Social Icons

Pages

Thursday, January 09, 2014

KANTOI !!! HARD ROCK CAFE #HRC !!! PENIPUAN #MALAYSIAKINI DIDEDAHKAN !!!


Seperti yang telah di duga,portal pembangkang Malaysiakini begitu berminat untuk melaporkan isu yang boleh menimbulkan sentimen,kebencian dan kemarahan masyarakat berbanding laporan yang bersifat telus dan adil.Terbaru mereka cuba mewujudkan sentimen kebencian masyarakat khususnya mereka yang bukan beragama Islam dengan laporan jahat yang bertajuk, ‘Menteri OK Dengan Hard Rock, Tetapi Versi Nasyid’.Mereka cuba menggambarkan,kononnya Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan sekiranya pusat hiburan terkenal itu berminat untuk membuka cawangan di Putrajaya ia WAJIB Bercirikan Islam dengan membawa elemen Nasyid.Sedangkan pada hakikatnya,ketika Tengku Adnan memberikan penjelasan berhubung isu tersebut,beliau menegaskan tiada sebarang penjualan minuman keras dan tiada sebarang persembahan hiburan yang menghairahkan akan dibenarkan sekiranya penguasa pusat hiburan itu ingin membuka cawangan di Putrajaya. 

"Pendirian kita mudah,Hard Rock Cafe boleh dibuka tetapi kena ikut syarat iaitu penjualan arak tidak dibenarkan.Tetapi kalau mereka masih hendak jual dan buat perkara yang tidak mengikut syarat,kita tidak akan luluskan seperti telah disebut oleh Presiden PPj,Tan Sri Dr. Aseh Che Mat semalam," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya.Mengulas lanjut,Tengku Adnan berkata,pihaknya mengalu-alukan sekiranya pelabur pusat hiburan terkemuka dunia itu hanya mahu membuka hotel dan menjual barangan cenderahati jenama tersebut di sini.Menurut beliau,pihaknya juga tidak menghalang persembahan hiburan dibuat tetapi perlu mematuhi garis panduan selain tidak menghidangkan persembahan keterlaluan. 

"Persembahan yang dibenarkan ialah jenis bersih,kita tidak benarkan persembahan menjolok mata atau memberahikan orang ramai dan kalau boleh hiburkan pengunjung dengan persembahan nasyid atau berlandaskan Islam,ini akan menjadi yang pertama di dunia," katanya.Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu kaya dengan adat sopan yang tinggi terutama dalam penggunaan bahasa kiasan bagi menjaga hati semua pihak.Contohnya,cuba kita lihat dalam adat merisik / bertunang yang sering dijalankan oleh masyarakat Melayu.Apabila pihak perempuan ingin menolak permintaan keluarga pihak lelaki,pelbagai ayat-ayat kiasan akan digunakan bagi menjaga hati dan maruah pihak yang datang menyampaikan hajat. 

Kenyataan yang disampaikan itu lebih bersifat penolakan secara halus bagi menjaga ‘kesucian’ bandar Putrajaya sebagai kota pentadbiran kerajaan Malaysia.Dalam bahasa mudah,Tengku Adnan ingin menekankan bahawa Perbadanan Putrajaya lebih mengalu-alukan pembangunan lain seperti hotel dan barangan cenderahati dan membina pusat hiburan seperti yang sedia ada.Ini kerana umum mengetahui Hard Rock CafĂ© adalah merupakan premis hiburan jenama antarabangsa yang menawarkan minuman keras khusus untuk pengunjung yang bukan beragama Islam.Oleh yang demikian kenyataan untuk tidak membenarkan Hard Rock menjual minuman keras adalah merupakan kenyataan tersurat / kiasan bagi menolak permohonan tersebut (sekiranya ada).Namun untuk bersangka baik,mungkin kita boleh katakan kerana wartawan yang menulis laporan tersebut tidak faham kiasan,maka sudah tentu dia tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan itu.Apa yang boleh dikatakan ialah,isu ini sengaja dipolitikkan oleh segelintir pihak,kerana pada hakikatnya tiada sebarang permohonan yang telah dikemukakan bagi membuka premis hiburan itu

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates