Malaysiakini melaporkan bahawa beberapa laman Facebook milik
pembangkang telah tidak dapat dilayari kerana telah disekat oleh kerajaan.Menurut
portal pembangkang itu,antara yang disekat ialah Facebook ‘We Fully Support Pakatan
(DAP)’. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Jailani Johari bagaimanapun
menafikan mengambil tindakan menyekat mana-mana facebook,mahupun apa-
apa media milik pembangkang.Menurut Datuk Jailani,kerajaan bersifat neutral dan
mengiktiraf hak kebebasan bersuara semua pihak.Amatlah pelik sekali apabila pembangkang menuduh kerajaan menyekat suara mereka
di dalam media sosial secara tiba-tiba.Walhal,jika kita mengikuti perkembangan
semasa di dalam negara,hampir setiap hari ada saja laman milik penyokong
pembangkang yang menyumpah seranah ‘kerajaan,Melayu dan Islam’ dan hampir
semua dari mereka juga tidak diambil tindakan.
Malah,tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerajaan Malaysia adalah yang paling
terbuka sehinggakan ikon biadap pembangkang terhadap ‘kerajaan,Melayu dan Islam’
iaitu Namewee,diberi pengiktirafan dan bantuan untuk terus berkarya memperlekeh
kerajaan, Melayu dan Islam sesuka hatinya.Bertitik-tolak dari Nameweelah maka lahir berpuluh kalau pun tidak beratus-ratus
laman sosial peribadi dan juga kumpulan yang wujudnya semata-mata untuk
menghentam ‘kerajaan, Melayu dan Islam’. Justeru,dengan begitu banyak laman sosial yang menjadikan ‘kerajaan, Melayu dan
Islam,./hatta Raja-raja’ sebagai sasaran,apakah signifikannya facebook ‘We Fully
Support Pakatan (DAP)’ sehinggakan ia perlu disekat ???
Lagipun,bukankah semua pemimpin DAP juga melaungkan perkara yang sama
dengan apa yang diseru oleh laman facebook itu ??? Kenapa perlu diambil tindakan ke
atas facebook tersebut tetapi tidak terhadap pemimpin DAP ??? Hakikatnya,tuduhan bahawa laman sosial pro-PR disekat hanya mengesahkan bahawa
tentera siber DAP sememangnya wujud.Jika tidak,siapakah yang menjadi admin
kepada laman-laman yang dikatakan disekat ini ??? Siapakah yang mengendalikannya
dan siapakah yang menjadi pengunjung setia untuk menekan ‘like’ dan ‘share’ saban
hari dan waktu ???
Apakah benar rakyat Malaysia di kalangan orang-orang Cina benar-
benar ketagih kepada facebook pro-PR sehingga sanggup menghabiskan masa
membaca dan mempopularkannya secara konsisten setiap hari jika tidak ditugaskan
khas untuk melakukannya ???
Sikap menyekat kebebasan bersuara adalah sikap pembangkang, bukan
kerajaan.Siapa yang boleh lupa ugutan Anwar terhadap wartawan yang berbunyi ‘you
ulang, I saman’ hanya kerana si wartawan bertanya soalan yang tidak boleh
dijawabnya.Malah,bagi para pelayar laman politik pastinya cukup maklum bahawa
sebarang komen negatif terhadap pembangkang di dalam blog atau laman web milik
pemimpin mereka, akan dibuang. Jika kita mengulang-ulang mengkritik mereka pula,maka kita akan disekat terus.Pembangkang juga cukup sinonim dengan seruan memboikot akhbar perdana.Tidak
cukup dengan itu, pemimpin pembangkang telah beberapa kali mengadakan simbolik
membakar akhbar pro-kerajaan sebagai tanda protes bagi menghalang penyokong
mereka membaca dari sumber lain selain daripada mereka.
Pembangkang juga cukup terkenal dengan menghalang wartawan dari media perdana
membuat liputan dalam program-program mereka.Justeru,amatlah memualkan apabila pembangkang berhujah tentang kebebasan media
dan menuduh kerajaan menyekat media mereka.
Namun begitu, dari satu sudut lain,mungkin ada baiknya juga jika kerajaan benar-benar
mengambil tindakan menyekat laman sosial milik pembangkang yang jelas menghasut
dan menjejaskan keharmonian.Maklumlah,jika tidak disekat pun dituduh menyekat,maka mungkin lebih baik kerajaan
benar-benar menyekat saja suara mereka.Sekurang-kurangnya,Malaysia pasti akan
lebih aman tanpa suara pembangkang di alam maya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment