes.Sebaliknya,kisah Altantuya dan nama Balasundram pula yang menjadi tumpuan laporan mereka.Dalam wawancara dengan Harakah Deepak telah membuat kenyataan yang bertentangan terus dari apa yang dinyatakannya sendiri di dalam Malaysiakini sebelum ini. Kes perniagaan Deepak sebenarnya telah pun dijelaskan oleh Deepak sendiri sepertimana yang terakam kemas dalam kenyataannya sendiri dalam Malaysiakini pada tahun 2011 di atas.Katanya, pinjaman RM600 juta yang diperolehi dari Kuwait Finance House adalah untuk sebuah pelaburan hartanah dan dijamin oleh pengarah dan pemegang saham serta bank itu sendiri.Beliau juga menjelaskan bahawa kontrak hiasan dalaman istana baru di Jalan Duta adalah diperolehi dari kontraktor utama dan bukannya dari kerajaan. Pendek kata, beliau adalah ahli pernigaan yang tulen dan tidak terlibat dalam politik.Deepak juga menafikan sekeras-kerasnya yang beliau mengenali Balasundram di dalam kenyataan di Meloyakini.kini beliau nampaknya telah membuat kenyataan yang bertentangan pula kepada Harakahdaily.

Dengan membawa kes perniagaan yang kabur dan mengaitkannya dengan isu lain yang tidak berkaitan, maka jelaslah sudah bahawa Deepak telah ditugaskan untuk meneruskan kerja-kerja yang sebelum ini gagal dibuat oleh RPK dan juga SUARAM,bagi pihak pembangkang.Untuk itu,Harakahdaily dan Meloyakini mungkin perlu duduk semeja terlebih dahulu untuk mencari kata putus,siapakah di antara mereka yang berbohong atau kenyataan Deepak yang manakah yang akan dilaporkan sebagai pembohongan selepas ini.Nampaknya,bukan RPK seorang sahaja yang terlalu banyak menonton filem Hindustan,seperti Deepak di dalam kenyataannya di Meloyakini.Sesiapa juga yang menulis skrip untuk RPK ataupun Bala dan mungkin juga Deepak,jelas tidak dapat menilai sebuah penceritaan yang baik.Kisah pembunuhan yang berkait dengan pembelian kapal selam serta perniagaan yang tak menjadi yang berbelit sesama sendiri,tidak konsisten,berpusing dan U-turn dua tiga kali tentu menarik untuk ditonton di panggung,tetapi amatlah memualkan jika cuba disampaikan sebagai satu kisah benar.Mungkin PR serta rangkaian NGO atau individu yang menjadi alat mereka, termasuk para ‘penaja’ mereka perlu memikirkan cara lain untuk menjatuhkan BN atau Perdana Menteri.Tidakkah mereka belajar dari kesilapan bahawa strategi menulis skrip fitnah untuk dilakonkan oleh pelakon-pelakon upahan bukanlah strategi yang baik.Ia mungkin boleh membuatkan penyokong-penyokong jumud lagi tegar mereka teruja,tetapi lebih dari itu ia hanya membuatkan penyokong-penyokong yang masih mampu berfikir,serta mereka yang berada di atas pagar terus lari meninggalkan mereka. 

RENUNG-RENUNGKAN 

Sunday, October 21, 2012

HOT NEWS !!! PENIPUAN MELOYAKINI TERBONGKAR LAGI !!!


perhatikan foto kat atas. ianya dikeluarkan oleh malaysiakini. foto di atas menggambarkan betapa tragiknya robohan rumah banglo yang berlaku di shah alam. digambarkan robohan itu berlaku dalam skala katastropik. laksana 7.2 skala ritcher.ada foto runtuhan dari leretan bukit. kereta terperosok.kepelbagaian foto runtuhan diasimilasikan sebagai bahan cerita untuk menggambarkan betapa tragiknya kejadian.

HAKIKATNYA

 

pada foto yang sebenar, takde terjadipun runtuhan bukit hatta kereta dihempap.semua rakyat tahu cerita dan fakta sebenar. malah kejadian itu sekiranya dibaca sekilas visual yang kedapatan pada pemikiran rakyat adalah laluan visual bumbung yang runtuh sahaja dan mengakibatkan kematian.itu saja. namun olahan berita gaya malaysiakini menampakkan kebobrokan stail penganjingan bagaimana cerita itu perlu 'ditakutkan'.jika berita semudah ini pun mahu dispinkan fakta foto nya,apatahlagi bab pemberitaan politik yang memang ternyata penuh tipu daya dan bersifat syaitan.low class dan sungguh paria cara pemberitaan malaysiakini. sungguh kurap.- GAP

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, September 26, 2012

HOT NEWS !!! SAH !!! MELOYAKINI TURUT TERLIBAT AGENDA #SOROSFUND !!!


Portal propembangkang,Malaysiakini dilihat turut terlibat dalam agenda asing untuk menguasai politik negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara.Bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,penglibatan portal berita serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha itu adalah amat tidak sihat kerana pemimpin yang bakal dipilih nanti pasti terpaksa mengikut telunjuk pihak luar. 

"Sama ada nilai liberal Barat atau (George) Soros,dia nak satu Perdana Menteri yang dia boleh guna,sebab itu dia nak regime change di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri ikut telunjuk dia.Malaysiakini semua ada kaitan,kesemuanya sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pakar Perundingan Mengenai Islam dan Kesihatan Wanita. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai operasi portal propembangkang,Malaysiakini serta penglibatan NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada Open Society Institute (OSI) milik Soros.Di antara pembiayaan lain yang diterima pertubuhan berkaitan adalah daripada National Endowment For Democracy (NED) milik seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.Sebelum ini,wartawan veteran,YL Chong mendedahkan beliau meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita propembangkang itu enggan mengakui menerima dana daripada Soros.Menurut Chong lagi,Ketua Pengarang Kumpulan dan pengasas Malaysiakini,Steven Gan pernah mengakui portal itu akan 'mati' jika mengaku menerima dana daripada Soros. Sementara itu,Dr. Mahathir ketika berucap memberitahu,peningkatan kes jenayah serta isu sosial di kalangan umat Islam di seluruh dunia adalah disebabkan mereka tidak mengamalkan ajaran sebenar agama itu seperti tertulis di dalam al-Quran."Hari ini ramai yang terikut-ikut dengan interpretasi dibuat pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan masing-masing sehingga berjaya mengelirukan umat Islam menyebabkan mereka tidak mampu mempertahankan diri," katanya. - Utusan Malaysia 

RENUNG-RENUNGKAN 

Monday, September 24, 2012

KANTOI !!! MELOYAKINI MENGAKU TERIMA DANA DARI LUAR DAN #SOROSFUND ???


PETALING JAYA : Malaysiakini has admitted to receiving grants from National Endowment for Democracy (NED) and other international donors and that it had links with Suaram.The online portal’s chief executive officer,Premesh Chandran,claimed that despite receiving grants from international donors, their editorial independence was not compromised.“We are happy to work with international foundations on interesting projects to promote press freedom.We are transparent about such partnerships.These grants form a small part of Malaysiakini’s budget,” he said,adding that the portal was 70% owned by its co-founders and staff.

Premesh said this in a statement in response to media reports following controversy over funding provided by Washington-based NED to human rights group such as Suaram and a host of other organisations,including Malaysiakini.Premesh said they also raised funds from international donors to support its Southeast Asia Centre for E-Media (Seacem) and other projects.Malaysiakini initiated Seacem in 2004 to help civil society and fledgling online media organisations in Asia to use new technologies to promote press freedom, human rights and democracy,he said. Seacem was also hired to build a human rights portal for eight key regional organisations, in which Suaram is the Malaysian partner,he said - The Star

Soros link kept under wraps

PETALING JAYA : Veteran journalist Y.L Chong quit from Malaysiakini as its news editor more than a decade ago when the news portal management refused to admit that they were getting funds from currency speculator George Soros.“I told Malaysiakini 11 years ago to come clean,and not hide such information from our subscribers and readers.I decided to throw in my resignation as I could not toe the line and keep the Soros link under wraps,” he said in an interview.

Chong stressed that he was not against accepting foreign funds but must come clean after accepting the money.“But I believe in ethical journalism,especially as Malaysiakini had flagged itself as promoting transparency and openness,” he said. Chong had also first revealed all this in his blog called www.desiderata2000.blogspot.com a few years ago,was commenting on reports that Malaysiakini and Suaram were among anti-establishment organisations that allegedly received foreign funding.The two main contributors are the American-based National Endowment for Democracy (NED) and the George Soros-linked Open Society Institute (OSI),which have been financing groups supporting its interests and objectives around the world.“I was then news editor and hence privy to information raised at Malaysiakini’s meetings, and I had learned that indeed Malaysiakini had received an initial 10% down payment of RM188,000 for a 10% interest in Malaysiakini,” he added. 

Chong said he quit after confronting the two Malaysiakini’s top guns – Steven Gan and Premesh Chandran – and the two refused to publicly admit to receiving funds through Media Development Loan Fund (MDLF) run by the Open Society Institute (OSI),a well-known international unit linked to Soros.“In fact Gan said it would be the death of Malaysiakini if they admitted to receiving funding from Soros,” he said.Chong also expressed disappointment against the news portal management which had stated that he had quit over his salary.“They twisted the facts to cover the real reason why I submitted my resignation,” he said. 

Rocky’s Bru Blog noted that Chong,the veteran journo and consummate truth-seeker,blew the cover of Malaysiakini and established its link with Soros “way back then” and last year reminded the public about the matter again. Chong said he had brought up the matter more than a decade ago following factual errors in the Far Eastern Economic Review magazine report pertaining to foreign funding from Soros. It was reported that in 1999, Malaysiakini started with a grant of US$100,000 (RM385,000.00) from the South-East Asia Press Alliance and a further deal to “develop open source software application” for RM188,000 with a division of MDLF.Mkini Dot Com allegedly received another RM1.3 mil from MDLF in 2002 in exchange for about 30% equity – The Star

RENUNG-RENUNGKAN  

Wednesday, September 19, 2012

MELOYAKINI KANTOI MENIPU !!! APA CERITA NI ???



lu punya wartawan kena belajar basic matematik la.bodoh sangat la cara lu kira.spin politik dalam foto terlalu low class.macam jamban punya pemberitaan.lu punya tajuk manyak gempak,tapi isi manyak hamsap.suruh lu punya reporter pergi belajar mengira la.mau tipu pun agak-agak la.ini macam punya foto ada sampai 800 orang ka ? hamsap la lu steven gan.manyak hamsap. - GAP

LIHAT GAMBAR DI BAWAH


MACAM INI KE RUPA 800 ORANG ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates