Tindakan Anwar Ibrahim dan PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon untuk PRK DUN N.25 menggantikan suaminya Anwar mengitar semula kisah politik 1999 dan 2008.Pada saya Wan Azizah kekal menjadi politikus kitar-semula yang cuba menghidupkan dan menyambung talian-hayat politik Anwar.Setelah pemecatan Anwar oleh mantan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun Mahathir) dan UMNO pada 02.09.1998 atas dakwaan amalan seks songsang dan luar tabi'e, Wan Azizah menjadi penyambung talian-hayat politik Anwar apabila ditabal sebagai Presiden PKN-Parti Keadilan Nasional (nama lama PKR) bagi pihak suaminya yang menghadapi pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar.Tahun 1999 juga menyaksikan Azizah diangkat menjadi calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-11 menggantikan tempat suaminya Anwar yang pada waktu itu sudah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara kerana menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM untuk memaksa Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar membuat Akuan Sumpah palsu untuk melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan dan amalan seks songsang dengan isteri orang.
Berbekalkan paluan gendang simpati dan airmata,Wan Azizah menang selesa dalam PRU-11 di Parlimen Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang.Wan Azizah mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 tahun 2004 juga atas paluan simpati dan airmata,walaupun PKR kehilangan semua kerusi lain yang dimenangi dalam PRU-11.Pada tahun 2008,setelah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 pada 08.03.2008,Wan Azizah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai isteri setia telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31.07.2008 setelah Anwar menghadapi siasatan meliwat pembantunya Saiful Bukhori Azlan yang mengadu diliwat pada 26.06.2008.
Anwar yang telah dilepaskan daripada menjalani hukuman penjara pada 02..09.2004 telah layak untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen pada 14.04.2008 setelah tempoh moritorium kelayakan bertanding sebagai bekas banduan tamat.
Dalam menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Azlan, kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang sangat membantu Anwar untuk mempolitikkan kes perbicaraan tersebut.Sekali lagi isteri tercinta Wan Azizah memainkan peranan untuk menyelamatkan suami tercinta dengan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dan Anwar memenangi kerusi tersebut dalam PRK P.044 pada 26.08.2008.Maka bergayalah Anwar menghadapi perbicaraan meliwat Saiful sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan meliwat Saiful atas sebab teknikaliti pada 10.01.2012,setelah melalui proses perbicaraan yang menyaksikan rekod penangguhan lebih daripada 60 kali.
Anwar kemudiannya menghadapi proses rayuan kes meliwat Saiful.Mahkamah Rayuan telah menetapkan perbicaraan rayuan pada 05-07 Mac 2014. Dan kali ini wakil Pendakwaraya adalah peguam senior dan terkemuka Tan Sri Mohd Shafee Abdullah,yang telah diberikan fiat untuk mewakili Peguam Negara.
Team guaman Anwar tahu peguam veteran Tan Sri Shafee adalah peguam no-nonsense yang begitu fokus dan komited terhadap kes dibawah kendaliannya.Maka Anwar memasang strategi politik. Tiba-tiba, tanpa angin tanpa pohon bergoyang,berlaku PRK DUN N.25 Kajang ; kerusi yang secara tiba-tiba dikosongkan oleh Lee Chin Cheh,ADUN PKR tanpa sebarang sebab menasabah.Bukan sahaja Anwar mencanangkan beliau yang akan bertanding dalam PRK Kajang tersebut,malahan Anwar mengompangkan kemungkinan beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Pengumuman mengejut Anwar itu menghadapi rintangan sejak daripada awal lagi.Perancangan Anwar itu disambut hambar oleh Tan Sri Khalid yang mengumumkan dengan jelas bahawa walaupun beliau akan membantu Anwar dalam PRK DUN Kajang,namun beliau tidak akan melepaskan jawatan MB Selangor.Ini diikuti dengan kenyataan tegas beberapa kerat pimpinan PAS terutama peringkat negeri Selangor bahawa mereka membantah cadangan Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.Dan perancangan Anwar terbantut terus apabila Mahkamah Rayuan,setelah mendengar hujah Tan Sri Shafee Abdullah dan Karpal Singh yang mewakili Anwar selama tiga hari berturut-turut telah pada hari Jumaat 07.03.2014 membenarkan rayuan Pendakwaraya dan mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhori.
Mahkamah Rayuan secara sebulat suara menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara keatas Anwar!
Memandangkan undang-undang pilihanraya Malaysia melarang mana-mana orang yang pernah disabitkan apa-apa kesalahan jenayah daripada menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya,maka perancangan Anwar untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar ternyata gagal.
Dan kerusi DUN N.25 kekal kosong!
Dalam satu political-strike yang sepantas kilat menyambar,Anwar mengumumkan bahawa isteri tercinta Wan Azizah dipilih menjadi calon PKR untuk menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada pengundian yang dijadualkan pada 23.03.2014.
Dan setelah selesai proses penamaan calon pada 11.03.2014,kini sah PRK DUN N.25 Kajang pada 23.03.2014 akan menyaksikan pertandingan satu-lawan-satu antara Wan Azizah dan calon Barisan Nasional Chew Mei Fun.Dan saya yakin Wan Azizah dan PKR akan mengitar semula kempen politik simpati dan airmata, strategi yang cukup menjadi dan berkesan dalam PRU11,PRU-12,dan PRU 13.Sekali lagi Wan Azizah terpilih memainkan peranan memberi dan menyambung talian-hayat politik,political life-line kepada Anwar Ibrahim.Saya cukup yakin selepas ini ada keberangkalian besar akan ada political move untuk mencadangkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Malah saya tidak terkejut jika PKR memalu kompang bahawa Wan Azizah akan menjadi wanita pertama yang akan menjadi MB dalam sejarah politik Malaysia.Maka akan diseru seluruh wanita di Malaysia bangkit menyokong cadangan itu.
Tan Sri Khalid Ibrahim pasti akan berada dalam keadaan tertekan dan political dilemma yang kronik dengan political move terbaru ini jika ianya terjadi.Bagi Khalid,menghadapi Wan Azizah tidak sama dengan menghadapi gandingan Anwar-Azmin. Wan Azizah kurang moral & political baggage.Lagipun Wan Azizah adalah Presiden PKR,dan dikenali sebagai sekutu rapat Khalid Ibrahim! Mana mungkin Khalid membantah atau menyanggah cadangan untuk Wan Azizah menjadi MB Selangor!
Namun, Tan Sri Khalid bukan seorang yang bodoh.Dia tahu Wan Azizah bersedia berkorban apa sahaja demi menyelamatkan lakinya.
Khalid melihat sendiri bagaimana Wan Azizah sanggup mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk Anwar.Khalid melihat bagaimana Wan Azizah sanggup mengaku kepada dunia yang beliau ada menyimpan jam Omega-Eskay yang dikaitkan dengan skandal videoklip Anwar-ChinaDoll. Pendek-kata,Khalid tahu Azizah sanggup buat apa sahaja untuk lakinya.
Khalid tahu tidak ada apa-apa yang boleh menghalang Wan Azizah mengosongkan semula kerusi DUN Kajang dan meletakkan jawatan sebagai MB Selangor sekiranya diperlukan oleh Anwar diwaktu yang bersesuaian nanti!
Kalau itu berlaku,Tan Sri Khalid akan tinggal terkonteng-konteng.Wan Azizah letak jawatan, Anwar bertanding dan menjadi MB! Dan Khalid tahu pada waktu itu,tidak ada sesiapa boleh menghalang Anwar untuk kemudiannya memberi laluan kepada Azmin Ali,blue-eyed boy Anwar untuk menduduki kerusi MB Selangor!
Itu akan menjadi mimpi ngeri dan igauan hitam bagi Tan Sri Khalid!
Sebab itu nasihat saya kepada Tan Sri Khalid,bukalah hati dan jiwa.Lihatlah kepada mainan politik yang cukup manipulatif ini.
Satu sahaja jalan bermaruah dan demokratik yang boleh diambil oleh Tan Sri Khalid,kembalikan mandat kepada rakyat.Pohonlah perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor diwaktu Tan Sri masih lagi mempunyai kuasa dan kedudukan!
Jangan tunggu sampai nasi menjadi bubur!
Diwaktu yang sama,saya cukup kagum dengan kesetiaan dan pengorbanan Wan Azizah dalam mempertahankan dan memberi dan menyambung talian-hayat politik kepada suaminya Anwar.
Kalau bukan kerana pengorbanan dan politik airmata Wan Azizah,saya cukup yakin hayat Anwar sudah lama ditalkinkan dan berkubur!
Anwar sangat beruntung kerana mempunyai isteri seperti Wan Azizah.Mana nak cari isteri yang masih sanggup mempertahankan suami walaupun berdepan dengan videoklip ChinaDoll yang jelas terpampang dan diperakui 99% tulin dan sahih! Mana nak cari isteri seperti Wan Azizah yang sanggup mengaku menyimpan jam Omega-Eskay sedangkan Datuk Eskay membuktikan bahawa jam Omega itu ada dalam simpanannya dan telah diserahkan kepada pihak Polis!
Mana nak cari isteri yang sanggup mengosongkan kerusi Parlimen, meninggalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia hanya untuk menyelamatkan dan menyambung talian-hayat politik suaminya Anwar!
Mungkin Wan Azizah akan tertanya-tanya, kalau dia yang duduk terjebak dalam keadaan seperti Anwar, adakah Anwar bersedia melakukan pengorbanan yang sama seperti ang dilakukannya untuk Anwar?
Itu adalah persoalan untuk Wan Azizah tanya Anwar bila mereka sedang melayari bahtera diatas tilam empuk Bukit Segambut!
Tetapi apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat!
Adakah rakyat bersedia untuk kemungkinan berlaku lagi pengosongan kerusi oleh Wan Azizah dimasa hadapan?
Adakah rakyat bersedia untuk menerima apa juga kata-kata dan janji Wan Azizah dalam keadaan rakyat tahu pengakuan Wan Azizah dalam kes jam Omega-Eskay yang bercanggah dengan keterangan Datuk Eskay sendiri!
Adakah rakyat bersedia untuk menerima parti yang mengamalkan pencabulan demokrasi yang melampau hanya untuk kepentingan politik individu tertentu?
Inilah antara persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh pengundi DUN Kajang apabila turun membuang undi pada 23.03.2014 nanti.Apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat!
Seruan saya kepada pengundi Kajang,hantarlah isyarat yang jelas kepada Anwar,Wan Azizah,pembangkang DAP-PKR-PAS ; bahawa rakyat sudah muak dengan kegiatan dan aktiviti politiking melampau ini.
Sebab itu kempen PRK DUN N.25 Kajang ialah
'SAY-NO-2-ANWARIZAH'.
TOLAK WAN AZIZAH,JANGAN UNDI PKR DALAM PRK DUN KAJANG!
Sumber : Zul4Kulim
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
12 comments:
Kesian menjadi zulkifli nordin. Merempat di dunia politik seperti anjing yang menggigit tiada gigi. Setelah dilepaskan barulah menyalak. Masa dibuang begitu gah dengan kerusi yang diberi secara ihsan. Setelah kalah diam seribu bahasa bising sejuta kata. Adat dunia di malaysia, orang2 yang telah dibuang inilah yang diambil pandangan mereka oleh BN. Sebelum dibuang tiada siapa yang nak temuramah. UMPAMA ANJING MUDA YANG PATAH GIGI MENGGIGIT TUANNYA DAN MENCARI TUAN YANG BARU YANG HANYA MEMBERI TULANG KEPADA ANJING YANG MEREMPAT TIADA HALATUJU.
KESIAN KAT ANON KAT ATAS TU. BODOHNYA KETARA. TAK TAHU MEMBEZAKAN ANTARA PRINSIP DAN POLITIK. TAK KENAL SIAPA ZULKIFLI NORDIN. SEORANG YANG BERUBAH KERANA TERDEDAHNYA KEBENARAN. BELIAU PERNAH MENJADI PEGUAM ANUWAR. KAMU SIAPA NAK PERSOAL ZUL NORDIN. ENTAH-ENTAH KAMU NI BUDAH HINGUSAN YANG TAK PERNAH MEMBACA PUN SEJARAH ANUWAR IBRAHIM.
Anon 10.46 atas tu sudah pasti RBA. Ulasannya pun bau longkang. Kesian tengok penjilat jubo aljuburi. Mulut bau taek. RBA ini memang keturunan anak haram. Depan belakang boleh masuk. Biarkan dia melalak mcm anjing kena rogol. Mak ngan ayahnya dulu masa buat dia bukan basuh itu keturunannya jadu mcm ni. Semoga laknat Tuhan je mengajar dua ni.
Hallo RBA. Lu tau baca tak tau baca. Duduk orang punya rumah jgn kacau orang punya anak bini ooo. Duduk mcm anjing saja jaga tuan punya rumah. Ada faham ka ?
syarat nak muncul dlm BN punye berita.
1. mesti la macai BN
2. Kene buang dari pakatan.
ada syarat ni mesti confirm leh kuar utusan & TV3
Kahkahkah. Pencacai puak Fuckatan melolong bontot dah kena tonjol panas berapi. Yg cerdik pandai semua dah lari meninggalkan anwar aljuburi kerana tembelang dah pecah. Majlis peguam sendiri kata suka sama suka. Ujian dna mengesahkan empat inci dlm dubur saipul ada air mani. . . ( malu nak cakap ). Yg tinggal tukang salak aljuburi cuma anjing2 tepi longkang je. Menyalak je kuat. Dia pun tak paham apa yg dia salak.
Ko sakit hati dgn utusan dan tv tga ? Kah. .kah. .kah. . Itu pasal jgn tengok vedeo china dol.
Hallo encik. Ada baca tarak baca. Dlm itu FUCKATAN tempat itu BN punya serpihan ada tau ka ? Ini orang semua tak boleh pakai punya pigi jilat itu anwar aljuburi punya ponggong. Lu jilat sapa punya ponggong ?
betul gak apa yg dicakap tu..macai2 ni memang la fikiran diorg camtu..mahkamah tinggi dah lepas..2 doktor pun dh cakap xde kesan. sorang ckp ade. yg sorang ni die pakai. kesian cara macai berpikir. ramai gila kowt kes2 yg dibicarakan mahkamah tinggi dh jatuhkan hukuman. hukuman gantung, sebat, penjara. tup2 lau lawan kt mahkamah rayuan leh lepas.. syabas. disabitkan suka sma suka tapi saiful lepas. rasanya yang bermasalah n bodoh je yg tinggalkan tu. yg cerdik2 tu ada ag dlm BN ngah makan duit korang. nak beli lembu, nk bli cincin, nk bli rumah, nk bli tanah, n nk bli macam2 ag la.. itu yg cerdik la sebab tu leh bli macam2. sebab tu yg cerdik2 ada dalam BN. DNA lau korg blaja perubatan xjd masalah pun nk extract byk mana asalkan dapat walau sehelai bulu. Ingat cerdik sgt la nk cerita pasal DNA korang terangkan psal DNA tanpa rujuk google nk tengok ckit tahap kebijaksanaan korang. Lau setakat baca sumber dari UMNO je malu la wei dari pihak yang "benar" je.
Takyah tengok goole ar wei. Kalau maen bontot apa buat semua tak jadi. Tuhan Tak redho. Jauh dari rahmat Tuhan. Pakai otak sikit. Otak jgn letak kat bontot.
wahai saudara yg budiman tolonglah gunakan akal yg ada tu, cuba fikir kenapa zul nordin sebagai peguambela anuar ini lari meninggalkan anuar....dia lebih kenal siapa anuar berbanding saudara yg sekadar sebagai pengikut sahaja....apa yg diperkatakan oleh zul nordin adalah drpd pengalaman dan pengatahuan beliau semasa bersama anuar...alhamdullillah allah telah membuka pintu hati zul nordin siapa anuar yg sebenarnya.
dah xleh nak terangkan panas plak..kalau dah bodoh belajar. ni main baca je apa pun xtaw. Lau DNA korg kene curi pun korang boleh kne sabit meliwat orang lau camtu. Pengalaman die atau pengalaman anwar menyebabkan die bla. hahaha Maknanye skang ni kalau orang tu peguam je die adalah seorang yang boleh dipercayai la ye. Patutnya korang yang kena baca sejarah siapa ZUL ni. sebab apa die ditendang? Orang bile dah benci sebab kena buang akan buat apa je nak orang sanjung die balik. tapi kesian kene buat muka tebal kene kutip ngn BN. Lau dia ada pengetahuan n pengalaman la die takkan pergi ke anwar jialat bontot anwar tu. Die terus masuk BN n korang pun skang ngah bermegah2 ngan ZUL tu skang. hahahaha.
1.38 tu ko patutnya pakai otak. Dah tu allah redho ke orang BN gune duit rakyat malaysia sesuka hati buat beli lembu cincin banglo naik jet peribadi n macam2 lagi.
Post a Comment