Social Icons

Pages

Showing posts with label ZULKIFLI NOORDIN.... Show all posts
Showing posts with label ZULKIFLI NOORDIN.... Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

#PRKKAJANG !!! DATUK @ZULKIFLINOORDIN MEMBELASAH #ANWARIBRAHIM DAN #WANAZIZAH #ANWARIZAH KAW-KAW !!!


Tindakan Anwar Ibrahim dan PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon untuk PRK DUN N.25 menggantikan suaminya Anwar mengitar semula kisah politik 1999 dan 2008.Pada saya Wan Azizah kekal menjadi politikus kitar-semula yang cuba menghidupkan dan menyambung talian-hayat politik Anwar.Setelah pemecatan Anwar oleh mantan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun Mahathir) dan UMNO pada 02.09.1998 atas dakwaan amalan seks songsang dan luar tabi'e, Wan Azizah menjadi penyambung talian-hayat politik Anwar apabila ditabal sebagai Presiden PKN-Parti Keadilan Nasional (nama lama PKR) bagi pihak suaminya yang menghadapi pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar.Tahun 1999 juga menyaksikan Azizah diangkat menjadi calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-11 menggantikan tempat suaminya Anwar yang pada waktu itu sudah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara kerana menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM untuk memaksa Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar membuat Akuan Sumpah palsu untuk melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan dan amalan seks songsang dengan isteri orang.

Berbekalkan paluan gendang simpati dan airmata,Wan Azizah menang selesa dalam PRU-11 di Parlimen Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang.Wan Azizah mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 tahun 2004 juga atas paluan simpati dan airmata,walaupun PKR kehilangan semua kerusi lain yang dimenangi dalam PRU-11.Pada tahun 2008,setelah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 pada 08.03.2008,Wan Azizah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai isteri setia telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31.07.2008 setelah Anwar menghadapi siasatan meliwat pembantunya Saiful Bukhori Azlan yang mengadu diliwat pada 26.06.2008. Anwar yang telah dilepaskan daripada menjalani hukuman penjara pada 02..09.2004 telah layak untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen pada 14.04.2008 setelah tempoh moritorium kelayakan bertanding sebagai bekas banduan tamat. Dalam menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Azlan, kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang sangat membantu Anwar untuk mempolitikkan kes perbicaraan tersebut.Sekali lagi isteri tercinta Wan Azizah memainkan peranan untuk menyelamatkan suami tercinta dengan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dan Anwar memenangi kerusi tersebut dalam PRK P.044 pada 26.08.2008.Maka bergayalah Anwar menghadapi perbicaraan meliwat Saiful sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan meliwat Saiful atas sebab teknikaliti pada 10.01.2012,setelah melalui proses perbicaraan yang menyaksikan rekod penangguhan lebih daripada 60 kali.


Anwar kemudiannya menghadapi proses rayuan kes meliwat Saiful.Mahkamah Rayuan telah menetapkan perbicaraan rayuan pada 05-07 Mac 2014. Dan kali ini wakil Pendakwaraya adalah peguam senior dan terkemuka Tan Sri Mohd Shafee Abdullah,yang telah diberikan fiat untuk mewakili Peguam Negara. Team guaman Anwar tahu peguam veteran Tan Sri Shafee adalah peguam no-nonsense yang begitu fokus dan komited terhadap kes dibawah kendaliannya.Maka Anwar memasang strategi politik. Tiba-tiba, tanpa angin tanpa pohon bergoyang,berlaku PRK DUN N.25 Kajang ; kerusi yang secara tiba-tiba dikosongkan oleh Lee Chin Cheh,ADUN PKR tanpa sebarang sebab menasabah.Bukan sahaja Anwar mencanangkan beliau yang akan bertanding dalam PRK Kajang tersebut,malahan Anwar mengompangkan kemungkinan beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Pengumuman mengejut Anwar itu menghadapi rintangan sejak daripada awal lagi.Perancangan Anwar itu disambut hambar oleh Tan Sri Khalid yang mengumumkan dengan jelas bahawa walaupun beliau akan membantu Anwar dalam PRK DUN Kajang,namun beliau tidak akan melepaskan jawatan MB Selangor.Ini diikuti dengan kenyataan tegas beberapa kerat pimpinan PAS terutama peringkat negeri Selangor bahawa mereka membantah cadangan Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.Dan perancangan Anwar terbantut terus apabila Mahkamah Rayuan,setelah mendengar hujah Tan Sri Shafee Abdullah dan Karpal Singh yang mewakili Anwar selama tiga hari berturut-turut telah pada hari Jumaat 07.03.2014 membenarkan rayuan Pendakwaraya dan mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhori. 


Mahkamah Rayuan secara sebulat suara menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara keatas Anwar! Memandangkan undang-undang pilihanraya Malaysia melarang mana-mana orang yang pernah disabitkan apa-apa kesalahan jenayah daripada menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya,maka perancangan Anwar untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar ternyata gagal. Dan kerusi DUN N.25 kekal kosong! Dalam satu political-strike yang sepantas kilat menyambar,Anwar mengumumkan bahawa isteri tercinta Wan Azizah dipilih menjadi calon PKR untuk menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada pengundian yang dijadualkan pada 23.03.2014. Dan setelah selesai proses penamaan calon pada 11.03.2014,kini sah PRK DUN N.25 Kajang pada 23.03.2014 akan menyaksikan pertandingan satu-lawan-satu antara Wan Azizah dan calon Barisan Nasional Chew Mei Fun.Dan saya yakin Wan Azizah dan PKR akan mengitar semula kempen politik simpati dan airmata, strategi yang cukup menjadi dan berkesan dalam PRU11,PRU-12,dan PRU 13.Sekali lagi Wan Azizah terpilih memainkan peranan memberi dan menyambung talian-hayat politik,political life-line kepada Anwar Ibrahim.Saya cukup yakin selepas ini ada keberangkalian besar akan ada political move untuk mencadangkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Malah saya tidak terkejut jika PKR memalu kompang bahawa Wan Azizah akan menjadi wanita pertama yang akan menjadi MB dalam sejarah politik Malaysia.Maka akan diseru seluruh wanita di Malaysia bangkit menyokong cadangan itu. Tan Sri Khalid Ibrahim pasti akan berada dalam keadaan tertekan dan political dilemma yang kronik dengan political move terbaru ini jika ianya terjadi.Bagi Khalid,menghadapi Wan Azizah tidak sama dengan menghadapi gandingan Anwar-Azmin. Wan Azizah kurang moral & political baggage.Lagipun Wan Azizah adalah Presiden PKR,dan dikenali sebagai sekutu rapat Khalid Ibrahim! Mana mungkin Khalid membantah atau menyanggah cadangan untuk Wan Azizah menjadi MB Selangor! 

Namun, Tan Sri Khalid bukan seorang yang bodoh.Dia tahu Wan Azizah bersedia berkorban apa sahaja demi menyelamatkan lakinya. Khalid melihat sendiri bagaimana Wan Azizah sanggup mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk Anwar.Khalid melihat bagaimana Wan Azizah sanggup mengaku kepada dunia yang beliau ada menyimpan jam Omega-Eskay yang dikaitkan dengan skandal videoklip Anwar-ChinaDoll. Pendek-kata,Khalid tahu Azizah sanggup buat apa sahaja untuk lakinya. Khalid tahu tidak ada apa-apa yang boleh menghalang Wan Azizah mengosongkan semula kerusi DUN Kajang dan meletakkan jawatan sebagai MB Selangor sekiranya diperlukan oleh Anwar diwaktu yang bersesuaian nanti! Kalau itu berlaku,Tan Sri Khalid akan tinggal terkonteng-konteng.Wan Azizah letak jawatan, Anwar bertanding dan menjadi MB! Dan Khalid tahu pada waktu itu,tidak ada sesiapa boleh menghalang Anwar untuk kemudiannya memberi laluan kepada Azmin Ali,blue-eyed boy Anwar untuk menduduki kerusi MB Selangor! Itu akan menjadi mimpi ngeri dan igauan hitam bagi Tan Sri Khalid! Sebab itu nasihat saya kepada Tan Sri Khalid,bukalah hati dan jiwa.Lihatlah kepada mainan politik yang cukup manipulatif ini. Satu sahaja jalan bermaruah dan demokratik yang boleh diambil oleh Tan Sri Khalid,kembalikan mandat kepada rakyat.Pohonlah perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor diwaktu Tan Sri masih lagi mempunyai kuasa dan kedudukan! 

Jangan tunggu sampai nasi menjadi bubur! Diwaktu yang sama,saya cukup kagum dengan kesetiaan dan pengorbanan Wan Azizah dalam mempertahankan dan memberi dan menyambung talian-hayat politik kepada suaminya Anwar. Kalau bukan kerana pengorbanan dan politik airmata Wan Azizah,saya cukup yakin hayat Anwar sudah lama ditalkinkan dan berkubur! Anwar sangat beruntung kerana mempunyai isteri seperti Wan Azizah.Mana nak cari isteri yang masih sanggup mempertahankan suami walaupun berdepan dengan videoklip ChinaDoll yang jelas terpampang dan diperakui 99% tulin dan sahih! Mana nak cari isteri seperti Wan Azizah yang sanggup mengaku menyimpan jam Omega-Eskay sedangkan Datuk Eskay membuktikan bahawa jam Omega itu ada dalam simpanannya dan telah diserahkan kepada pihak Polis! Mana nak cari isteri yang sanggup mengosongkan kerusi Parlimen, meninggalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia hanya untuk menyelamatkan dan menyambung talian-hayat politik suaminya Anwar! Mungkin Wan Azizah akan tertanya-tanya, kalau dia yang duduk terjebak dalam keadaan seperti Anwar, adakah Anwar bersedia melakukan pengorbanan yang sama seperti ang dilakukannya untuk Anwar? 

Itu adalah persoalan untuk Wan Azizah tanya Anwar bila mereka sedang melayari bahtera diatas tilam empuk Bukit Segambut! Tetapi apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat! Adakah rakyat bersedia untuk kemungkinan berlaku lagi pengosongan kerusi oleh Wan Azizah dimasa hadapan? Adakah rakyat bersedia untuk menerima apa juga kata-kata dan janji Wan Azizah dalam keadaan rakyat tahu pengakuan Wan Azizah dalam kes jam Omega-Eskay yang bercanggah dengan keterangan Datuk Eskay sendiri! Adakah rakyat bersedia untuk menerima parti yang mengamalkan pencabulan demokrasi yang melampau hanya untuk kepentingan politik individu tertentu? Inilah antara persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh pengundi DUN Kajang apabila turun membuang undi pada 23.03.2014 nanti.Apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat! 

Seruan saya kepada pengundi Kajang,hantarlah isyarat yang jelas kepada Anwar,Wan Azizah,pembangkang DAP-PKR-PAS ; bahawa rakyat sudah muak dengan kegiatan dan aktiviti politiking melampau ini.

Sebab itu kempen PRK DUN N.25 Kajang ialah

'SAY-NO-2-ANWARIZAH'. 

TOLAK WAN AZIZAH,JANGAN UNDI PKR DALAM PRK DUN KAJANG!

Sumber : Zul4Kulim

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, April 07, 2013

BONGKAR !!! PAS PUNCA @ZULKIFLINOORDIN HINA HINDU !!! VIDEO INSIDE !!!


Sebelum ini sudah beberapa kali melontarkan isu sensitif dengan harapan untuk menggugat sokongan rakyat kepada BN,antaranya isu kalimah Allah S.W.T dan isu hudud,tapi belum pun klimaksnya tercapai alih-alih bahana buruknya terpantul semula ke dahi mereka sendiri.Demikian halnya yang berlaku dalam isu melibatkan Zulkifli Noordin yang dikatakan telah menghina agama Hindu sebagaimana cuba dipropagandakan oleh PR melalui sebuah klip video pendek yang disiarkan dalam Youtube.Niat utama PR menyiarkan video tersebut selain untuk memburukkan imej Zulkifli,ia juga bertujuan untuk membunuh imej NGO Perkasa yang dianggotai peguam itu.Malang bagi PR apabila kebenaran terbukti mengatasi kebatilan bila mana ternyata video itu bukannya ucapan terbaru,sebaliknya ia adalah kuliah agama oleh Zulkifli sewaktu bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu teguh kepercayaan dengan perjuangan PAS.Ia berlaku sebelum kewujudan PR,sebaliknya saat itu Barisan Alternatif (BA) sedang merudum kejatuhan dan pakatan baru Barisan Rakyat (BR) dalam pembikinan untuk menempuh PRU 12 2008.cuba anda lihat gambar di atas dan bandingkan video di bawah sama tak kopiah yang dipakai oleh zulkifli noordin ??? itu anda kena lihat dulu !!!


Harus diingat,PR hanya wujud selepas PRU 12.Tika itu juga Zulkifli adalah peguam bela kepada Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim dan NGO Perkasa pula belum pun wujud lagi,tapi dalam video yang ditayangkan itu sengaja ditulis tajuk "Zulkifli Nordin (Perkasa) Menghina Agama Hindu" yang jelas menunjukkan motif PR untuk menyembunyikan kenyataan sebenar. Untuk rekod, Zulkifli adalah ahli PAS dan merupakan pemimpin utama bagi PAS Kawasan Bandar Tun Razak,yang kemudian dipinjamkan kepada PKR untuk mewakili parti anak beranak Anwar di Parlimen Kulim Bandar Baharu pada PRU 12 yang lalu.Dua tahun kemudiannya Zulkifli dipecat oleh PKR.Peguam itu ahli PAS tapi PKR pula memecat keahlian Zulkifli sebagai ahli parti, macam mana mereka melakukannya sukar di mengertikan. 

Parti 69 tunggang terbalik memang unik,sebab itu jangan pelik bila PR memanipulasi pula video Zulkifli.Jika pembangkang serius mahu membicarakan soal ini dan menentang penghinaan terhadap agama hindu,patutnya Zulkifli tidak akan dicalonkan bertanding mewakili PKR di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ??? Malah sewajarnya sejak dulu lagi PAS dan PKR meminta maaf atas keterlanjuran Zulkifli. Tapi kenapa sekarang baru sibuk mahu memperkatakannya ??? Sebenarnya,punca keterlanjuran yang dilakukan oleh Zulkifli bertahun-tahun dulu sedikit sebanyak berpunca dari tarbiah songsang yang kerap PAS laksanakan. Dan ia mungkin juga dapat dielakkan sekiranya PKR benar-benar serius mahu menangani isu sensitif mengenai agama atau kaum.Mujurlah Zulkifli tidak melatah sebaliknya sedar dan bersedia mengakui kesilapan dengan memohon maaf kepada penganut Hindu.Ia langkah yang terpuji dan wajar disanjung.Tahniah atas kesedaran,lain kali berhati-hati sebelum mengucapkan sesuatu.Tapi,sekiranya saat ini Zulkifli masih lagi utuh kepercayaannya kepada ideologi PAS dan masih merupakan wakil rakyat PKR,barangkali beliau akan buat pekak badak selagi jiwa nuraninya bersama PR.Kebarangkalian itu besar dan tak mustahil beliau akan mengikut jejak langkah Lim Guan Eng yang sampai sekarang masih berdegil dari memohon kemaafan dengan umat Islam berhubung isu kesucian kalimah Allah S.W.T, tak gitu pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, January 31, 2013

HOT NEWS !!! PEMECATAN USTAZ NASHA !!! DATUK ZULKIFLI NOORDIN MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!


Salam 2 all. 

YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa,Ahli Parlimen Bachok (PAS) yang baru kembali daripada lawatan bersejarah YAB PM ke Gaza pasti terkejut mendengar berita melalui media bahawa beliau dipecat daripada kedudukan sebagai ahli Majlis Syura’ PAS.Kebetulan beliau baru sahaja balik daripada mengiringi YAB Perdana Menteri dalam lawatan ke Gaza.Kata Perdana Menteri Palestin-Gaza Ismael Haniyeh,lawatan Dato’ Sri Najib adalah satu lakaran sejarah tersendiri kerana Dato’ Sri Najib adalah pemimpin bukan ‘arab pertama menjejakkan kaki ke bumi Gaza ! Dan lebih bersejarah kerana PM mengumumkan peruntukkan pembinaan semula pejabat Perdana Menteri Palestin-Gaza yang musnah dibom oleh rejim zionis beberapa minggu lepas setelah lawatan Perdana Menteri Mesir Hisham Qandel ke bangunan tersebut.Orang yang terakhir melihat bangunan tersebut sebelum dimusnahkan ialah PM Mesir, orang yang membinanya semula ialah PM Malaysia! Begitu bersejarah lawatan Dato’ Sri Najib,yang lawatannya mendapat liputan meluas media barat dan arab,malah Al-Jazeera memberikan lapuran hampir 20 minit didalam berita utamanya.Rakyat Gaza turun berduyun-duyun mahu melihat seorang wira Melayu yang berani datang menziarahi mereka walaupun mendapat tentangan dalam dan luarnegara. 

Mereka bertambah bangga apabila melihat betapa simplenya Dato’ Sri Najib, sanggup turun ke padang menziarahi keluarga Assyahid Al-Ja’bari, Ketua Keselamatan Palestin-Gaza yang dibunuh kejam melalui pengeboman keatas kenderaannya.Dan mereka bertambah kagum kerana ini pertama kali seorang Perdana Menteri datang menziarahi mereka dengan membawa seluruh ahli keluarga.Datin Sri Rosmah Mansur berserta anak-anak Nooryana Najwa & Ashman turut sama dalam rombongan PM. Teman sempat bergurau dengan YAB PM,buatnya kalau rejim zionis mengebom rombongan PM,habis semua keturunan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah.Jawapan PM cukup simple – kat mana pun kita akan mati! Dan dalam rombongan lawatan bersejarah itu,turut dijemput sebagai Ahli Parlimen (seperti teman juga) ialah YB Nasharuddin Mat Isa.Teman dok bayang tentu PAS akan tumpang bangga dan kagum yang ahli Majlis Syura’ dan bekas Timb Presiden mereka turut serta dalam lawatan bersejarah itu.Dan sebenarnya memang ramai pemimpin PAS belum pun menjejakkan kaki ke bumi Gaza, walaupun mereka tekun melilit leher mereka dengan muffler Palestin ! Walaupun mereka sering bertakbir dan mengutip derma jihad, namun jangan kata membawa keluarga dan anak isteri,diri mereka sendiri pun belum berkemampuan dan tiada keberanian untuk pergi ke Gaza.

Al maklumlah sejak-sejak berkawan dengan Kitsiang dan Karpal Singh ni.Jadi didalam kelemahan dan kedhaifan pimpinan PAS untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza, maka perginya Ustaz Nasharuddin bersama didalam rombongan PM sudah tentu satu aset besar buat PAS! Dalam ramai-ramai orang, PM pilih pemimpin PAS sebagai pengiring ! Teman pada masa itu cukup yakin pimpinan dan ahli PAS akan bukak jubah dan serban dan menghamparkannya di KLIA untuk menyambut wira dan hero mereka pulang daripada bumi Gaza ! Sudah pasti semua muffler Palestin yang melilit leher mereka selama ini akan kalungkan dileher hero PAS yang baru pulang dari bumi anbiya’ ini.Tetapi tidak! Rupanya para pasrasit berjaya melilit leher tengkok Ust Nasha sehingga dipecat daripada Majlis Syura’.Ramai ahli akar umbi PAS sendiri terkejut mendapat berita daripada media bahawa tokoh hebat mereka ini telah dipecat daripada Majlis Syura’ ! Dan lebih terperanjat mereka apabila parti yang melabel diri sebagai Parti Islam langsung tidak mengikut kehendak syara dengan memecat Ustaz Nasha tanpa memberi sebarang notis dan tidak memberi beliau peluang membela diri! Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan,Datuk Seri Hadi Awang (DSHA) membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam.Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber syara dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum. 

Teman tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan.Malahan ini adalah nilai universal & hak asasi & fundamental kemanusiaan yang diterima oleh semua masyarakata bertamadun! Sebab itu teman mempersoalkan tindakan PAS memecat Ustaz Nasha daripada kedudukannya sebagai Ahli Majlis Syura,badan tertinggi didalam PAS.Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik.Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri ! Ini disahkan sendiri oleh Ust Nasha yang menyatakan beliau hanya tahu berita pemecatan beliau melalui media ! Ini bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Dalam kes pemecatan tokoh pimpinan PAS Datuk Dr Hasan Ali,beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri. Teman melihat isu pemecatan Ust Nasha ini sekadar membuktikan betapa tidak Islamiknya PAS dalam amalan dan tindak-tanduknya.Apa yang lebih malang,ia memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri kerana sudah tentu non-Muslim akan melihat tindakan PAS seolah-olah dibenarkan agama Islam kerana mereka melabelkan diri mereka sebagai parti Islam! Apakah ini akan mendekatkan lagi non-Muslim kepada Islam,apabila mereka melihat seseorang boleh dipecat dan dibuang tanpa notis & peluang bela diri? Berbeza sekali dengan UMNO yang walaupun tidak menjubahkan diri dengan label Islam, tetapi mengambil tindakan lebih Islamik.Contohnya semasa Anwar Ibrahim hendak dikenakan tindakan disiplin atas masalah liwat & moral yang rendah,UMNO memberi peluang kepada beliau membela diri didalam mesyuarat Majlis Tertinggi. Tun Mahathir memberi peluang seluas-luasnya kepada Anwar untuk memberi penjelasan & meyakinkan Majlis Tertinggi UMNO mengenai kedudukannya.Selepas mendengar penjelasan Anwar dan mengambil pendapat semua ahli MT yang hadir, UMNO akhirnya membuat keputusan memecat Anwar atas masalah moral beliau. 

Samada keputusan itu betul atau tidak bukan persoalannya.Isunya ialah Anwar diberi notis & peluang membela diri.Tetapi Datuk Dr Hasan Ali & Ust Nasha bukan sahaja tidak diberi notis,malah peluang membela diri dan membuat penjelasan juga tidak diberi. Malah sehingga hari ini, Datuk Dr Hasan Ali tidak tahu apa kesalahan beliau sehingga dipecat !  Teman berharap rakyat terutamanya umat Melayu-Islam akan membuka mata dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuka ALLAH mengenai pekung penyakit didalam PAS ini! Semakin hari semakin terserlah kurap-kurap politik didalam PAS ini. Daripada isu kalimah ALLAH, kepada isu sumpah bai’ah talaq tiga,kepada isu murtad,isu gereja,isu arak,isu kafir mengkafir,isu Tabung Memali,isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali,kepada yang mutakhir isu pemecatan Ust Nasha : semuanya membuktikan kepada kita satu perkara; iaitu PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik kepartian yang jumud dan sempit! Daripada semua ini, persoalan yang timbul ialah: betulkah PAS ni parti Islam? Dan satu persoalan yang perlu umat Islam-Melayu tanya ialah: apa dosa Ust Nasha sehingga dipecat? Adakah Ust Nasha meliwat sesiapa? Adakah Ust Nasha menyondol mana-mana amoi? Adakah Ust Nasha menoron bini kawan sendiri? Adakah Ust Nasha menderhaka kepada ibubapa dia? Adakah Ust Nasha beri kaunselling kepada bini orang jam 3pagi? Adakah Ust Nasha makan eskrim dalam jamban? Adakah Ust Nasha jual kalimah ALLAH? Adakah Ust Nasha mengkafirkan sesiapa? Tidak! Tidak! Tidak! Dosa Ust Nasha kerana bersama dengan YAB PM dalam pertemuan dengan Mufti Masjidil Haram dan para ulama’ di Masjidil Haram bulan Ramadhan lepas! 

 Dosa Ust Nasha kerana mencabar Karpal Singh dalam isu perlaksanaan hudud! Dosa Ust Nasha kerana menyuruh Nurul Izzah bertaubat dalam isu Melayu murtad! Dosa Ust Nasha kerana menolak kepimpinan Anwar dan mahu Hadi menjadi PM! Dosa Ust Nasha kerana bersama YAB PM dalam lawatan menziarahi saudara seagama di Gaza! Itulah antara dosa Ust Nasha! Dan untuk dosa itu,Ust Nasha dipecat sebagai ahli Majlis Syura’,tanpa diberi notis,tanpa diberi peluang membela diri! Teman berharap dan tidak menjangka ahli akar umbi PAS akan menjadi sebegitu rendah IQnya sehingga boleh menelan dan menerima bulat-bulat pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap Islam yang dilakukan olah para pasrasit yang makin lama makin menghancurkan PAS! Takkanlah mike nak percaya Ust Nasha dipecat kerana tidak hadir mesyuarat! Kalau itu alasan mereka, cuba mike periksa kehadiran orang lain dalam mana-mana mesyuarat samada peringkat Perhubungan Negeri,Kawasan, Cawangan,MTD atau sayap-sayap.Ada yang datang mesyuarat setakat 5 minit je terus balik.Ada yang rajin hadir mesyuarat tetapi sekadar menjadi pemanas kerusi je! Ada yang datang sekadar buat syarat je! Kalau itulah alasan pemecatan Ust Nasha daripada Majlis Syura’,rasanya ramai pemimpin dan ahli PAS yang boleh kena pecat yop! Sebab itu sudah tiba masanya ahli akar umbi PAS bangkit menebus semula maruah mereka.Janganlah terus diperkeldaikan oleh kaum pasrasit yang sudah buta hati dan jiwa mereka dengan kilauan kepalsuan Putrajaya.Bangkitlah! Hapuskanlah segala kemungkaran yang sedang berlaku didalam parti mike yop! Kembalikan PAS ke landasan sebenar untuk memperjuangkan Negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta’zir! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.ALLAH telah berikan kita terlalu banyak bukti & keterangan.Janganlah kita membuat kesilapan seperti umat terdahulu yang ingkar dan enggan melihat & menggunakan aqal waras dengan bukti & keterangan yang telah ALLAH berikan sehingga mereka menjadi kaum Pekak,Bisu & Buta untuk menerima haq & kebenaran.Intan surullah hayan surkum,wayusabbit aqdaamakuum – bantulah agama ALLAH dan ALLAH akan membantu kamu kelak! Yang baik datangnya daripada ALLAH,yang tidak daripada kelemahan teman sendiri.Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunan kepada kita semua! Ameen! 

Wallahua’lam & wassalam. 

Adios amoigos, grasias senor! 

Zulkifli Bin Noordin 
Selasa 17 Rabi’ul Awal 1434 29 Jan 2013

Saturday, January 05, 2013

HOT NEWS !!! DATUK @ZULKIFLINOORDIN MEMBELASAH HADI AWANG KAW-KAW !!!


Saya tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak diberi ruang selama satu jam bersiaran secara langsung untuk memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Haji Hadi yang mencetuskan kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub dan ahli seumur hidup Pas,CN Al-Afghani melalui bukunya Kafirkah Aku!.Desakan Abdul Hadi turut disokong oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandarkan hujahnya kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara dan membela diri.Saya tidak menafikan syariat Islam mewajibkan mana-mana pihak diberi hak membela diri dan bersuara dalam mana-mana isu yang membabitkan dirinya.Malah hak asasi kemanusiaan juga menuntut seseorang diberi hak membela diri dan hak bersuara.Apa yang saya pertikaikan ialah amalan politik dua alam,cakap tak serupa bikin dan demokrasi hipokrit amalan pembangkang.Contohnya,mengapa semasa Pas membat keputusan memecat Datuk Dr. Hasan Ali,beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara.Malah,Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan memecat akan diambil terhadap beliau.Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat! Mana suara Nik Aziz atau Abdul Hadi semasa itu.Bukan sahaja mereka tidak memberi hak bersuara itu kepada Hasan Ali,malah mereka turut bersekongkol dalam tindakan memecat Hasan Ali tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri, tak diberi hak bersuara, malah tak diberi notis! Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, dengan segera segala ayat al-Quran dan hadis serta hukum Islam dicedok dan digali untuk melapik tuntutan serta desakan mereka! Ini pada saya adalah amalan politik jijik dan kotor kerana mempergunakan syariat Islam hanya untuk kepentingan politik peribadi! 

Kedua,Abdul Hadi perlu ingat,beliau ada ruang di Harakah dan media-media portal pembangkang yang lain untuk memberi penjelasan.Apatah lagi dengan dunia Internet,beliau boleh merakam sendiri penjelasannya dan disiarkan tanpa tapis di Youtube dan media lain.Malah beliau boleh buat rakaman dalam bentuk CD/DVD dan disebarkan kepada orang ramai.Dalam keadaan ruang cukup luas yang ada untuk beliau memberikan penjelasan,Abdul Hadi memilih untuk mendesak satu jam siaran langsung di RTM! Tidakkah ini menimbulkan keraguan tentang niat sebenar beliau? Selanjutnya,Abdul Hadi perlu ingat yang membongkar dan mencetuskan isu kesan Amanat Haji Hadi 1981 itu ialah seorang pengikut taksub dan bekas ahli seumur hidup Pas.CN Al-Afghani bukan calang-calang orang.Beliau pernah duduk dipimpinan Pemuda Pas Negeri. Malah Naqib usrah beliau ialah arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden Pas! Beliau juga pejuang mujahidin di Afghanistan dan Kashmir.Malah beliau pembela balu syuhada Memali dan tinggal bersama mereka! Dan beliau pernah ditahan ISA kerana menjadi Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)! Beliau yang membongkar kesan Amanat Haji Hadi 1981 melalui bukunya Kafirkah Aku!.Beliau turut menceritakan bagaimana beliau sendiri menjadi begitu taksub dengan Amanat Haji Hadi itu sehingga mengkafirkan ahli keluarganya sendiri yang menjadi ahli atau penyokong UMNO! Berikutan pendedahan beliau, ramai lagi pengikut taksub Pas yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi tampil ke depan mendedahkan bagaimana mereka melalui kehidupan yang sangat menyesatkan akibat amanat itu.Kita dengar mereka menceritakan tentang nikah kali kedua, sembelihan keluarga sendiri daripada kalangan UMNO dianggap bangkai, ada imam yang enggan solatkan jenazah umat Islam daripada UMNO,solat dua imam, boikot masjid dan macam-macam onak mehnah akibat Amanat Haji Hadi. 

Jadi pada saya,Abdul Hadi tidak perlu beri penjelasan kepada umat Islam berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Kami semua sudah faham bahawa amanat itu sesat dan bercanggah dengan akidah/ syariat Islam. Malah para ulama, mufti dan ahli agama telah memberikan fatwa dan pendapat yang jelas membuktikan Amanat Haji Hadi itu sesat dan bercanggah dengan syariat Islam. Jadi umat Islam bangsa Melayu serta rakyat Malaysia tidak perlu dengar dan faham penjelasan Abdul Hadi kerana kami sudah tahu. Malah kami tidak pernah mengikut pun Amanat Haji Hadi itu.Yang perlu tahu dan yang perlukan penjelasan ialah para pengikut taksub Pas dan Abdul Hadi yang sehingga ke hari ini tidak menyedari tentang kesesatan Amanat Haji Hadi tersebut.Sehingga hari ini ada yang masih mengkafirkan saudara seagama dan sama akidah hanya kerana amanat itu. Malah semasa berbual dengan beberapa sahabat daripada Baling, mereka menyatakan kerisauan tentang status 'mati syahid' Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang lain yang mati terbunuh dalam Peristiwa Memali. Kalau Amanat Haji Hadi itu tidak betul, bagaimana keadaan jenazah mereka yang tidak dimandi dan dikafankan! Terus dikuburkan dalam keadaan berlumuran darah kerana dikatakan mati syahid. Malah empat anggota polis yang satu akidah turut dibunuh kononnya halal kerana 'Polis UMNO'! Apa nasib mereka ini semua? Kepada mereka ini yang Abdul Hadi wajib berikan penjelasan. Mereka mahu tahu benarkah UMNO kafir kerana kononnya mengekalkan dan melaksanakan Perlembagaan,undang-undang dan peraturan kafir serta jahiliyah! Kalau begitu kedudukannya, mereka mahu tahu mengapa pada 18 Januari 2003,Abdul Hadi membuat 'Amanat Hadi' yang menyatakan peruntukan mengenai Islam cukup seperti dalam Perlembagaan! Mereka juga mahu tahu kenapa perjuangan negara Islam dibuang, diganti dengan negara kebajikan! Mereka mahu tahu benarkah negara Islam tiada dalam al-Quran? Kalau benar, mengapa Abdul Hadi melancarkan Dokumen Negara Islam pada tahun 2004? 

 Mereka mahu tahu apa kedudukan Dokumen Negara Islam yang digubal oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din? Apakah Dokumen Negara Islam itu kini bercanggah dengan al-Quran memandangkan Negara Islam rupanya tiada dalam kitab suci itu? Mereka juga mahu tahu adakah Mesir yang masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun diperintah oleh Presiden Mursi daripada Ikhwanul Muslimin juga adalah negara kafir? Kalau Mesir masih kafir, bagaimana kelulusan dan ijazah Abdul Hadi dan ramai ustaz dalam Pas yang mendapatnya daripada Mesir? Adakah kelulusan dan ijazah mereka tidak mengikut syariat kerana dikeluarkan oleh negara kafir? Mereka juga mahu tahu adakah Turki juga kafir kerana bukan sahaja mengekalkan undang-undang penjajah, tetapi meneruskan status sekularisme mereka walaupun kini diperintah oleh Reccep Tayyib Erdogan daripada Parti AKP! Mereka juga mahu tahu adakah Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia kafir kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah Belanda dan meletakkan Pancasila sebagai prinsip rukun negara Indonesia! Malah amalan homoseks bukan kesalahan jenayah di Indonesia! Apakah Indonesia kafir? Kalau mengambil Amanat Haji Hadi sebagai kayu pengukur, maka Mesir, Turki dan Indonesia adalah negara kafir, dan kerajaannya kafir kerana masih mengekalkan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan penjajah! Kalau Mesir, Turki dan Indonesia tidak kafir, mereka mahu tahu mengapa Malaysia dan kerajaannya kafir? Sebenarnya banyak persoalan yang pengikut taksub dan ahli serta penyokong Pas mahu tahu. Bukan kepada umat Melayu-Islam di Malaysia sebab kami sudah tahu dan kami memang menolak Amanat Haji Hadi. Jadi tidak perlu Abdul Hadi memberi penjelasan melalui RTM, TV3 atau Utusan Malaysia. Cukup kalau Abdul Hadi memberi penjelasan melalui Harakah dan media pembangkang, juga melalui Youtube dan media alternatif yang lain. Awang Hadi juga boleh kerahkan semua ahli, penyokong dan pengikut taksub Pas mengadakan perhimpunan besar di Stadium Kota Bharu, Kelantan untuk tujuan itu.Kalau perlukan bantuan,Abdul Hadi boleh minta bantuan Ambiga Sreenavasan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.Boleh begitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang?  

Oleh Datuk Zulkifli Noordin 
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu

Sunday, November 25, 2012

HOT NEWS !!! DATUK ZULKIFLI NOORDIN MEMBELASAH NURUL IZZAH KAW-KAW !!!


Ahli Parlimen Kulim,Datuk Zulkifli Nordin berkata terdapat dua kenyataan yang berbeza dibuat oleh Nurul Izzah Anwar iaitu semasa berucap dalam Gereja Tabernacle di Subang pada 3 November dengan penjelasannya di luar gereja.

“Yang lebih penting, apa yang orang (yang hadir) faham apa yang dicakapnya hari itu (dalam gereja), bukannya cubaan dia (Nurul Izzah) yang cuba ubah suai sana sini.Saya kebetulan tadi print.Ini laporan Malaysiakini sendiri sebut menafsir apa yang Nurul Izzah sebut. Malaysia kata, ‘People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays,says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar‘.Laporan yang sama dibuat oleh penganjur dalam blognya sendiri,1Chritian Malaysia.Maknanya orang yang dengar hari itu faham daripada apa yang dia cakap. Dia (Nurul Izzah) sedang bercakap tentang kebebasan orang melayu menukar agama. Itu yang dia orang faham,”katanya kepada media UMNO.

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH

   

RENUNG-RENUNGKAN 

Tuesday, November 06, 2012

HOT NEWS !!! KEBEBASAN AGAMA !!! DATUK ZULKIFLI NOORDIN MEMBELASAH NURUL IZZAH KAW-KAW !!!




Apakah Gereja Sidang Jemaat ALLAH di tengah kota Jakarta seperti ini akan muncul di Tanah Melayu jika orang Melayu salah perhitungan dalam PRU13 nanti ??? 

Salam 2 all. 

Kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim bahawa hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-Muslim tetapi juga kepada orang Melayu yang beragama Islam memcetuskan kembali satu isu fundamental, iaitu adakah orang Melayu beragama Islam boleh murtad? Teman berpendapat samada Izzah bercakap dalam keadaan jahil ataupun sengaja cuba mencetuskan isu yang boleh membangkitkan kemarahan umat Islam bangsa Melayu khususnya.Dan teman berharap Izzah tidak membuat kenyataan itu sekadar untuk meraih undi non-Muslim, terutamanya daripada kalangan penganut Kristian! 

Persoalannya mengapa Izzah memilih membuat kenyataan tersebut? Teman juga mendesak Izzah mengesahkan samada benar lapuran yang menyatakan ucapan dan dialog tersebut dianjurkan oleh sebuah badan pemikir kristian iaitu Oriental Hearts & Mind Study Institute dan diadakan di premis Gereja Full Gospel Tabenacle, Subang Jaya, Selangor? Apa yang jelas,majlis itu diberi lapuran terperinci oleh sebuah laman web kristian iaitu www.1christians.blogspot.com! Laman portal pro-Anwar iaitu www.malaysiakini.com juga telah menyiarkan lapuran mengenai majlis tersebut! Kalau ini benar,teman berasa sangat kesal kesempatan untuk menyampaikan risalah Islam yang sebenar tidak digunakan sebaik mungkin.Dan teman mendesak pihak Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat kesahihan lapuran tersebut dan mengambil tindakan yang perlu menurut lunas undang-undang sedia ada. Berbalik kepada isu memberi kebebasan kepada orang Melayu untuk memilih agama, Izzah sepatutnya mengetahui impak dan kesan kepada pandangan beliau itu iaitu: 

1. Pertama yang perlu kita faham ialah kewujudan bangsa Melayu dengan status Melayu adalah kerana agama Islam. Hubungan Melayu dan Islam sangat sinonim,sehinggakan peruntukkan Perlembagaan dibuat di Artikel 160 bahawa salah satu ciri Melayu, selain mengamal adat resam Melayu dan berbahasa Melayu, ialah dia mesti beragama Islam! Seseorang tidak boleh mengaku dia Melayu melainkan dia seorang Islam. Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan! Menyatakan orang Melayu boleh menukar agama selain Islam adalah sama kesannya dengan menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri! Dan jika pandangan Izzah itu mahu diterjemahkan, maka Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan wajib dipinda dengan menghapuskan ciri “Melayu itu wajib Islam”. Adakah PAS bersetuju dengan pandangan ini? Dan adakah itu yang diingini oleh umat Islam bangsa Melayu dalam negara ini? Tepuk dada tanyalah iman yop! 

2. Kedua, pandangan Izzah dalam isu ini adalah sama dengan agenda yang didalangi oleh Majlis Peguam dalam usaha mereka mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama, atau lebih dikenali sebagai IFC, dengan sokongan beberapa NGO lain. Antara lain agenda penubuhan IFC ini ialah semua warganegara Malaysia termasuk bangsa Melayu beragama Islam wajar diberikan hak memilih agama masing-masing! Persoalannya ialah adakah Izzah menyedari kenyataan beliau itu sekadar menterjemahkan agenda IFC itu? Kedua, apakah pendirian para ulama dan pimpinan PAS! Teman ingat lagi betapa PAS mengambil pendirian sangat tegas menentang cadangan IFC ini. Malah PAS telah mengadakan bantahan besar-besaran terhadap cubaan yang dianggap mengkhianati dan menghina Islam ini! Hinggakan ada pemimpin kanan PAS yang ditangkap polis dan dikenakan pertuduhan jenayah dan dihukum! Begitu pemimpin PAS bertegas, hingga ada yang mengisytihar ‘perang jihad’ terhadap penganjur IFC ni! Jadi teman nak tanya pemimpin PAS; apakah pendirian mereka sekarang dengan kenyataan Izzah ini? Adakah mereka bersetuju? Bersetuju bermakna mereka mentongsampahkan perjuangan dahulu. Kalau tidak bersetuju, mereka wajib mendesak meminta penjelasan dan kata-putus adakah itu dasar pakatan pembangkang? Jika benar memang menjadi dasar dan agenda pembangkang mahu memberi kebebasan memilih agama kepada orang Melayu, maka PAS tidak ada pilihan melainkan bermufarakah dan memisahkan diri daripada pakatan songsang ini! 

3. Selanjutnya, isu kebebasan beragama ini sebenarnya adalah agenda pejuang kebebasan Barat! Ini tercatat dalam Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dimana ia menyatakan “tiap-tiap individu berhak memilih agama masing-masing dan mengamalkannya, dan tertakluk kepada hak untuk menukar agama itu”! Persoalannya, adakah Izzah berkongsi pendapat dengan pejuang kebebasan Barat ini? Adakah pimpinan PAS juga turut berkongsi pendapat yang sama? 

4. Sebenarnya isu hak kebebasan memilih agama ini adalah juga agenda perjuangan yang dibawa oleh segelintir umat Islam yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisma! Fahaman liberalisme dan puralisma adalah satu fahaman baru yang telah difatwakan sebagai sesat, yang membawa idea bahawa semua agama adalah sama! Maknanya Islam sama dengan Kristian, Hindu sama dengan Budha, Sikh sama dengan Yahudi, Kristian sama dengan Hindu, Sikh sama Yahudi, Islam sama dengan Budha! Pendekkata, semua agama sama! Tidak ada yang lebih, dan tidak ada yang kurang! Berdasarkan fahaman liberal dan pluralisma ini, adalah tidak menjadi kesalahan bagi orang Islam menukar agamanya kepada agama Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi atau lain-lain; sebab semua agama sama! Begitulah sesatnya fahaman ini. Malah ada pengamalnya mempunyai keluarga yang cacamerba. Suami Kristian, isteri Islam, anak Hindu! Malahan kepercayaan penganut fahaman liberalisme dan pluralisma ialah mana-mana agama yang mengaku ianya benar dan lebih baik daripada agama lain “tempatnya di neraka”! Persoalannnya ialah adakah Izzah berkongsi pandangan dan bersetuju dengan fahaman penganut liberalisme dan pluralisma ini? 

5. Selanjutnya, kenyataan Izzah ini sama dengan pendirian bapanya iaitu Anwar Ibrahim. Dalam kes Azlina Jailani, seorang wanita Melayu beragama Islam telah murtad dengan memeluk agama Kristian dan mengambil nama Lina Joy! Kes ini menjadi satu isu besar dan dibawa ke Mahkamah! Anwar Ibrahim, dalam satu wawancara oleh media asing telah ditanya apa pandangan beliau tentang isu murtad Azlina Jailani! Jawapan Anwar, Azlina Jailani berhak memilih agamanya! Maknanya Azlina Jailani boleh murtad daripada Islam untuk memilih agama lain! Jadi, apabila Izzah membuat kenyataan bahawa orang Melayu juga patut diberi hak memilih agamanya, tujuan dan maksudnya sama saperti kenyataan bapanya! Persoalannya, adakah ini kes “bapak borek anak rintik”? 

RUMUSAN 

Persoalan yang lebih besar untuk rakyat Malaysia, khususnya umat Islam bangsa Melayu ialah apakah dasar pakatan DAP-PKR-PAS dalam isu hak orang Melayu beragama Islam untuk murtad? Nurul Izzah bukan calang orang! Nurul Izzah adalah anak Anwar Ibrahim, Ketum PKR! Nurul Izzah adalah anak orang yang diwar-warkan untuk menjadi PM oleh pembangkang! Nurul Izzah adalah anak kepada Presiden PKR! Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR! Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen PKR! Dan pandangan Nurul Izzah sama dengan pandangan bapanya yang dikompangkan sebagai calon bakal PM untuk pembangkang! Dalam keadaan itu, kenyataan yang dibuat Nurul Izzah boleh ditafsirkan sebagai mewakili suara, hasrat, rancangan, agenda & dasar PKR dan pakatan pembangkang! 

1. Persoalannya, adakah menjadi dasar pembangkang akan meminda Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk membuang ciri-ciri Melayu tidak termasuk “wajib beragama Islam?” untuk membolehkan Melayu mendapat hak kebebasan memilih agama sendiri selain Islam? 

2. Adakah pembangkang akan menggubal undang-undang untuk memberi kebebasan kepada orang Melayu beragama Islam untuk murtad dan memilih agamanya? 

3. Adakah menjadi dasar pembangkang akan menerima desakan Majlis Peguam bersama beberapa NGO lain untuk menerima tuntutan penubuhan IFC untuk. memberi kebebasan agama dan murtad kepada orang Melayu beragama Islam! 

4. Adakah menjadi dasar pakatan pembangkang menerima pakai dan akan melaksanakan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia yang menerima hak kebebasan memilih agama, dan membenarkan murtad? 

5. Persoalannya ialah adakah pimpinan dan para ulama dan ustad PAS sebagai parti rakan sebantal sekatil pembangkang ini bersetuju dengan pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini? 

Jika mereka bersetuju,teman cadangkan supaya satu muktamar khas diadakan bagi membolehkan ahli akar umbi PAS dimaklumkan mengenainya, dan untuk mendapat persetujuan mereka kerana ini membabitkan satu isu dasar yang sangat besar ; iaitu satu dasar yang akan sekaligus menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri! 

Kenyataan Nurul Izzah tersebut jelas bercanggah dengan status dan kedudukan orang Melayu yang sudah diterima umum sebagai beragama Islam. Malahan sudah dimaktubkan begitu rupa didalam Perlembagaan Persekutuan. Malahan bangsa Melayu wajar berbangga dan bersyukor kerana ia satu-satunya bangsa didunia ini yang bukan sahaja kewujudannya dikait-rapat dengan agama Islam; malah ia merupakan satu-satunya bangsa yang ditakrif ciri-ciri bangsanya dengan agama Islam saperti yang tercatat dalam Artikel 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan! Mencadangkan bangsa Melayu wajar diberi kebebasan memilih agamanya selain Islam, boleh murtad dari agamanya Islam sama saperti cuba menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri! Ianya satu penghinaan kepada bangsa Melayu, agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Malah ianya mencabar aqidah bangsa Melayu secara langsung! 

Pada teman, cadangan, pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini adalah sangat merbahaya kepada keharmonian agama dan kaum! Sudah pasti ianya akan mencetuskan satu polemik yang bakal mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan orang Melayu beragama Islam. Kepada umat Islam bangsa Melayu, teman berharap dan berdoa supaya bukalah mata! Sudah terlalu banyak isyarat, keterangan dan bukti yang telah ALLAH hantarkan untuk menyedarkan kita! Sudah banyak solat hajat dan doa kita minta supaya ALLAH tunjukkan kebenaran! Dan ALLAH telah pun menunjukkan kebenaran itu dengan pelbagai bukti, keterangan dan isyarat!! Janganlah jadi kaum yang disebut ALLAH sebagai PBB-Pekak, Bisu & Buta kepada kebenaran! 

Wallahua’lam & Wassalam. 

Adios amigos, grasias senor! 

Zulkifli Bin Noordin Isnin 20 Zulhijjah 1433 05 Nov 2012 

*Dipetik dari zul4kulim.blogspot.com

ANDA INGIN MELIHAT PETUNJUK DARI ALLAH ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, October 15, 2012

HOT NEWS !!! DATUK ZULKIFLI NOORDIN MEMBELASAH PUDIN ABDULLAH !!!


MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas jutawan George Soros berpotensi "memakan diri sendiri".Dalam laporan Mingguan Malaysia,Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya.

Beliau mendakwa,isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara".Turut dibariskan dalam laporan tersebut untuk menyelar Saifuddin ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah. Azwanddin dilaporkan kesal kerana Saifuddin menurutnya "cuba mempertahankan sebuah pertubuhan yang terbukti menerima dana dan menjadi tali barut kuasa asing".

"Kami (NGO) bersungguh-sungguh menentang kemasukan dana asing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, malangnya Saifuddin pula mempertahankan Suaram," katanya.

Tuesday, July 31, 2012

HOT VIDEO !!! #JANJIDITEPATI !!! DATUK ZULKIFLI NOORDIN MEMBELASAH WARTAWAN PUAK PAKATAN HARAM !!!






anda lihat video di atas.kan dah kena belasah.saya nak tanya juga pada pembaca dari pakatan haram.janji yang pakatan haram tabur tu dah tunai ker belum ??? jangan sekadar berjanji jer tapi habuk pun tak ada.ini semua nak elak pasal isu air di selangor.baik fikir pasal air di selangor tu.dah tiada isu ker sampai logo janji di tepati pun nak belasah ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, June 21, 2012

HOT VIDEO !!! DATUK ZULKIFLI NOORDIN MEMBONGKAR PERANGAI ANWAR IBRAHIM LEPAS MAC 2008 !!! WAJIB LIHAT !!!


Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1998 mengakui tidak nampak keburukan Ketua Umum PKR itu,kecuali bermula selepas kemenangan besar Pakatan Haram dalam Pilihanraya Umum ke-12,Mac 2008.

LIHAT VIDEO DI BAWAH



ADAKAH INI BAKAL PERDANA MENTERI ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, June 20, 2012

EKSKLUSIF !!! VIDEO DATUK ZULKIFLI NOORDIN MENCERITAKAN BELIAU DI SERANG TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!


Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan sebab-sebab beliau diserang oleh penyokong PAS dalam ceramahnya di Taman Medan 15 Jun Yang Lepas.Menurutnya,walaupun beliau tahu Taman Medan merupakan kubu kuat PAS dan berjaya menawan masjid di kawasan itu,namun beliau tetap hadir memberi ceramah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat setempat.

“Kebetulan saya pergi,imam baru habis sembahyang,setelah mereka mengadakan ceramah kuliah Maghrib,daripada Maghrib sampai 9.30 malam.dilambatkan supaya orang tak boleh datang ceramah.Saya tengah lalu di masjid itu,saya dengar doa (imam itu).’Ya Allah berikan kami kebaikan dalam kematian’.Saya ambil itu sebagai soalan (ceramah saya).Saya tanya soalan..kita semua akan mati.malaikat akan tanya siapa Tuhan kamu ??? Jawapannya mudah.Allah.cuma saya tanya soalan kepada mereka semalam.kalau kamu jawab Allah.maka malaikat akan tanya balik Allah yang mana satu kerana di dunia dulu Allah Islam ada dan Allah Kristian ada,” katanya.



Selain itu,Datuk Zulkifli Noordin dalam ceramah di Taman Medan turut membangkitkan tentang ‘Amanat Hadi Awang 1982′ yang mengkafirkan umat Islam selain dari penyokong PAS.

Kerana terpengaruh dengan amanat itu Ibrahim Libya sanggup bertempur dan mati dalam kes Memali.



ANDA LIHAT PERANGAI SEBENAR PUAK PAS ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, June 18, 2012

EKSKLUSIF !!! VIDEO KEJADIAN SEBELUM DAN SEMASA PUAK PAKATAN HARAM KECOH DI CERAMAH DATUK ZULKIFLI NOORDIN TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!


Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M,Taman Petaling Perdana,PJS1 berakhir dengan kekecohan.YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab.Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan .

Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.



Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'.Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah,Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian.



Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah. -Kl Pos

INI LAH PUAK PAKATAN HARAM TAK NAK TERIMA KENYATAAN !!!

ANDA LIHAT SENDIRI !!!!

SIAPA LEBIH GANAS ????

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, June 17, 2012

HOT VIDEO !!! KEJADIAN SEBENAR KEKECOHAN PUAK PAKATAN HARAM DI CERAMAH DATUK ZULKIFLI NOORDIN TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!


Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M,Taman Petaling Perdana,PJS1 berakhir dengan kekecohan.YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab.Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan .

Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.



Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'.Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah,Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu.



Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah. -Kl Pos

Saturday, June 16, 2012

ISU KAPAL SELAM SCORPENE ADALAH PENIPUAN DARI ANWAR IBRAHIM - ZUL NOORDIN !!!


Datuk Zulkifli Noordin telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal Selam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak Pakatan Haram.Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih kembali isu ini adalah untuk mengaitkan Datuk Seri najib Tun Razak."Sudah saya ulang beberapa kali,kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PM.Jika ada,sudah tentu saya telah mempersoalkan tentang perkara ini dahulu. Saya tidak membuat sebarang persoalan kerana ia tidak mempunyai sebarang kaitan langsung" kata Zulkifli.

Zulkifli,yang ditemuramah Di Lobi Parlimen Kelmarin berkata bahawa isu kapal selam Scorpene di Perancis bukanlah satu isu yang besar di sana kerana pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan,bukannya sedang dibicarakan di mahkamah.

"Di Perancis,pihak mahkamah mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan, perkara ini masih lagi dalam siasatan, bukannya sedang dibicarakan.Ia hanyalah siasatan biasa.Jadi, mereka mungkin atau tidak mungkin akan menjalankan sebarang perbicaraan terhadap perkara ini.Semuanya bergantung kepada mereka." kata beliau.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima dua buah kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pada tahun 2009.Selain itu,Zulkifli,Ahli Parlimen bebas bagi Kulim Bandar Baru,mencadangkan agar Majlis Peguam,seperti di Sabah dan Sarawak,perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi menggantikan Majlis Peguam sekarang.Ini, menurut beliau,mampu memberikan autonomi yang lebih besar bagi setiap negeri.

"Majlis Peguam di Sabah dan Sarawak telah membuktikan bahawa mereka adalah efektif dan mampu mengawal ahli-ahli mereka dengan baik.Tiada aduan yang dibuat terhadap Majlis Peguam di kedua-dua negeri tersebut.Bukan seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung sekarang.Beliau menyatakan bahawa beliau risau akan rancangan untuk membenarkan peguam-peguam asing untuk bercampur dalam industri undang-undang negara dan Majlis Peguam kini mungkin tidak mampu untuk menguruskan perkara tersebut.Majlis Peguam yang kita ada sekarang mempunyai terlalu banyak perkara yang mereka perlu uruskan,saya tidak rasakan bahawa mereka mampu untuk menampung perkara ini," kata beliau.

SAYA DI SURUH OLEH ANWAR IBRAHIM UNTUK JATUHKAN @NAJIBRAZAK - ZUL NOORDIN !!!


Kenyataan yang dibuat Datuk Zulkifli Nordin di atas itu bukan kenyataan baru,ia pertama kali di bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2010 setelah beliau dipecat dari PKR tidak berapa lama sebelum itu.Tapi bila kenyataan sama diulang semula kelmarin secara terbuka dalam TV,ia mengejutkan ramai orang,terutama kalangan pensimpati Pakatan Haram yang tidak terdedah dengan maklumat seumpama itu sebelum ini.Orang ni saya tahu sangat,trauma tengok TV,lebih lagi TV3.Tapi yang dianjur untuk diboikot itu setahu saya Buletin Utama sahaja,rancangan Soal Jawab semalam tidak termasuk dalam senarai kot.Ini pun satu hal juga,dalam pada bercakap tentang kebebasan bersuara,boleh pulak boikot-boikot media tertentu.Kebebasan suara apa macam ini ???

saya tinggalkan soalan di atas untuk perbincangan di lain masa.Yang penting sekarang ialah,apa akibatnya kalau tuduhan Zul Nordin itu benar,yang dia diarah Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya,Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah (statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Datuk Seri Najib.

Ini perkara serius.Anwar bukan calang-calang orang,pernah diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan (oleh isterinya sendiri),dipandang tinggi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia in the making,cakapnya,gayanya menjadi ikutan ramai anak muda dan anak tua. Malah kalau diikut-ikutkan Anwar adalah segala-galanya bagi sebahagian orang sehingga sanggup membuang ibu dan adik beradik sendiri.Semasa demo Bersih itu hari,saya lihat sendiri begitu ramai yang bangga,cukup dengan berdiri di sebelah bayang-bayang Anwar saja pun.



saya sendiri bangga dengan Anwar,terutama sejak melihat video seks yang didakwa melibatkannya.tak sangka rupanya ada orang Melayu yang punya ‘size’ seperti dia,ingat Mat Salleh saja.Kebanggaan menjadi Melayu,bertambah kuat setelah menonton video itu.Ini sekadar nak menunjukkan betapa hebatnya Anwar.Tapi siapa sangka,di antara semua yang hebat dan ‘baik-baik’ itu,rupanya Anwar juga tidak banyak beza dengan apa yang dia sering tuduh kepada musuh politiknya.guna politik kotor untuk jatuhkan imej pemimpin tertentu.Yang dedah bukan orang lain,tapi bekas peguam dia sendiri.Setakat orang lain yang hanya mampu lihat Anwar dari jauh tapi pertahan Anwar mengalahkan pernah tidur sekatil,toksah mimpi nak disamakan dengan Zul Nordin yang susah senang bersama Anwar waima semasa Anwar bergelar banduan.

Sudah tentu cakap Zul Nordin ada merit dan sebab yang kuat untuk dipercayai.Kalau ini salah,apa yang diungkapkan oleh Zul Nordin itu salah,macam biasalah,saman.Tapi kalau tanya saya,memang dari mula pun tak percaya Datuk Seri Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya ini.Apa bukti yang ada,melainkan akuan bersumpah yang diketahui sekarang hanyalah rekaan semata-mata.Apa yang hebat pasal Akuan Bersumpah ??? Ramai tak tahu bahawa Akuan Bersumpah ini adalah adaptasi Sumpah Muhabalah dalam Islam.Dinamakan Akuan Bersumpah supaya ia boleh dimasukkan dalam sistem perundangan sivil negara ini,kalau Sumpah Muhabalah hanya terpakai di kalangan orang Islam sahaja.

Jangan kita lupa,Anwar tolak amalan Sumpah Muhabalah ini tapi dia nak pengikutnya percaya Akuan Bersumpah yang sebenarnya versi yang lebih kurang sama,sumpah juga.Sudah tentu tuduhan terlibat dalam pembunuhan bukan calang-calang tuduhan,kalau tidak,Raja Petra Kamarudin (RPK) tidak akan lari ke luar negara setelah Datuk Seri Najib mengemukakan saman terhadapnya. Kita perlu lebih dari Akuan Bersumpah yang boleh direka dan dicipta untuk meyakinkan diri kita bahawa orang yang dituduh itu benar-benar terlibat.Sebab itu akibat dari dakwaan Zul Nordinini besar.Bukan sedikit orang yang dah termakan pembohongan Anwar bahawa Najib terlibat dalam membunuh Altantunya.Apa nak jadi dengan orang-orang ini kalau mati sebelum sempat minta maaf dengan Najib sebab tersilap percayakan Anwar dalam soal pembunuhan ini ??? Siapa nak tanggung dosa semua tu ???

Ada yang jenis orang ini yang saya kenal,bergelar pak Haji tau.Jangan silap saja saya sebut pasal Anwar depan dia,cepat-cepat dia mintak 4 saksi,walaupun apa yang penulis sebut itu tidak ada kena mengena dengan hukum hudud dimana soal penyediaan 4 saksi ini adalah satu kewajiban.Tapi bila sebut pasal silap Najib terlupa dia soal 4 saksi,laju saja dia mengangguk,tak sempat saya habis cakap pun,saya cakap tentang Najib bin Yusof (jiran kampung),bukan Najib Razak.muahahaha...

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, May 05, 2012

HOT NEWS !!! VIDEO PANAS 'ICE CREAM' AZMIN ALI ADALAH KERJA ORANG DALAM PKR ??? WAJIB BACA !!!



Rakaman video panas individu yang didakwa mirip Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali,bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan "orang dalam parti PKR" sendiri.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Noordin,mendakwa rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terbabit kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena mengena dengan orang luar.Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan,"katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini.

Zulkifli berkata,dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan.

"Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka," katanya.

Sementara itu,beliau berkata sebuah buku mengenai perkahwinan campur yang antara kandungannya memberi mesej wanita Islam dibenarkan mengahwini lelaki bukan Islam kini dikesan disebar meluas secara percuma di negara ini.

Zulkifli berkata,buku yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam adalah satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama.
"Ini bermakna,mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam.buku ini sangat berbahaya kepada akidah (orang Islam)," katanya.

Penerbitan buku itu didakwa ditaja oleh yayasan Jerman,Konrad Adenauer Foundation atau sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang menurut Zulkifli,yayasan berkenaan terbabit membantu penajaan badan pemikir Anwar, Institut,Kajian Dasar (IKD).Zulkifli berkata,penyebaran buku berkenaan perlu diharamkan dan siasatan mengenainya perlu dibuat segera bagi menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini. - BERNAMA

ANDA DAH DAPAT JAWAPAN ???

SALAH UMNO KER SEMUA INI ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, March 11, 2012

HOT NEWS !!! PEMBATALAN SPBA OLEH @NAJIBRAZAK !!! INI JAWAPAN ZULKIFLI NOORDIN !!


Salam 2 all.

Teman ucapkan tahniah kepada YAB PM,Datuk Omar Osman dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM. Dari respon d twitter & FB, teman tengok lebih 90% memberi respon positif.Tapi Anwar & para parasitus kalkatus rakus nampak gaya nak claim kredit.Konon tu usaha mereka.Nampak benar nak temberang rakyat.

Pertama,PM dah umum sejak bulan Oktober 2011 lagi semasa pembentangan Bajet 2012 bahawa semakan kenaikan dan penambaikan gaji kakitangan awam akan dibuat dalam lingkungan 7-13%. Masa tu suara pembangkang sepatah haram pun tak dengar.

Cuma dalam perlaksanaan dasar itu ada pihak cuba ambil kesempatan. Mekanisma kenaikan gaji kakitangan awam dibawah sekim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di olah sebegitu rupa sehingga dispariti diantara kakitangan bawahan dan sektor turus terlalu jauh berbeza! Hinggakan disektor turus ada yang mendapat kenaikan hampir 100%.Maka apabila kakitangan bawahan melalui CEUPACS membuat bantahan, PM yang prihatin dan peka dengan suara marhaen telah mengarahkan supaya SBPA dikaji semula sesuai dengan dasar kenaikan dalam lingkungan 7-13% saperti yang diumumkan PM dalam Dewan Rakyat Dan apa yang diumumkan PM semalam pada pertemuan dengan kakitangan awam di PICC adalah hasil pertemuan dan perbincangan secara langsung diantara PM dengan kakitangan awam.

Ini bermakna YAB PM sangat prihatin dan mengamalkan sikap terbuka bila berdepan dengan isu membabitkan rakyat. Tepat sekali slogan PM "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'! Ia bukan sekadar retorik politik murahan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan dan realiti!Sebaliknya apakah tindak-tanduk Anwar dan para parasitus kalkatus rakus dalam pakatan pembangkang dalam isu dengan kakitangan awam? Tak ada lain selain putar belit dan putar alam!

Contohnya:

1. Pakatan BiaDAP-PKR-PAS adalah anti kakitangan awam. Pimpinan parasit jelas menegaskan bahawa jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan (na'uzubillah), mereka berazam akan mengurangkan kakitangan awam sebanyak 50%. Maknanya jika mereka memerintah, lebih 700,000 ribu kakitangan awam akan dibuang ! Dan sekarang setelah PM berjaya memberikan faedah terbaik kepada kakitangan awam, mereka melalak konon itu perjungan mereka! Kalau dah kaki putar !

2. Kita tengok sendiri layanan kerajaan pakatan pembangkang kepada kakitangan kerajaan dibawah negeri yang mereka perintah. Tengok nasib kakitangan Kerajaan Selangor. Apabila pembayaran bonus diumumkan kerajaan pusat untuk kakitangan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor turut mengumumkan bonus. Tetapi hanya untuk kakitangan GLC Selangor. Kakitangan awam Selangor langsung tak dapat bonus. Jelas kakitangan awam di Selangor di anaktirikan ! Dan hari ni Anwar dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam! Hampeh!!!

3. Kita tengok bagaimana pakatan pembangkang menghina kakitangan perkhidmatan awam. Ini jelas dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Tengok bagaimana beliau dimalukan dan diaibkan, sehingga dibawa ke sidang tergempar di DUN Selangor mempertikaikan perlantikan sah beliau. Penghinaan itu dilakukan hanya kerana tanggapan para parasit ini bahawa Datuk Khusrin "tak dengar dan patuh kepada kehendak mereka"! Maknanya nanti kalau ditakdirkan mereka memerintah (na'uzubillah),kakitangan awam yang tidak tunduk kepada kehendak dan nafsu serakah mereka, akan menjadi mangsa kepada kerakusan politiking pembangkang ini!

Dan para parasit melalak mendakwa mereka memperjuangkan kebajikan kakitangan awam! Mike percaya ke yop?

4. Kita tengok pula bagaimana kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah dihina apabila Kerajaan Kedah termasuk MB diletakkan dibawah JK Pemantauan parti politik PAS. Ini secara tidak langsung meletakkan seluruh jentera kakitangan awam Kerajaan Kedah dibawah telunjuk sebuah parti politik! Maknanya seluruh jentera kakitangan awam Kedah terpaksa "tunduk na'am" kepada kehendak dan nafsu politik kepartian PAS! Tapernah berlaku dalam sejarah Kerajaan bertamadun diletakkan dibawah telunjuk nafsu sebuah parti politik ! Dan Anwar serta para parasitnya melalak menyatakan mereka menghormati kakitangan awam! Kalau ini bukan penghinaan, tak tau lah teman apa nak komen lagi!

5. Kita lihat juga bagaimana gelagat pembangkang menghina dan memperlekeh institusi kakitangan awam saperti Mahkamah, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhajaya Pilihan Raya, dan banyak lagi. Apa yang mereka tak kutuk kepada institusi-institusi ini. Mereka langsung tidak peduli kepada perasaan dan kegigihan serta usaha kakitangan awam di institusi-institusi ini. Sebaliknya penghinaan demi penghinaan, cacian demi cacian. kutukan demi kutukan terus dihamburkan oleh pakatan pembangkang BiaDAP-PKR-PAS terhadap institusi kakitangan awam tersebut ! Dan hari ini mereka melalak konon kerana merekalah kakitangan awam mendapat kenaikan gaji. kerana merekalah SBPA dibatalkan. Kerana merekalah SSM ditambah-baik dan dilaksanakan semula.

Teman cukup yakin IQ kakitangan awam taklah serendah para parasitus kalkatus rakus yang tahap pemikiran mereka hanya menurut secara membabi buta apa yang diperdayakan kepada mereka,. Babi buta pun tidak serendah itu IQ nya yop ! Tidak ada bahasa nak gambarkan hipokritnya para parasit ini! Tidak ada perkataan nak ceritakan putar-belit parasit ini! Iblis syaitan pun boleh menangis melihat kemungkaran kaum parasit ni yop!

ALLAH berikan otak bukan untuk buat sup yop, tapi untuk memikir. Jadi, fikir-fikirlah yop! Janganlah menghina diri dengan terus terpedaya dengan dakyah kaum yang kuat mendakyah ini yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Rabi'ul Akhir 1432
09 Mac 2012

Sumber Zul4Kulim

Tuesday, January 31, 2012

KENYATAAN ANWAR TENTANG ISRAEL !!! INI JAWAPAN ZULKIFLI NOORDIN !!!


Salam 2 all.

“Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran terbaru sebuah media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal.

Dan itulah persoalan yang hangat diperbincangkan didunia cyber, kedai kopi, disurau masjid dan banyak tempat lain! Ramai yang bertanya, apa kejadahnya Anwar membuat kenyataan saperti yang dilapurkan di Wall Street Journal itu? Wartawan WSJ tersebut menyatakan “Anwar hanya tidak menyebut samada dia akan membuat sebarang hubungan diplomatik dengan Israel” jika dia menjadi Perdana Menteri.

Umum mengetahui Kerajaan Malaysia adalah antara satu-satunya Kerajaan didunia ini yang tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, malah kita langsung tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Didalam paspot antarabangsa Malaysia tercatat jelas rakyat Malaysia dilarang mengunjungi Israel! Pendirian kita terhadap rejim zionis Israel jelas dan konsisten sejak merdeka lagi!

KERAJAAN & RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGIKTIRAF REJIM ZIONIS ISRAEL!

SANDIWARA POLITIK DUALAM

Pada teman, kenyataan Anwar Ibrahim “menyokong usaha melindungi keselamatan Israel” kepada Wall Street Journal adalah bukti sandiwara politik dualam yang dimainkan oleh Anwar. Jelas sikap hipokrit dan talam dua muka Anwar dalam isu ini!

Buktinya? Jangan lupa inilah juga manusia yang menyerang Dato’ Sri Najib dan Kerajaan Malaysia habis-habisan dengan fitnah APCO! Konon Najib dikelilingi oleh penasihat Yahudi melalui APCO Worldwide Konon Kerajaan Malaysia, termasuk pasukan keselamatan PDRM telah diresapi oleh Yahudi melalui APCO Worlwide.Habis diperdaya rakyat dan ditakut-takutkan umat Islam bahawa Kerajaan Malaysia kini dikuasai Yahudi melalui APCO Worldwide.Sedangkan satu dunia tahu bahawa APCO Worldwide bukan milik Yahudi! APCO Worldwide adalah badan perunding yang ditubuh oleh sebuah syarikat guaman Amerika bernama Arnold-Procter Company (membawa kepada singkatan APCO) untuk membantu klien dan anakguam mereka dalam soal perundingan dan konsultansi Dan sebuah lagi badan bernama APCO, iaitu akronim kepada American Protocol Communication Outfit (APCO), badan yang menyediakan perkhidmatan rundingcara dan pembekalan bahan-bahan hubungan radio dua-hala (walkie talkie contohnya). Inilah antara badan yang memberi khidmat nasihat kepada pihak PDRM dalam hal hubungan radio dua-hala. saperti walkie-talkie Langsung tidak ada kena mengena dengan APCO Worldwide, badan perundingcara diatas.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiz7_HDshiqI-AgOWB792Pc2-HazX85QTN1ga4xhUZ-7jwywlcHmJpx6WpQS1EXmYPtpjzVonyY-uu0zQSHhLi1Pc8pakpXYkPP8xbr0jVdmZFhgaLsctS4MwMidWyhw8cduTttsKrCpo2V/s200/APCO+W.jpg

Tetapi Anwar Ibrahim tidak pedulikan semua itu.Yang penting kepentingan politik sempit dia. Habis diputarbelit dan diputar cerita konon Dato’ Sri Najib, PDRM dan Kerajaan Malaysia diresapi dan dikuasai Yahudi melalui APCO ! Tetapi kepada media yang dikuasai Yahudi saperti Wall Street Journal, Anwar main wayang lain. Disitu, dia tahu pembacanya adalah Yahudi atau pro-Yahudi! Maka keluarlah kenyataan menyokong Israel pulak. Sampai sanggup menyokong usaha melindungi keselamatan rejim Israel ! Teman berharap rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya dapat melihat dengan jelas bukti manusia yang bermain saniwara politik dualam ini. Semuanya hanya untuk kepenting politik dia. Kerana kita tahu Anwar memerlukan sokongan Yahudi dalam memenuhi nafsu dia mahu bertakhta di Putrajaya!

HUBUNGAN ANWAR-YAHUDI

Hubungan Anwar dengan Yahudi ini sudah diketahui umum. Teman sendiri semasa masih bersama Anwar berasa sangat pelik apabila kami pergi Munich (konon untuk rawatan sakit belakang dia) pada tahun 2004. Tiba-tiba Setiausaha Pertahanan (Menteri Pertahanan) Amerika Paul Wolfowitz datang menziarahi dia. Begitu jauh dia terbang dari Amerika hanya untuk menziarahi Anwar!Sedangkan Paul Wolfowitz adalah Zionis Yahudi yang menjadi akitek kepada pencerobohan dan serangan terhadap negara umat Islam Iraq dan Afghanistan! Ratusan ribu rakyat Iraq & Afghanistan mati dibunuh ditangan tentera Amerika la’natullah ini.


Tiba-tiba Wolfowitz terpacul di Arabella Hotel, Munich untuk bertemu menziarahi Anwar. Kebetulan teman ada pada masa itu. Teman dapat lihat kemesraan dua manusia ini, hubungan yang bukan sekadar diplomatik, tetapi lebih daripada itu. Apa yang berlaku dalam bilik pada masa itu, insyallah nanti bila tiba masanya, dan jika ada keperluan, akan teman dedahkan! Tetapi cukup sekadar peringkat ini rakyat ketahui Anwar memang punya hubungan yang sangat akrab dengan dalang zionis Yahudi Paul Wolfowtiz ini; yang ditangannya bergelumang dengan darah umat Islam!Cuma mike jangan lupa Wolfowitz lah yang melantik Anwar sebagai Pengerusi badan International Foundation For the Future (IFFF), dan dia juga terlibat dalam perlantikan Anwar sebagai pensyarah di John Hopkins University.

Apabila timbul skandal Wolfowitz dengan teman wanitanya Shaha Ali Riza yang merupakan eksekutif kanan di Bank Dunia, Wolfowitz meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia. Dan teman wanitanya Shaha Ali Riza dipindahkan ke badan IFFF dimana Anwar adalah Pengerusi yang dilantik Wolfowitz! Anwar yang menulis surat kepada Robin Cleveland, penasihat undang-undang Wolfowitz tahun 2006 untuk meminta Shaha dipindahkan ke IFFF. Mike tak nampak lagi jaringan-skandal Anwar dengan Wolfowitz zionis Yahudi la’natullah ni yop?


Jangan lupa hubungan Anwar dengan Martin Indyk, seorang Yahudi yang juga bekas Duta Amerika ke Israel. Juga hubungan Anwar dengan seorang lagi Yahudi bernama James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia. Dan rakyat Malaysia pasti tak lupa hubungan akrab Anwar & Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika yang begitu biaDAP menghina Kerajaan Malaysia semasa datang sebagai tetamu Kerajaan dalam sidang APEC 1998 di Kuala Lumpur.Begitu juga hubungan akrab Anwar dengan seorang lagi yahudi bernama William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika semasa zaman Presiden Bill Clinton. Dan jangan lupa juga Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia, dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan menggugurkan tuduhan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful.

Buat masa ini teman tidak bercadang nak dedahkan butiran hubungan ini. Termasuk juga hubungan Anwar dengan IIIT, dengan Open Society milik George Soros, dengan badan kebajikan Konrad Adenaeur. Ini semua akan didedahkan bila tiba masa dan keperluannya nanti.Cuma yang penting diperingkat ini ianya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim punya hubungan yang tersangat akrab dengan tokoh-tokoh zionis Yahudi dunia, yang antara mereka bergelumang ditubuh badan dan tangan mereka darah umat Islam yang dibunuh kejam tanpa belas kasihan ! Sebab itu teman tidak terkejut bila Anwar terpaksa “berlari” ke New York “melutut” minta maaf kepada Yahudi apabila timbul isu dia mengkritik Yahudi di Malaysia! Sebab saperti yang teman sebut, inilah sikap hipokrit manusia bernama Anwar Ibrahim, pakar sandiwara politik dualam sana cakap lain, sini cakap lain.

Teman berharap rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu umat Islam dapat melihat sandiwara Anwar ini. Di Kelantan kata “ambo sokong hudud, tapi itu pendapat peribadi ambo”; tapi bila balik ke KL, depan NGO Cina dan bukan Islam, dengan tegas Anwar kata “menjadi dasar Pakatan Rakyat tidak menerima Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud” jika memerintah (na’uzubillah) Dan kesian kepada orang PAS yang masih terpekik terlolong konon nak hudud, dia tak tahu yang pemimpin dia dah sign perjanjian dengan pakatan BiaDAP-PKR-PAS tidak akan menegakkan Negara Islam dan tidak akan melaksanakan hudud! Memang kena kencing hidup-hidup dengan parasit Anwarinas orang-orang PAS ni! Kasihan yop!


PENDIRIAN PAS?

PAS sebenarnya agak konsisten didalam isu Israel ini. Teman teringat pertengahan tahun 1990an bagaimana PAS “mengamuk” sakan apabila Kerajaan Tun Mahathir menjemput pasukan kriket remaja Israel ke Malaysia. Walaupun Tun M berkali menegaskan ianya bertujuan memberi pendedahan kepada remaja Israel bagaimana Malaysia sebagai negara pelbagai agama boleh hidup secara aman dan harmoni supaya mereka boleh membawa idea itu balik ke Israel, namun “amukan” PAS tidak mengenal batas.Satu demonstrasi diadakan di hadapan Masjid ArRahman, Universiti Malaya. Ramai yang kena tangkap pada masa itu. Teman antara peguam yang membela aktivitis PAS pada masa itu yang dibicarakan di Mahkamah Majistret KL. Antaranya termasuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayob dan lain-lain.

Apabila disabitkan dengan kesalahan dan diberi peluang membayar denda sebagai hukuman, ada segelintir antara mereka enggan membayar denda dan sanggup ke penjara selama sebulan. Konon pada masa itu atas prinsip tidak mengiktiraf Israel! Kira teman pun turut sama menyumbang dengan tidak mengambil satu sen pun bayaran guaman untuk membela mereka ini walaupun teman dengar ada tabung dibuat untuk sumbangan kos guaman bagi kes itu!Malahan nama “ISRAEL” ni cukup memberi fobia kepada PAS! Hinggakan bila ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” (yang sepatutnya malaikat Izrael), habis kena maki hamun penceramah tersebut! Kata orang, kena lari tak cukup tanah lah yop, semata-mata tersalah sebut “malaikat Israel”! Begitulah fobianya PAS dengan perkataan “ISRAEL”.

Jadi persoalan besarnya ialah apa respon dan pendirian PAS dalam isu kenyataan Anwar “menyokong usaha melindungi keselamatan Israel”? Ini soal penting. Ini bukan soal kriket. Ini soal nak mengiktiraf rejim zionis Israel! Ini soal nak mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel! Ini persoalan kemungkinan Malaysia akan menghantar tentera Malaysia termasuk yang beragama Islam untuk melindungi rejim zionis Israel!

Ini soal maruah negara; maruah yang begitu konsisten dipertahan dan dipelihara oleh Kerajaan Malaysia sejak merdeka. Prinsip yang dihormati kawan dan digeruni lawan! Prinsip yang menyebabkan rakyat Falastin menangis terharu kerana Malaysia adalah satu-satunya negara didunia yang jelas mempertahan dan membela rakyat Falastin dan berani bertegas tidak mengiktiraf rejim zionis Israel! Teman melihat sendiri semasa bersama dengan rakyat Falastin bulan Ramadhan 1431/ 2009 di Ghozzah! Mereka bangga bersaudara dengan Malaysia ! Tetapi sehingga kini pimpinan dan ulama’ PAS menjadi saperti syaitan bisu! Kalau ada pun, yang memberi respon ialah Ketua Pemuda PAS sendiri Ustadz Nasharudin Hassan Tantawi. Beliau menegaskan bahawa mereka yang mahu melindungi rejim zionis Israel ini melakukan pengkhianatan terhadap umat Islam. Tetapi beliau pun tak berani nak sebut nama “Anwar Ibrahim”, sekadar menyebut “orang itu”!

Kasihan teman melihat parti PAS ni yop! Sejak diresapi dan dikuasai para parasit Anwarinas, PAS menjadi lebih sekular dari segala sekularis! PAS menjadi lebih liberal dariapada para liberalis! PAS menjadi lebih terbuka dari segala mereka yang membuka! Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, mantan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, akronim P.A.S. hari ini sudah bertukar maksud menjadi “Parasit Aqidah SeMalaysia”!Kebetulan pulak slogan dan simbol “PAS 4 ALL” sama dengan “ISRAEL 4 ALL”! Harap ianya hanya satu kebetulan sahaja yop!

PENDIRIAN PAS


Pada teman, Datuk Hadi Awang, Datuk Nik Aziz, dan lain-lain ulama’ kepimpinan PAS perlu membuat pendirian yang jelas.. Adakah PAS berkongsi rasa dan pandangan dengan Anwar Ibrahim yang mereka nak tabalkan sebagai kalipah mereka ? Ini penting kerana rakyat tidak diberitahu apa pendirian mereka jika menjadi kerajaan (na’uzubillah)! Didalam manifesto tidak ada, dalam kitab jinggay tidak ada, didalam kitab oren tidak ada! Jangan nanti rakyat diperdaya, merasa tertipu dan ditipu saperti yang penduduk Kg. Buah Pala sudah rasakan sekarang!

Persoalan yang rakyat Malaysia dan umat Islam nak tahu ialah, adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan mengiktiraf rejim zionis Israel? Adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel? Adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan menghantar tentera Malaysia untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel?


Rakyat sebagai Hakim Negara berhak tahu semua ini sebelum PRU 13! Rakyat yang akan menentukan hukuman di Mahkamah Rakyat pada PRU 13 berhak tahu apa pendirian dan dasar pakatan BiaDAP-PKR-PAS mengenai rejim zionis Israel.Pendirian Kerajaan Malaysia jelas, kita tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, kita tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel, kita melarang rakyat Malaysia daripada pergi negara rejim zionis Israel!

Rakyat Malaysia dan umat Islam tidak perlu gusar dengan pendirian Kerajaan Persekutuan! Kita konsisten dengan pendirian ini sejak merdeka! Dan kita bukan sahaja berkata sedemikian di Malaysia, dikalangan negara umat Islam, dihadapan rakyat Falastin; malah kita tegaskan sedemikian dihadapan dunia, di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu, dihadapan rejim boneka Yahudi Amerika Syarikat, termasuk dihadapan zionis Israel sendiri. Kita tidak malu berkata sedemikian, kita tidak segan berpendirian sedemikian. Malah pendirian kita diketahui seluruh dunia. Pendirian yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan ! Dan rakyat Falastin juga berhak tahu apa pendirian pakatan BiaDAP-PKR-PAS terhadap rejim zionis Israel! Selama ini rakyat Falastin, yang begitu lama tertindas, dizalimi dan dianiaya oleh rejim zionis Israel dan bonekanya Amerika boleh bergantung harap kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membela mereka!

Apakah nasib mereka terbela jika pakatan BiaDAP-PKR-PAS menjadi Kerajaan (na’uzubillah)? Atau apakah nasib masadepan rakyat Falastin turut akan dijual gadai, sebagaimana kalimah ALLAH digadai, Negara Islam digadai, anak bini digadai, umat Islam dimusuhi, kafir harbi dikasihi! Na’uzubillah min zalik!Jika itu pendirian mereka, bersekongkol dengan Anwar mahu menyokong usaha mempertahankan keselamatan rejim Israel, maka sudah pasti SLOGAN BERIKUT BOLEH DIGUNAKAN:

“UNDI DAP UNDI ISRAEL,

UNDI PKR UNDI ISRAEL,

UNDI PAS UNDI ISRAEL”!

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DISINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates