Hampir separuh negara di dunia kini sedang mencari MH370.Semua aset yang
berkenaan telah digerakkan ke rantau ini untuk mencari pesawat tersebut.Sejak hari
pertama lagi,kerajaan Malaysia telah melakukan segala-galanya yang termampu dan
telah menerima semua tawaran untuk membantu dari semua pihak sehingga membawa
kepada persoalan mengenai had capaian persempadan negara.Walaupun kerajaan telah meletakkan MH370 mengatasi keselamatan negara,kerajaan
masih lagi dihentam kiri dan kanan oleh pembangkang atas alasan tidak melakukan
yang terbaik atau tidak melakukannya dengan betul.Spekulasi dan fitnah disebar di
dalam media massa tanpa sedikit pun memikirkan akibatnya.Tiba-tiba kita seolah-olah kembali ke insiden Lahad Datu di mana tidak seminit pun
dibazirkan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan.Seolah-olah mereka
telah menjangkanya dan kemudiannya ‘meraikannya’.apabila perisikan Filipina
mendedahkan kaitan pembangkang dengan pengganas Sulu, rakyat tidak lagi
menerimanya sebagai satu kejutan.
Walaupun hakikat ini agak mengganggu perasaan,namun kita tidak boleh menafikan
bahawa senario sikap pembangkang dalam isu MH370 benar-benar menyamai isu
Lahad Datu.Setiap negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370 telah memuji
dan mengiktiraf sikap professional dan dedikasi kerajaan Malaysia.Bagaimanapun,pengiktirafan dan pujian tersebut telah dipersetankan saja oleh pembangkang.Perkembangan terbaru mengenai pendirian politik Juruterbang yang merupakan
penyokong fanatik Anwar,pastinya merupakan tamparan hebat kepada
pembangkang. Oleh itu, mereka harus mengemukakan teori bagi mengaburi fakta
ini.Untuk tujuan itu,Malaysiakini pantas mencipta fitnah baru.Malaysiakini,sebuah portal pro-pembangkang yang terkenal dengan menipu,menyiarkan artikel yang menuduh kerajaan sebagai berkali-kali menolak bantuan
Interpol dalam usaha mencari MH370.Nampaknya, ‘menipu’ sudah menjadi perkara biasa bagi portal ini di mana mereka tidak
lagi peduli jika penipuan itu merosakkan imej negara.Tanpa mereka ketahui,yang
akan tertipu hanyalah penyokong pembangkang sahaja kerana seluruh dunia sedia
maklum betapa ikhlas dan bimbangnya kerajaan terhadap nasib MH370.
Seluruh dunia dapat melihat sendiri bagaimana kerajaan telah bekerjasama dengan
15 negara sebagai satu pasukan demi MH370.Pesawat ini pada hari ini,menjadi
keutamaan,bukan hanya pada Malaysia,tetapi dunia.Oleh itu,jika Malaysia perlu
dipersalahkan,maka seluruh negara yang terlibat juga turut bersalah.Tidak sukar untuk kita memahami sikap Malaysiakini yang tidak patriotik dan tidak
peduli dengan imej negara kerana portal itu telah diketahui sebagai beroperasi atas
dana asing.Tampak semakin jelas kini bahawa Malaysiakini bukan hanya sebuah
portal berita,tetapi sebuah portal yang membawa agenda. Apa jua agenda yang dibawanya,ia tidak ada kena mengena dengan kesejahteraan
rakyat Malaysia atau keselamatan penumpang dan krew MH370.Sejak pesawat tersebut hilang,Malaysiakini dan pembangkang secara bergandingan
sengaja mempolitikkan keadaan.Hasilnya dapat kita lihat sendiri melalui komen-
komen pembaca di portal tersebut.Majoriti pembacanya akan mengucapkan takziah
kepada mangsa dalam beberapa patah perkataan sebelum mengutuk dan menghentam
kerajaan dalam beberapa perenggan.
Jika matlamat Malaysiakini adalah untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia,menanam
perasaan benci dan mencipta generasi yang tidak sensitif serta tidak patriotik,maka kita
harus mengakui bahawa mereka telah berjaya.Media seperti Malaysiakinilah yang melahirkan manusia fanatik dan pembenci.
Walaupun kita enggan memikirkannya, namun dengan hakikat bahawa Malaysiakini
menjadi sumber maklumat utama kepada puak pembangkang termasuk Kapten
Zaharie,maka saya tidak hairan jika sang juruterbang benar-benar mengambil tindakan
sepertimana yang digambarkan oleh media asing.Biarpun kita sedih dengan apa yang berlaku dan biarpun Malaysiakini terus menipu,namun atas nama kebebasan media,portal itu akan terus bebas beroperasi di negara
yang bebas ini. Pun begitu,percayalah bahawa portal syaitan ini akan terus melaungkan
Tiada
Kebebasan Bersuara !!!'
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Kebanyakan penyokong Dan pendokong mkini adalah terdiri pauk2 sejenis kaum nabi Lut yang dilaknat Allah SWT.
Kita desak puak-puak derhaka ni pergi mencari kapal terbang tu.Kalau depa ni rasa pandai sangat.
Kita minta kerajaan tutup sahaja NGO NGO pro pembangkang, tidak ada yang membina melainkan melecehkan segala usaha kerajaan. Fitnah adalah mainan mereka, mengutuk adalah makanan mereka, mengadu domba adalah kegemaran mereka.Negara tidak akan maju jika ada golongan ini didlam sesebuah negara.
Post a Comment